Tuesday, December 9, 2014

Dodgeball @ Jump Street KL

Di musim hujan ni, kita kena berhati-hati lah, terutama sekali bila panjat gunung. Jalan licin, kepala air, hipertomia dan bermacam lagi. Kebanyakan gunung dah ditutup untuk pendakian terutama sekali di Pahang dan Terengganu. Jadi, mari kita main indoor plak kat Jump Street! Haha..


Dodgeball @ Jump Street 

Tuesday, December 2, 2014

Gunung Gap - Ulu Semangkuk

Gunung Gap & Ulu Semangkuk terletak berhampiran Fraser Hill. Sebenarnya, OTW lah dari KKB ke Fraser Hill. Terdapat beberapa landmark yang membolehkan anda mengenal pasti starting point atau pintu masuk ke gunung ini. Salah satunya ialah tandas belah kanan jalan, dan jambatan gantung belah kiri lepas tu. Ada satu papan tanda yg telah dilaminate (ketika kami naik) di permulaan trek kat tepi jalan tu.



Thursday, November 20, 2014

Chemerong-Berembun-Langsir (CBL)

Back-to-back event. Itulah yg berlaku bulan 10 yg lepas. Kayak-Tahan-CBL. Since pengalaman mendaki Gunung Tahan dah pernah ditulis dalam blog ni, maka tak perlulah tulis lagi. Haha.. Bukan apa, semak kang dengan post gunung yang sama, akan terjadi ketirisan maklumat, cewah. Tapi, pengalaman dia berbeza.. Nak tahu? Pi lah panjat gunung 



Saturday, November 15, 2014

Ekspedisi Kayak Sungai Berang Vid

Video ni adalah hasil kreativiti bro Khairy Arif, dengan kerjasama cik Fadhilah Hashim, bro Marzuqi (Bo) dan aku sendiri. Enjoy~


Wednesday, November 12, 2014

Ekspedisi Kayak Sungai Berang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, terima kasih kerana melawat blog ini yang ditulis untuk berkongsi pengalaman dan maklumat.. Minta maaf kerana tidak update secara teratur disebabkan kesibukan yg bermacam-macam. Ahaks, okay lets go!



Air Terjun Belukar Bukit

Monday, July 7, 2014

Gunung Angsi via Ulu Bendul

Trip bulan lepas, tapi baru post, haha..


Walaupun aku bolehlah dikatakan kerap memanjat Gunung Datuk, tapi aku tak pernah panjat sedara dia iaitu Gunung Angsi. Walaupun tak tinggi, ia tetap mempunyai cabarannya yang tersendiri..

Sunday, June 29, 2014

Trans Chamah-Ulu Sepat vid


Selamat berpuasa kepada semua Muslimin dan Muslimat..
Enjoy =)




Monday, June 23, 2014

Chamah & Ulu Sepat (CUS)

Alhamdulillah.. Tamat sudah satu lagi ekspedisi bergred G7. Syukur kehadrat Illahi kerana limpah dan kurniaNya, berjaya gak aku habiskn G7..

Trip kali ini dianjurkan oleh TPK dengan kerjasama SOS, TPK ni satu group ex-schoolmate dari Kedah. So, depa ni memang geng lah. Oleh kerana depa tak cukup korum, maka trip ni dibuka kepada pendaki luar.. Maka aku yang lone ranger ni pun teross join bila Kay SOS umum open trip kat FB. Maka ber'hang' dan 'depa' lah aku 6 hari tu.. haha.. orang Johor jadi orang Kedah.

Trip ni dianggotai oleh 2 guide SOS (Azzam & Tawau) serta 13 orang tentera dan 1 awek TPK. Serta 2 lone ranger yg forever alone, aku dan Incik Am, ahaks. So, total 18 orang. Trip ini berjalan dari 24-29 Mei 2014.

Kami berlepas dari Seri Kembangan menaiki 2 van ke hentian Gua Musang. Kemudian, bergerak ke Kuala Betis yang mana kami sarapan dan bungkus makan tengah hari. Kemudian, bergerak ke starting point menaiki 4WD..




Monday, May 12, 2014

Gunung Kinabalu (Part 2)

4.40 petang, 2 Mac
Akhirnya, sampai juga di Laban Rata! Dinner kat cafe start pkul 4.30, so bila aku sampai je dah boleh start makan lah, perfect timing, haha.. So, macam biasalah, bila buffet ni perkara yang harus ialah makan banyak. Memang mentekedarahlah aku di petang yang rahmat tu. Carbo loading abes. Dan tak ketinggalan, EPAL! Rasanya pasni aku nk kene senaraikan epal sebagai barang wajib bawak. Kalo tak, ade kang aku hijack makanan orang, ahaks.



View dari Laban Rata ni memang masyuk, kalau cuaca baik. Memang rasa puaslah masa tu, view yang menarik ditambah dengan makanan yang banyak, memang heaven. Namun, satu perkara yang ketara ialah suhu yang sejuk. Pergh, ini time siang, kalau malam kang.. Pergh..

Wednesday, May 7, 2014

Gunung Kinabalu (Part 1)

Dah lama gila tak update, haha.. Kepada yang suka membaca blog ni, minta maaf banyak-banyak. Banyak faktor yang menjadi penyebab tak update blog ni, sebab utama ialah kerana tak pergi trip hiking.. hehe

Trip kali ni ialah Ekspedisi Gunung Kinabalu (Mesilau - Timpohon) pada 1-3 Mac 2014. Pelbagai suka-duka ditempuh sebelum ekspedisi iaitu dalam fasa persiapan lah, ni belum panjat lagi. Haha.. Alhamdulillah berjaya achieve target dan berjaya menjalankan ekspedisi ini dengan jayanya.. =)


Photo credit to Fikri