Kedatanganku ke hospital itu disambut emaknya yang berada di Kafeteria, ayah dan adiknya telah pulang setelah semalaman adiknya menemani dirinya; maknya pula yang berada disisinya siang ini,
Pagi itu, dia baru selesai menjalani MRI, setelah 2 x-ray dijalankan di bahagian kepala, sudah lama maknya tak mampu menjamah makanan; pagi itu dia berasa sungguh lapar
Oleh kerana waktu melawat bermula jam 12.30, aku bersama keluarga berborak seketika dengan maknya..
Dengan nada sedih bercampur gembira maknya berkata "Najmi dah boleh bercakap, pang" oleh kerana sebelum ini dia tidak mampu berkata apa-apa
Sayu hatiku mendengarnya, hampir jelas di fikiran 'agak teruk sakitnya itu'. maknya menyatakan ia berlaku pada 23hb tetapi baru semalam(29) barulah Najmi boleh berkata-kata, itupun setelah berubat secara tradisional
Dengki orang memang x mengenal belas kasihan, setelah ayahnya diperlakukan begitu, kini dia pula menerima dugaan, hasil hasad dengki pihak yang x berpuas-hati dengan ayahnya; walaupun ayahnya kini telah pencen
Maknya meminta diri untuk ke wad setelah selesai makan, membawa bekal untuk anaknya yang pada perkiraanku agak lapar tatkala tengahari menjelang
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Ketikaku melangkah ke wadnya itu, wajah yg cukup kukenali memandang ke arahku; gembira, namun kosong
Ku bersalam dengannya tetapi dia tergamam, mungkin dia tertanya-tanya siapakah tetamunya itu
Aku perkenalkan diriku sebagai 'simpang' kerana menurut emaknya dia tak kenal siapa Amirul tapi tahu siapa Simpang; pada pandanganku dia tak ingat selain dari mukaku dan namaku sahaja
Sedih, Sayu, melihat rakan yg dulunya ceria kini pendiam, kerana perkataan yg ada difikirannya terlampau sedikit, dia seperti tidak tahu ayat untuk diperkatakan walaupun aku tahu dia sedang cuba memikirkan ayat itu berkali-kali dan berkali-kali
Keadaannya sama seperti ayahnya dahulu walaupun kini ayahnya telah pulih, namun untuk berkata-kata, jauh sekali ayat penuh kedengaran, dia seperti budak yang baru belajar berkata-kata...
Susuknya sedikit susut; mungkin kerana kurang selera makan, rambutnya masih rapi, mukanya bersih ceria namun kosong; seperti menggambarkan perasaannya. Sukar dipercayai wajah ini dulu ramah dan petah bergurau denganku...
Membahaskan diri sebagai 'saya' dan 'awak', itulah antara perkataan yang selalu terbit dari mulutnya. selain itu dia memerlukan bimbingan ayat dan banyak menggunakan 'body language' dalam menyampaikan mesejnya. Tidak terdengar gelak-tawanya, cuma sesekali terukir senyuman di bibirnya menyenangkan perasaanku
Dia mampu membaca, tapi tak faham maksud ayat yang dibaca. Tak mampu menulis apatah lagi mengira. Bagi seseorang yang akan menghadapi exam IB, ia seakan mustahil tatkala keupayaan seperti itu tidak dapat melepasi UPSR
Pada pandanganku dia tidak sakit, tak nampak kesakitan di wajahnya, bagiku 'benda' itu yang menyakitkannya, menarik keupayaannya pergi, yang jelas pada pertuturannya.
Pemergianku disambut senyumannya. Aku rindu dia yg kukenal, gelak tawanya, gurauannya, oh beratnya dugaan yang menimpamu Muhammad Najmi...
Semoga Allah memberkati dan merahmati hidupmu dan keluargamu..
.............................................................................................................................
Aq menceritakan tentang perasaan yg aq alami ketika berjumpa Boss, dan semua perubahan yg kurasa. Semua ini kuwarkahkan agar semua yang membaca dapat sama-sama mendoakan agar Muhammad Najmi cepat pulih dan sembuh dari ganguan yang dihadapinya, AMIN...