Wednesday, November 12, 2014

Ekspedisi Kayak Sungai Berang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, terima kasih kerana melawat blog ini yang ditulis untuk berkongsi pengalaman dan maklumat.. Minta maaf kerana tidak update secara teratur disebabkan kesibukan yg bermacam-macam. Ahaks, okay lets go!



Air Terjun Belukar Bukit


Ekspedisi kayak kali ini dianjurkan oleh OARS (Outdoor and Recreational Society) MMU Cyberjaya dengan kerjasama Persatuan Kanu Terengganu (Terima Kasih yg tak terhingga kepada Abg Awi dan anak, Cang & Ceng, dan semua yg terlibat. *Saya memang ada masalah ingat nama orang~), merupakan kali pertama dianjurkan di sungai sebab sebelum ni diorang dah buat STAR 1 & 2, ditutup dengan berkayak ke Pulau Kapas.. Ekspedisi kali ini adalah sejauh kira-kira 59km untuk 3 hari.
Sebagai orang yang pertama berkayak, memang aku nebes abes la, ditambah lagi dengan tak reti berenangnya. Isy3.. Awat? Salah ke tak reti berenang? Aku juga manusia kot! haha


28/9/14
Kami berlepas ke Air Terjun Belukar Bukit di Terengganu.. 1 bas, 1 van, dan 1 kereta kemudiannya..


29/9
Okay, kami sampai dalam pukul 11 lebih kurang, sebab matahari bersinar dgn terangnya masa tu, haha. Dah dekat tengah hari. Jadi kami pun bersiap-siap setup barang semua, dan explore sikit kawasan Air Terjun Belukar Bukit ni. Tempat dia best, ada gazebo, tandas, surau dan juga beberapa bangunan kedai. Yang tak bestnya, tandas tak dok ayaq! So, air terpaksa diimport dari luar.. Haha.. Lagi satu, keadaan sekitar penuh dengan sampah, so bagi penggemar alam sekitar, sangat tak best pemandangan yang semacam itu.


Mungkin banyak terjadi benda tak sihat kat kawasan ni..

Awalnya kami dijadualkan untuk membersihkan kawasan sekitar bersama orang majlis daerah, tapi diorang tak muncul (lupa kot), so kami pun beramai-ramai bersihkan.. Abang Awi adalah antara yg paling bersemangat, mungkin disebabkan semangat cintakan alam sekitar ataupun sebab dia orang Terengganu. Apapun, aktiviti petang tu memang berjaya lah, puas hati sebab dapat bersihkan kawasan tu. Harap2 akan kekal bersih dengan kerjasama majlis daerah..


Abang Awi
Gotong-royong
Ce kira berapa byk plastik sampah tu, ni baru 3/4

Malam tu barulah kayak2 sampai, satu lori beb! Memang cukuplah untuk peserta yg seramai 40 orang tu. Kayak yg kitorang naik ni adalah jenis sit-on-top. Kitorang tak masuk dalam, tapi dok kat atas. Dikatakan takkan tenggelam, cuma air masuk je.. Haha..


30/9 (Belukar Bukit - Kg. Menerong - Pengkalan Ajal) 20km



Pagi ni kitorang bersiap-siap untuk memulakan ekspedisi. Dimulakan dengan regangan, taklimat dan sesi water confident. Lepas tu, semua berkumpul sebaris sebelum berpecah memulakan ekspedisi. Partner aku ialah Incik Faiz aka Awi Rafael, sebab muka dia mcm penyanyi tu. Haha.. 


rafting

Hari pertama ni perjalanan dijangka sejauh 20km. Tapi, awal2 lagi dah eksiden da.. Haha.. abes terbalik, hal ini disebabkan salah sorang member depan tu salah control kayak, lalu tersangkut kat batu. Yang belakang kebanyakannya first time naik kayak, memang tak mahir la nk control, turut terlibat dalam kemalangan berkenaan. Bila teringat balik, memang tersenyum sorang2, lawak beb. Haha.. Semua kalut!



Lepas kejadian tu, aku dan faiz tertinggal kat belakang, pergh, apsal tak best kayak ni? Tak stabil, senget, air masuk.. menyebabkan maneuver payah lalu banyaklah yg kami sangkut. Aku dok belakang ni dah macam pam air dah, cuba buang air keluar. Pastu, bro Bong dan abg yg escort kitorang pun suruh buang air dari dalam kayak tu. Rupanya bahagian dalam struktur kayak tu penuh air.. Lepas buang tu barulah best bawak.. Lubang penutup dah loose, sebab tu air masuk.




Kitorang teruskan perjalanan sampai satu port tu, berhenti makan tengah hari, crew yg follow dari jalan darat dah siap memasak. Sedap weh, lepas masuk air memang best dapat makan. Thanks Dura n crew! Sepanjang perjalanan dari Belukar Bukit, sungai dia cetek dan berbatu, typical sungai air terjun lah. Lepas break untuk lunch, sungai dia dah mula berpasir dan lumpur. Masih banyak lah port nak berhenti sebab banyak beting pasir. Hujan renyai2 petang tu, tapi tak lebat lah. Boleh lagi nak mengayak..
Kami sampai kat Pengkalan Ajal lepas asar, kira2 pukul 4.30. Kami bermalam di Masjid kat Pengkalan Ajal


1/10 (Pengkalan Ajal - Kuala Berang) 18km
Hari ini kami tak bawak beg kami bersama macam semalam, cuma bawa makanan je. Jadi, beban tu kurang banyak lah. Semalam kitorang bwk barang macam pindah rumah. Haha.. 


Faiz aka Awi Rafael (baju putih)

Hari ni sungai dah semakin lebar, dan yg bestnya, byk kanopi. Kami melihat hutan dari perspektif berbeza, best woo.. Nak taw? Kena kayak kat sungai lah. Subhanallah, indah pemandangannya.. Cuaca hari ni hujan sekejap-sekejap, pastu banyak halangan kayu tumbang. Memang nasib baik lah hujan, kalo tak, tak lepas kayu2 tu, kena angkat kayak.




Satu info, kalau anda baru dalam dunia kayak, atau tak pernah kayak, maneuver air ni berbeza. Kena buat keputusan cepat dan awal. Adela satu ketika tu, tengah2 sungai ada pulau, so pergerakan adalah ke kiri atau kanan lah. Disebabkan aku dok belakang, aku tanya faiz, nak belok mana. Pastu, dia ambik keputusan agak lama lah. Cukup lama sebab dah dekat baru decide, pa lagi, berlanggar la dengan pulau tu. Haha.. berlanggar belah starboard (kanan), separuh lepas, separuh tak..


Rasa buah ni macam jambu, diorang ckp jambu air versi hutan,
abang tu ckp nama dia lain, so.. kalo tahu, mohon komen ok? =)

Kami sampai kat Kampung Buluh, Hulu Terengganu pukul 2 lebih. Waktu ni panas lagi, lepas tu, hujan lebat gilo, membawak ke petang. Nasib baik sampai awal. Isy3.. Kami berkhemah kat kawasan chalet ni untuk malam ni. Bila sampai awal, rehat awal, so kebanyakan masa malam ni dipenuhi aktiviti santai. Aku tak santai lama, bantai tido awal.. 



Oh, bukan nak cakap apa la, kalo anda tak tido chalet, anda terpaksa menggunakan tandas luar yg disediakan, yg bestnya, pintu dia pakai kain, rendah plak tu, memang anda boleh jenguk ke dalam! haha.. Pastu tandas dia primitif abes beb, aku rela pi gali kat semak.. huhu.. Harap2 pasni pihak pengurusan boleh renovate kemudahan berkenaan.. Tak lah segan nk pi berak

2/10 (Kuala Berang - Kampung Pasir Tinggi) 18km



Hari terakhir ekspedisi kayak ni, sungai sangat lebar, arus x dak, air kaler coklat-merah, jenis gatai kalo pi mandi. Bau sungai pun tak best.. Nak wat cano, sungai kita jugak kan, terima ajelah kesan pembangunan tu. 



Di kebanyakan kawasan, sungai cetek. Mungkin disebabkan kesan projek gali pasir di sepanjang sungai. Kalau anda lalu, memang banyak gila mesin gali pasir sepanjang sungai ni. Sampai satu part, diorang punya kabel tu menghalang laluan kitorang, nasib baik abe tu baik, gulung sket kabel tu bagi kitorang lepas. Thanks random strangers! Jasamu dikenang. Ahaks



Di kejauhan.. Mesin korek pasir

Kami sampai di Kampung Pasir Tinggi sekitar pukul 2, kemas kayak, makan2 sket. Pastu terus pi mandi kat masjid berdekatan. Setelah selesai semua, kami pun bergerak pulang.. 



*************************************************
Kesimpulannya, memang best lah ekspedisi ni. Pengalaman rare. Haha.. 
Terima kasih kepada semua yang terlibat, terutama sekali krew dan penganjur dari OARS dan juga Persatuan Kanu Negeri Terenganu..
InsyaAllah, kalau OARS buat STAR 1 & 2, aku akan join.. Thumbs up! =)

No comments: