Walaupun aku bolehlah dikatakan kerap memanjat Gunung Datuk, tapi aku tak pernah panjat sedara dia iaitu Gunung Angsi. Walaupun tak tinggi, ia tetap mempunyai cabarannya yang tersendiri..
Trip ni berpunca dari ajakan sweeper masa aku pi CUS, Incik Azzam. Pada mulanya dia ajak panjat Gunung Irau, namun kemudiannya ia dibatalkan. Isy3.. Jadi trip ni untuk menggantikan trip tu lah.
Kitorang berkumpul di Hutan Lipur Ulu Bendul pada pukul 8.30 pagi. Aku dan Bro Hatta carpool satu kete, sampai 8.10 pagi. Tup tap tup tap, lepas stretching sume kitorang start hike pada pukul 9.15 pagi..
Pokok ape ek? |
10.40 pagi
Kami tiba di Jeram Kak Lang, kat simen ada tulis Kem Tangga Batu. Aku agak kitorang akan lewat sampai sebab kalau diikutkan timing, kitorang memang lambat. Lepas refill air kepada max, kitorang pun sambung jalan..
Jeram Kak Lang |
Lepas Jeram Kak Lang ni kene cross sungai tu, lepa tu jalan agak landai sampai jumpa sungai lagi satu. Cross sungai tu, lepas tu trek naik sket dan landai sampai satu marking '60 minit ke puncak'. Bila sampai marking ni aku rasa semangat lah. Sebab dah tak jauh. Namun, start marking ni trek dah start menaik. So time ni lah baru Fik tu lambat sket, akak Nad tu plak laju. Haha.. mcm main pas baton plak.
Incik Hatta jadi model. haha |
Beberapa ketika lepas tu akak tu cramp, so start tu lah kitorang yang dok belakang jadi lambat.. Untuk trip ni aku secara tak rasmi jadi sweeper sebab Azzam dok depan. Nak jadi sweeper kesabaran kena tinggi weh, kene fit lagi pastu. Awal2 ni boleh la lagi pujuk secara penyayang, tapi kalo lama sangat tak tau lah. Akak tu bukan apa, first time hiking gunung, member dia bleh ckp macam panjat Broga plak, so dari segi persediaan dia memang tak bersedia lah. Tapi normal lah orang first time naik rasa pewai..
Lepas beberapa lama, kitorang jumpa satu signboard tulis 7 minit ke puncak. Pergh, aku rasa nak lari je. Tapi, depan tu ada tulis dengan marker angka 3, macam 37 minit. Dan lepas jalan punya jalan, memang betul 37 minit. Haha.. Slow2 kitorang naik. Tak lama lepas tu Azzam join kitorang, sekarang dia sweep skali. Kaw2 dia pujuk akak tu panjat, penyayang betul. Haha..
Lepas tu sampai kat kawasan tali. Bagi yang tak berapa biasa main dengan tali, ikut tali kanan. Bagi yang biasa, ikut tali kiri sebab tali kiri tu tempatnya curam. Kena berani sket. Lepas tali tu trek menaik tapi kurang sket lah pacaknya.
2.30 petang
Akhirnya sampai gak puncak! Haha.. Pergh, expect the unexpected. Naik je 5 jam. Kalo turun nanti mau 3-4 jam. Dan waktu tu dah start gelap. Aku kalau boleh tak nak OT. Dia akan drag timing lagi. Nasib baik aku ada prepare headlamp, just in case. Dan memang amat berguna pastu..
Photo kredit to Incik Fikri |
4.00 petang
Lepas makan, tido, bergambar, kitorang pun turun.. Pukul 4 beb, lama gak nih nak turun.. Huhu.. Masa turun ni aku jadi guide, ahaks, means dok depan lah. Aku dok dengan Hatta dan Yaya. Turun secara langkah laju, pastu tunggu orang belakang. Pace kitorang tu kalo ikutkan 1-2 jam boleh sampai starting point. Tunggu orang injured yg makan masa.
6.30 petang
Sampai Jeram Kak Lang. Aku memang tak nak maghrib atau malam kat sini. Sebab tempat ni dapat nama dari Kak Langs**r. Ceritanya memang ni tempat dia. Aku memang tak nak dok lama2, dah nak maghrib ni. Akak tu memang pewai abes. Aku memang berdoa cepat sampai. Tak mau OT.. haha
7.20 malam
Sampai kat pondok kedua yang ada lampu kalimantang. Rupanya orang depan dok mandi air sungai. Pergh, maghrib2 mandi sungai. Tak berapa nak elok. Untuk set pace orang belakang, group belakang letak akak sorang tu kat depan. So, orang semua akan stick together. Aku memang dah keluarkan head lamp siap2, gelap ni.
Dalam gelap tu, tiba2 aku lead diorang sampai satu tempat macam empangan. Eh, ada empangan? Aku pelik lah, rupa-rupanya ada 2 jalan kat situ. Haha.. Lepas masuk balik trek asal, akak tu tersadung tanah dan jatuh. Time ni dia mental abes, pewai tahap kritikal. Dia macam nak pitam dah. Pergh, payah tu.. Nasib baik ada ramai orang berpengalaman yang tolong dia recover. Aku bab ni kurang ilmu, so, time ni lah aku belajar.
8.00 malam
Lepas tolong akak tu, akhirnya sampai gak kat pondok awal2 tu. Lepak jap, pastu papah dia ke kolam dekat2 pintu masuk. Orang yang camping kat sit tengok kitorang pelik je. Haha.. Naik Angsi OT beb. Sampai kolam, masing2 mandi lepas geram. Aku pun mandi skali. Sebab plan asal nak lepak mandi lepas turun. Maka kene mandi jugaklah walaupun dah malam..
Alhamdulillah, tamat sudah trip Gunung Angsi.. Expect the Unexpected.. Hehe..
4 comments:
Minggu lepas baru jer naik gunung dato.
Minggu ni member ajak naik gunung angsi ni pulak.
Naik angsi memang 3-4 jam ke?
Sorry lambat reply! Huhu.. Yup, 3-4 jam kalau pace biasa2. Boleh laju lagi sebenarnya =)
nak cuba le.....dah naik Gunung Datuk ynag obsem..
OT tu apa?
Post a Comment