Tuesday, November 9, 2010

Lagenda Budak Jagung

"Ini merupakan kisah seorang budak, budak yg terasing, ditinggalkan, tidak diterima, dilupakan dan macam2 lagi...
Menghadapi berbagai dugaan, menjadikan dia seorang lagenda, inilah dia legasi Lagenda Budak Jagung..."


Da lame x update, lame gak la aq nk recover dari dugaan sebelum ni, memang pedih, bagi aq satu kegagalan yg x pernah dirasakan sepanjang hidup yg pernah berjaya sebelum ni. Memikirkan nasib org2 yg suspek plagiarize, aq lebih beruntung. Tapi inilah hidup, ade mase kita di atas, ade mase kita di bawah. Harap2 kawan2 yg di atas teruslah berada di atas, korang akan rase begitu terpukul kalo jatuh ke bawah, good luck!


So, terus kepada tajuk, kali ini aq namakan Lagenda Budak Jagung kerana Lagenda Budak Setan best yg amat (Lisa Surihani comel dod), cuma tukar ngan jagung kerana skrg aq bekerja ngan kilang jagung...
Pengalaman kali ini memang berbeza, aq dapat mengalami keadaan kelompok sederhana bawah masyarakat (mengikut pendapatan) yang boleh diibaratkan usaha tidak setimpal dengan gaji di zaman yg semuanya mahal. Rata-rata mereka menasihatkan aq untuk terus sambung belaja bagi mendapat pendapatan yg lumayan pada masa hadapan...


Aq bekerja kt sini sebagai operator secara kontrak, bermaksud boleh dipecat bila2 masa, n boleh disuruh balik kalo x de kerja (maknenye upah dpt sikit la 2). Gaji sehari rm 24, kira2 600 sebulan, isnin-sabtu, 8.00 pagi - 5.00 petang. Bagi aq, kalo aq kerja kt sini bila da kawen t, memang x ckup belanja, kecuali aq hidup dalam keadaan yg amat sederhana...


Kerja kt sini bagi aq pengalaman, bagaimana syarikat berkenaan meneksploitasi pekerja mereka habis-habisan, dengan ketiadaan persatuan sekerja, pekerja tiada tempat bersuara. Manager atas aq pun ntah pape peelnye, memang x bestla. Nasib baik mak cik n akak kt sini ok, diorang keje cz x de pilihan, yg bangla n mat myanmar len sket, diorang da sign kontrak nk keje, so x leh nk lari...


Walaupun aq ni x seberapa orgnya, supervisor aq memuji kehadiran penuh aq (padahal mak cik n akak 2 lagi penuh), n aq dpt lihat sebabnya, budak melayu malas. Konteksnya di sini, mereka tiada motivasi untuk bekerja secara konsisten dan tiada matlamat. Sume budak melayu keje secara kontrak cm aq, so bile diorang wat hal, free2 je kene buang. N ade bro ni yg umur 23, ade anak sorang 3 bulan, da kene buang, aq terpikir canela anak die tu nanti... Belanja seorang anak bukan murah taw... Harap2 die dapat keje len cpt..


Inilah dia resam kehidupan seorang operator pengopek jagung, aq keje smpai nk makan jagung pun da x heran. Dari siap dipotong smpai separuh proses aq da tengok rupenye, ulat die, bau die, gred die, rase die... Harap2 aq dpt bertahan keje kt sini, boring gak tiap2 hari tengok jagung, XD 
Bagi mengelakkan aq terlebih melalut, sekian saja kisah ini buat masa ini, 

~THE END~

Saturday, July 3, 2010

Si Kucing

Kebanyakan orang sekarang suka membela binatang peliharaan, macam2 r dari exotic smpai la domestik. Dan kebanyakan mereka juga gembira membela binatang2 berkenaan... Fakta yg aq ni x bela kucing menyebabkan aq ingin mendapatkan sekor, dan beberapa hari lepas aq pon dpt, tpi bukan dgn cara biasa~


Di tengah hujan lebat, terlihat seekor anak kucing yg baru dilahirkan, tali pusatnya masih bersambung dengan uri. Atas dasar kasihan, aq pon bwk blik dan selimutkan dgn kain buruk. Anak kucing berkenaan kesejukan terkena hujan, maklumlah, bru lahir da kene buang, mane mak die pegi ea. Oleh kerana x taw nk watpe, aq pon tunggu mak aq blik...


Petang 2, aq tengok blik anak kucing 2, urinya da dihurung semut, die cm struggle gile2 nk bangun n halau semut 2 walaupun matanya masih belum terbuka. Aq pon potong tali pusatnya dan bersihkan. Melihatkan keadaannya, ktorang (aq n adik2 serta mak) memutuskan kena bagi susu. Dengan menggunakan syringe, aq pun bagi die minum, x nk minum die. Tpi mak aq sruh gak, tkut die mati kelaparan.


Di atas kehendak Allah, kucing berkenaan mati gak... Kesian... Kalo die hidup, mesti die comel. T_T


Pengajarannya: 

  • Hidup n mati di tangan Allah, ingatlah dia selalu..
  • 2 baru anak kucing, kalo anak org, x tawla cmne, sanggup buang anak~
  • Smpai sekarang aq loya bila teringat uri die, memang x bleh jdi dr..

Kalo aq bgi kucing 2 minum susu segar UHT dari Dutch Lady, mungkin die masih hidup... Eh, jgn bagi anak kucing anda susu tepung fernleaf ye! Anda mungkin boleh membunuh... Sekian

Saturday, April 17, 2010

"SimPanG"

Kisah kewujudan nama "SimPanG"....


Diambil berdasarkan nama tempat
Tempat itu bernama Simpang Renggam, Johor
Besar sikit daripada Bentong -(bak kata Muhammad Syamir Azri yg pernah datang)
Asal bahasa pasar "simpang ke Renggam" kerana ia merupakan persimpangan antara Johor Bahru, Air Hitam dan Renggam
Dan aq tinggal kat situ sejak sejak umurku setahun lebih..


Diberi gelaran ketika di SASER
Diberi oleh seorang yg dipanggil "bon" berikutan persamaannya dengan senior yg turut dipanggil dengan nama yg sama
Sejak itu kebanyakan kawan2ku memanggilku SimPanG / PanG
Dan ramai yg terkonpius dengan 'PunK'

Aq x kisah org panggil aq cm2 cz aq x pernah dengar org len dgn nama yg sama...
So, org rujukan kpd nama itu adalah aq
Walaupun aq pun kdg2 terkonpius dengan tempat rujukan iaitu 'simpang' jalan
Selamat berkenalan... =)

-The End-

Tuesday, March 16, 2010

Dulu, Kini dan Masa Depan...

Dulu...
Aq x men Defense of The Ancients (DOTA)
Aq men CS je..

Dulu...
Aq x men Mafia Wars (skrg siap ade clan lagi..)
Aq men Farmville je...

Dulu...
Aq x men gitar...
Aq men kompang je...

Sekarang ni, macam-macam menda yg dulunya aq x suke, last2 aq plak yg lebih2.. isy3..
Macam menda yg aq x suke 2 berbalik kpd diri aq sendiri.. betullah ckp org tua2, kalo benci sgt seseorang 2 nanti akan menjadi suka plak. (skrg ni aq x de membenci org, hehe)

Agak pelik cmne perkara ni boleh berlaku, dalam hal ni, bolehla aq ibaratkan seperti "belum cuba, belum taw" cz kita x bleh ade sesuatu persepsi selagi x mencuba sesuatu itu..

Sekadar berkongsi pengalaman, len kali marilah kita cube dulu sesuatu perkara yg x disukai, barulah kita boleh membuat anggapan negatif terhadap perkara tersebut...
(perkara2 yg dilarang dalam agama dikecualikan daripada dicuba; harap maklum)

Eh, clan aq tgah war! bye2.. =)