Monday, January 11, 2010

Baru Update


Dah lame x update blog, busy la katekan... haha

Nak cter psl ledang, gambar x dpt lgi. X taw nk cter ape, so skadar warm up, aq nk ckp pasal bertunang la. Yela, baru2 ni ade kes sket berkaitan dgn menda ni kn. X salah ia dibincangkan sbgai pedoman kita bersama...

Dalam usia kita yg kian dewasa, byk menda yg kita belajar tentang hidup, terutama sekali tentang mencari pasangan hidup. Sbnrnye x salah jika ia dilakukan dengan cara yg betul, tapi byk drpda kita yg tersalah erti hal ini. Contohnye, seperti hal 'couple'. Tapi, kali ini aq nk bincang pasal bertunang..

Sebenarnye, ape tujuan kite bertunang? Adakah untuk meng'cop' atau menempah pasangan kite drpd diambil orang lain? atau inginkan suatu ikatan yg serius antara pasangan berkenaan? Lain orang, lain pandangannya, tapi pandangan aq dlm hal ini ialah suatu benda yg serius kerana pertunangan merupakan suatu langkah ke arah pernikahan. Dan perlu diingat, pertunangan belum menghalalkan sesuatu yg dihalalkan dalam perkahwinan..

Mengambil kisah seorang rakan kita yg dikhabarkan telah putus tunang, (bukan nk mengaibkan lagi mengejek, tetapi aq nk mengingatkan diri aq n kita semua agar tidak mengelakkan perkara sedemikian) apa tujuan mereka bertunang? adakah agar perbuatan mereka berdating tidak dipandang serong? atau suatu langkah ke arah perkahwinan?
Bagi aq, jika memang nak bertunang atau dah bertunang, pasangan berkenaan perlu sudah ada pandangan jauh kehadapan untuk berkahwin kerana hal ini bukan main2 dan mereka perlu serius. (kisah rakan kita 2 contoh je, aq nk bincangkan tentang tindakan 2 je, harap x de salah phm)

Bila terjadi putus tunang, byk kesan kepada diri pasangan berkenaan, keluarga dan masyarakat setempat. Antara kesan yg mungkin dialami ialah:
  1. Pertunangan yg selepas itu berkemungkinan berakhir dengan nasib yg sama (bagi pihak yg memutuskan pertunangan)
  2. Keluarga mendapat malu hingga ke suatu tahap, walaupun segelintir keluarga mungkin berpandangan terbuka
  3. Masyarakat mula berpandangan serong walaupun bukan pihak itu yg menyebabkan putus pertunangan itu. Senang kata, fitnah senang tersebar...
Mengikut kes, pasangan baru kepada kwn kita itu juga turut menerima tempiasnya. Aq melihat perkara ini sebagai suatu perkara yg x sihat. Dan penting bagi kita untuk mengetahui kebenaran sesuatu cerita kerana salah pemahaman atau penambahan, ia boleh menjadi fitnah, Nauzubillah....

Moral of the Story:
Kepada kita yg masih muda dan yg belum berpengalaman dalam menda ni (aq pun same), kita kena bersedia dlm menghadapi dunia yg penuh cabaran ini. khususnya di alam perkahwinan nanti. Ambillah pengajaran, dan cuba sedaya-upaya untuk memilih pasangan yg sesuai agar perkara yg x diingini dapat dielakkan....