Monday, January 2, 2012

X de keje...

Selamat Menyambut Tahun Baru 2012! =)


Dah lama x update.. isy3.. yela, musim exam kan, pastu musim hujan. So aktiviti outdoor ni x brape nk best la bila basah2 ni. Kalo boleh aq nk elak trekking n hiking time hujan ni. X syok, hehe..


Plan awal aq nk keje time cuti ni x menjadi, tpi ok gakla leh relax kat umah sambil blaja mende baru. So, aq pun decide untuk belajar skill2 baru memancing..


Selama ni teknik memancing yg aq taw dan belajar dari ayah aq ialah teknik bottom atau dasar. Dulu aq penah blaja menjala dgn org tapi dah lupe.. hehe.. Ok, berbalik kepada teknik dasar tadi, secara asasnya tali akan diikatkan kepada mata kail dan batu ladung. Ada pelbagai variasi memancing dasar ni biasanya kalo mancing laut aq akan menggunakan perambut, kalo mancing sungai aq tak pakai.. hehe..






So, teknik yg aq berminat nak blaja time cuti ni ialah teknik casting. Teknik casting secara asasnya ialah teknik baling dan tarik. Berbanding teknik dasar yg kene peka bila ikan menjamah umpan, teknik casting ni kene guna tenaga sket dan kene rajin. Tapi yg bestnya ialah bila ikan menyambar time joran kat tangan, pergh.. masyuk...


Aji King Game Master 1000


Bila pakai teknik casting ni, aq suka pakai gewang(umpan tiruan). Boleh pakai byk kali, tpi kalo sangkut atau putus, payah gak la.. huhu.. Bukan apa, kebanyakkan umpan yg best2 ni mahal. Tapi kalo mahal x reti guna pun membazir gak ye tak? 


Joran beginner, chap ayam.. hehe


Berbekalkan sifu Youtube dan cikgu Blogger, aq pun belajarla cara2 nak guna gewang ni. Pastu aq pun refer gak sket2 kat otai2 yg byk membantu dlm forum memancing. Tapi setakat ni still kumpau lgi, teknik belum betul le tu. X pun kaler gewang x kene.. Isy3.. X pe, lame2 pandai la tu, kene sabar sket bab2 memancing ni. Member2 yg otai plak x de kat sini, kene pandai2 explore sendiri, lambat sketla nk jadi pro.


Gewang baru brape ketul je ni, mata kail pun x cukup.. 


Apapun, aq harap dpt kuasai sket2 cara yg betul, sebab bila da abes cuti t payah sket nk pi memancing. Wish me luck! =)


p/s: ni salah satu  blog  yg 'meracun' aq blaja casting..  haha

Tuesday, October 18, 2011

Gunung Tok Wan

Hujung minggu yg lalu, aq ngan sifu aka partner aka En. Hakim telah berjaya menawan puncak Gunung Tok Wan.. Alhamdulillah..


Basically trip ni x susah, tapi dek kecederaan otot di buku lali kiri aq dari Bunga Buah melambatkan sket perjalanan kitorang.. Isy3.. 


Timeline kasar:


0700: start hike dari kaki bukit
0755: sampai puncak ke-4 Broga (aq hampir peywai di situ XD )
0800: start hike ke Gunung Tok Wan
0920+-: sampai di puncak 
1015: turun
11++: sampai puncak Broga
115+: sampai kete teross.. 


secara kasarnye keseluruhan trip mengambil masa 5 jam, dan boleh jadi lagi cepat jika kitorang x spraint muscle kitorang.. hehe.. Bak cakap orang setiap gunung ade susahnya dan memang betul, mula2 mindset aq igt gunung Tok Wan cam senang tpi x semudah yg digambarkan.. 


trek




Trek atau jalan ke puncak jelas so x perlu risau, cume kene peka dgn marking. N kalau anda peminat burung, ade beberapa area di sepanjang trek menjadi kawasan permainan burung, cuma kene peka la. Kitorang ade jumpa beberapa 'sign' bahawa ada sumber air (botol kosong yg diikat di pokok), tpi kitorang x jumpa. So sape2 yg dtg bawakla air lebih, x rugi untuk mengelakkan dehydration. 


Time turun tu memang betul2 terbakar kat area bukit Broga. Bahang panas yg naik ke atas, dengan kurangnya pokok, dengan kawasan lapang. Memang korang x nak berada di Bukit Broga time tengah hari..


Anyway, trip kali ni memang best, so kalo korang nk elakkan kesesakan Bukit Broga, bolehla jalan terus ke Gunung Tok Wan, x ramai orang pi sane n suasana pun tenang.. hehe..

Karya En. Hakim XD

pandang atas

ade cerek ditinggalkan in case korang nk masak air.. hehe

sign Gunung Tok Wan

baldi pun ade


trek melalui salah satu banir pokok

T-shirt tajaan Lusuh Adventure

Pondok

Kerusi

Pondok 2

Sunday, October 9, 2011

Mount Bunga Buah, 8 oct 2011


This is my first hiking trip to Mount Bunga Buah, Genting Highlands (1430m / 4690f). The hike offers spectacular view around the highlands itself and also a view of Tabur Hill. It’s been a while since I’ve been hiking a mountain so I was very excited. I promised myself to record this precious experience with my camera.

The organizer for this event is MWAC, my university adventure club. It’s a daypack trip so the load is not too heavy but for me, it’s a good training for my body if I can bring extra load. By a carpool method, we departed to Gohtong Jaya in Genting Highlands.

Our starting point is a private property in Gohtong Jaya, it is necessary for us to respect the owner. The path to the mountain needs us to cross a vegetables garden and then a steep ascend to a road. It was a muddy ascend due to the rain the day before and I’m glad to reach the road. High vegetation that covers the road as we go forward indicates that the road’s been unused for quite a time.

The road not taken

We came across a pair of Siamang Gibbon that feeds on the jungle fruits and then a Binturong! At first I thought it is a weasel (musang) but further research it is indeed a Binturong. Well google it if you don’t know what Binturong is  XD  And there are so many leech here that rainy seasons makes the environment favor themselves.

A leech
From the junction to Rock Garden, the path is more ascending than descending as we go through the ridge. As we continue the hike, ascending is obvious and most of the path is waterways that is dangerous and very slippery if its rain. At certain point, we came across mossy forest and it is very cool.

@ Rock Garden

Finally, we reach the peak around mid day. There’s no view around the peak due to heavy cloud surrounding the area but we were satisfy to complete the hike to Mount Bunga Buah =)

View

Hibiscus sp.




We was here, Mount Bunga Buah

Monday, September 26, 2011

Air Terjun Jerangkang, Maran, Pahang

Alhamdulillah, baru balik dari air terjun Jerangkang yang terletak di Maran, Pahang. Air Terjun ini merupakan salah satu kawasan rekreasi yg terletak di Maran yg mana MWAC pun pernah organise trip ke air terjun Berkelah di Maran juga. Trip kali ni aq expect memang santai disebabkan tiada trekking dan hiking kalau nk dibandingkan dgn Berkelah, cuma kena jln sket je nk pi air terjun tu dari campsite..


Starting point kitorang kat Maran sama je ngan Berkelah punye starting point, Masjid Kampung Gelugor. Perjalanan nek lori dan 4wd ke campsite adela dlm 20km (1 jam), pastu jalan dlm 5 minit sampaila kt air terjun tu. Bagi aq trip ni memang santai abes sebab dlm hutan tu, da ade pondok, tempat masak, tandas pun ade. So, x payah susah2 nk pasang sume khemah kecuali korang memang nak pasang khemah, haha.. Jalan pi situ standart jalan balak, n orang2 sekitar memang layan air terjun tu mcm orang area Selangor, KL layan Kem Lolo kt Gunung Nuang, untuk bersantai... Tepi2 jalan tu bykla kebun getah, kelapa sawit, hutan secondary dan beberape kebun yg dibuka oleh orang asli kt situ. 


Nek lori dan 4WD


Kawasan air terjun tu memang ok utk dibuat bersantai, ade part dlm, ade part berpasir, ade part boleh slide nek tiub, sape x slide nek tiub tayar tu bermaksud dia tak cukup syarat nk ckp "I was here".. haha..
View kat sini biase2 je, dan oleh kerana aq ade kamera baru, aq pun try r test kamera tu utk amek gambar2 kt sini. Hasilnya ok la, sebab aq x reti lgi nk exploit betul2 kamera tu. Walaupun Nikon Coolpix L120 tu sekadar compact kamera, tpi zoom power dia memang terbaik. Bgus gak la aq beli, leh train utk pki DSLR.. hehe..


View


Sebelum aq pi Jerangkang ni, aq watla sket research, bace ape yg org da ckp psl air terjun ni, area2 dia. Salah satu source utama aq adalah Gunung Online. Bgi aq forum ni memang bgusla kalo nk cri info2 berkaitan outdoor ni. So dlm bace2 satu thread berkaitan kesan tapak kaki haiwan, penulis tu ckp yg dia penah diekori oleh sang Maybank kat air terjun Jerangkang ni. So, aq pun cm takut gak r, haha.. Tpi, bila aq tgok org2 yg dah penah pi relax je, aq pun kira wat x kisah r, mungkin cter lama. Walaubagaimanapun, aq da standby pisau n mercun just in case.. kamera pun aq standby gak, haha.. Bila aq tgok area2 situ, ade kemungkinan 10-20 thun dulu area tu memang kawasan mainan Maybank. Sebab jalan skrg yg ade merupakan jalan balak yg mana aq pasti dulu merupakan satu trail kecik ke Air Terjun Jerangkang. Tpi skrg mungkin da x berapa nk ade sebab da byk da orang pi situ, men air sume. 


View 2


Kesimpulannya, trip kali ni memang best. Yela, pengalaman baru kan, haha.. Tpi nak banding dgn Berkelah, aq rase Berkelah lagi best. Sebab ape? Sebab Berkelah ade air terjun yg tinggi n kolam dia lgi dalam.. Lgpun kat berkelah x de lgi pondok so dekat sketla dgn nature. Tahniah kepada organiser kerana trip kali ni berjalan lancar dan semoga len kali kita pi air terjun len plak.. hehe..


Banner organiser


Kat sini diselitkan satu video yg dibuat oleh saudara shenol.. enjoy =)








* Maybank = Harimau
* Post Air Terjun Berkelah