Thursday, November 20, 2014

Chemerong-Berembun-Langsir (CBL)

Back-to-back event. Itulah yg berlaku bulan 10 yg lepas. Kayak-Tahan-CBL. Since pengalaman mendaki Gunung Tahan dah pernah ditulis dalam blog ni, maka tak perlulah tulis lagi. Haha.. Bukan apa, semak kang dengan post gunung yang sama, akan terjadi ketirisan maklumat, cewah. Tapi, pengalaman dia berbeza.. Nak tahu? Pi lah panjat gunung 



Event kali ni dianjurkan oleh OARS juga, disertai 1 bas dan 2 buah kereta. Kami berlepas dari Cyberjaya khamis malam, tiba di Hutan Lipur Chemerong kira-kira pukul 9 pagi jumaat. Masa tu ada 3 group yang ada kat atas. 1 group dari UMK kampus Jeli, 1 group lagi dari UNISZA. Dua2 berkekuatan 1 bas masing-masing, dan ada lagi satu group 10 orang. Group ni turun pada hari berkenaan, UNISZA esoknya(Sabtu) manakala MMU dan UMK turun ahad.




Lepas briefing semua, kami memulakan pendakian, sejam kemudian, sampai kat simpang ke Air Terjun Chemerong. Kena cross sungai ke kanan untuk meneruskan perjalanan ke Kem Balak, Air Terjun Chemerong kena follow trek tepi sungai belah kiri. Oh yea, kalau anda baca log sebelum ni, akan jumpa jambatan gantung sebelum simpang ni, jambatan sudah roboh~ sudah roboh~ sudah roboh~ haha.. So, kena ikut trek lalu bawah jambatan tu. Ada beberapa simpang sebelum sampai simpang Chemerong, anda dinasihatkan bawak org yg pernah pi, sebab nk describe kat sini agak payah..


Simpang Air Terjun Chemerong, jangan lintas kalau nak ke Air Terjun Chemerong

Subhanallah.. Lawa beb Air Terjun Chemerong.. Tinggi abes. Time datang ke Hutan Lipur Chemerong dah boleh nampak. Fuh, kalo hujan ni, memang bahaya abes, sebab kemungkinan berlaku kepala ayaq memang tinggi.



Incik Ayie, mcm budak kecik pulak gaya dia, haha

Tengah hari tu hujan lebat turun.. So, apa lagi, kitorang cepat2 lah cross sungai tu dan meneruskan perjalanan ke Kem Balak. 


Hujan lebat @ simpang Air Terjun Chemerong

Pergh, pacak beb.. Haha.. Pacak dan pacak sampai Bukit Taubat, dan pacak lagi... Time naik ni ade 2 tempat yg seakan-akan simpang, follow kiri dua2 sampailah cross satu sungai, dan sampailah Kem Balak. Aku tiba kira-kira pukul 3 petang.


Depan tu Kem Balak

Sungai kat Kem Balak jernih, tapi dipenuhi sampah daun2 dan batang pokok yang dah mati. Kemungkinan dibawa kepala air. So, x berapa best lah nak mandi sini. Kena pergi ke hilir sikit. Kat situ best, tapi batu dalam air licin sebab berlumut.. Lepas sampai tu, aktiviti santai..


Kem Balak

Esoknya (Sabtu), kami bergerak ke Gunung Berembun dan Air Terjun Langsir. Kami berpecah kepada 2 kumpulan. Satu akan shoot ke Air Terjun Langsir, bypass Gunung Berembun manakala satu lagi akan pi Gunung Berembun. Tugas shooter/runner berkenaan adalah untuk set up campsite, disebabkan group UMK pun berkhemah kat Langsir. Diorang kena reserve port yang ada untuk memastikan semua muat.

Dari Kem Balak anda akan menyusuri tepi sungai, pastu ada satu simpang, ke kiri untuk ke Langsir terus melalui Sungai Bangan. Terus akan ke Kem Y. Kat Kem Y ni sungai dia cetek, so tak berapa best nak tido. Yang tak berapa best kat sini ialah sampah banyak, tak taw la sape punya keje. Kitorang pikul yang mampu, yang lain letak dlm plastik sampah, dan gantung. Huhu..


Kem Y

Kitorang meneruskan perjalanan lepas Zuhur trek lepas Kem Y tak pacak, biasa je, turun naik. Lepas tu naik ke permatang, sampai taman bonsai. 


Puncak Berembun dah dekat

Jalan depan sikit, sampai ke puncak Gunung Berembun. View x de, disebabkan puncak dikelilingi pokok, kitorang mempercepatkan langkah menuju Air Terjun Langsir sebab hari dah nak hujan. 


Puncak Berembun

Group depan dah lama sampai, kami menggunakan radio untuk berkomunikasi ternyata begitu berguna. Beberapa ketika berjalan, jumpa En. Pie. Beliau adalah pengiring kami, orang lama dalam outdoor, dan begitu berpengalaman. Katanya kem dah dekat. Tak lama pastu, hujan turun..




Rupanya kami tak kem kat Air Terjun Langsir, tapi hulu lagi. Depan sikit dari Jeram Lesung. Sebab geng UMK dah lepak kat Langsir, so tempat limited. Bila aku sampai tu diorang dah setup khemah, fly dan ground. Yang dah lama sampai berteduh bawah fly. Kitorang team sweeper ni layan aje hujan tu, memang lebat, tapi sebab dah basah, so x da hal lah. Yang aku risau ialah petir, dekat2 weh. Dekat sebab bila kilat muncul, bunyi dia tak sampai satu saat.


Air naik....

Lepas tu, air naik.. Mula2 sikit je, pastu melimpah tebing dan naik lagi. Sah, kepala air. Kitorang kelam kabut pindahkan beg, khemah dan fly ke belah bukit. Aku memang cuak la, first time kena mcm ni, cuak air naik lagi sampai x leh nak tido. Haha..Mana nak selit 40 orang beb? First timer plak tu kebanyakannya. Yg dah hardcore, berdiri pun boleh tido.. Contoh terdekat, Incik Quzi. 

KLIK SINI untuk video

Bahaya keadaan macam ni bukan setakat kepala air, tapi hypothermia. Semua basah, hujan, angin, lapar, tempat berteduh tak proper.. So kami semua cepat2 setup dapur, masak makanan segera yang ada, lepas tu masak untuk makan malam. Keputusan dicapai untuk bermalam di Langsir, tapi kami tak boleh gerak sebab air naik tutup jalan.

Kira-kira pukul 10, kami mula bersihkan kawasan, dan bergerak ke Langsir. Satu team pioneer dah gerak dulu untuk setup campsite. Tak nak ramai2 sebab tak nak kaco budak UMK yg cnfirm dah tido masa tu. Sampai je, kitorang tido kat kawasan yg tinggal, tak berapa nak selesa, tapi boleh la, berhimpit sikit. Yang ada hamock pun gantung je kat pokok yang agak2 kuat. Dah tak kira dah, haha.. Asal boleh je. Bak kata Bob "kita yang buat dia..."

6.30 pagi (Ahad). Pergh, da terang! Yelah, subuh awal beb sekarang. Cepat2 solat subuh, dan teross pi bawah tengok sunrise. Layan beb~ Haha..




Lepas sarapan, kebanyakan peserta pi balik kat kemsite semalam, nak mandi. Pergh, beza abes dengan semalam. Air tenang, jernih, biru dan hijau.. Semalam teh dan kopi susu. Sayangnya lens kamera berwap, x dapat nak capture view yang cun tuh. Huhu



Kami bergerak keluar lewat gak lah, dekat tengah hari. Lepas Air Terjun Langsir, ke Sungai Bangan akan naik... Pastu turun.. Kat Sungai Bangan ni port tiruk gak, air cantik, sayangnya kitorang kejar masa, so x sempat mandi.. 



Sebahagian makan tengah hari dan solat kat sini, yang lain makan kat kawasan lapang bukit lepas tu. Lepas Sungai Bangan ni pacak, pastu naik dan naik, naik turun, lepas tu turun.. jumpa simpang sebelum Sungai Y. Ambik kanan menuju Kem Balak.


Jumpa pokok ni sebelum simpang Kem Balak - Kem Y

Nak jadi cerita, time turun lepas tu, selepas Bukit Taubat, ada budak terseliuh. Kat sini memang curam, so dinasihatkan kepada yang turun, berhati-hati. Mula2, memang payah la dia nk jalan, bengkak beb kaki dia, letak ankle guard, cool gel dgn panadol pun x jalan. Lepas tu, Faiz sampai, kali ni dia medic, so dia balut kaki budak tu, dan bagi ponstan, letak deep heat skali. Lepas 10 minit, dia kata boleh lari dah. Haha.. Kuat beb effect ponstan. Tapi kitorang tak bagi la dia lari, suruh dia turun pelan2 gak.

Dipendekkan cerita.. pukul 10 lebih sampai bawah.. Pewai semua.. Alhamdulillah semua sampai dengan selamat, walaupun ada yang injured. Oh, masa sampai tu, kedai kat Hutan Lipur tu ada yang bukak lagi. Apa lagi, kami pun serbu la, beli 100plus bagai. Heaven.. Hehe

Sekian.. InsyaAllah, akan repeat lagi sebab tak puas mandi. Ahaks

No comments: