Tuesday, December 9, 2014

Dodgeball @ Jump Street KL

Di musim hujan ni, kita kena berhati-hati lah, terutama sekali bila panjat gunung. Jalan licin, kepala air, hipertomia dan bermacam lagi. Kebanyakan gunung dah ditutup untuk pendakian terutama sekali di Pahang dan Terengganu. Jadi, mari kita main indoor plak kat Jump Street! Haha..


Dodgeball @ Jump Street 

Event kali ini dianjurkan oleh UPG MMU Cyberjaya, PD dia saudara Hadri. Disebabkan aku tak pernah main trampoline dan main dodgeball, nak lah try main. Selalunya kalo bab mengelak ni kita main bola beracun lah yg paling dekat, dodgeball ni lebih kurang je




Kitorang main untuk satu sesi, iaitu selama sejam. So, untuk bagi dia best, organizer buat tournament dodgeball. Untuk team yg tak main dodgeball, dia boleh men2 kat court trampoline yg ada.. Dengan syarat, dapat kebenaran Jump Referee. Diorang ni lah yg monitor kita, so kalo salah landing ke, salah flip ke, salah terbang ke.. diorang ni lah yg bertanggungjawab.. Memang nampak mudah tugas diorang ni, tapi berat kalo ade org injured.. Isy3..




So, bila masuk je court, kenalah pakai stokin, stokin dia khas, cz ada brek kat tapak dia, haha.. So anda perlu ada mentang nih, kalo x de kena beli. Lain kali kalo datang bawak je yg ada, tak perlu beli baru.


Stokin yg ada brek, haha

Bayaran dia bergantung pada masa, peak hours dan off-peak. Tempat ni dibuka setiap hari, tapi masa operasi dia berbeza ikut hari. So, jgn terjah je, check dulu. Kang sampai2 dah tutup. Haha..
Sila klik sini untuk lihat waktu operasi deme nih 


Kipas dia besar gila weh, first time tengok ni

Kitorang bayar RM20 untuk satu jam. Mula2 rasa mahal lah, tapi berbaloi sebab anda boleh melompat mcm kanak2 hyper. Haha.. Penat weh lompat2 ni, sampai boleh salah landing, nasib bek tak injured.


budak hyper lompat2

Pasal game dodgeball plak, anda perlu mengelak bola yg dibaling oleh pihak lawan. Kalo anda berjaya tangkap bola yg dibaling dengan kemas dan bergaya(cewah), anda akan diberi satu life iaitu kalo ada team member yg dah mati, dia boleh hidup balik. Dan lawan yg membaling tu kena keluar dan dikira mati.. Main dodgeball sambil lompat ni kena pandai lah, kalo timing anda bagus, memang best. Kalo tak, accident lah jawabnya.. haha.. maka berlaga lah sesama sendiri ahaks.



Lepas sejam, memang letih gak lah. Mungkin aku yg tak fit, tapi best lah pengalaman ni. Rasa nk ambik je satu trampoline bwk balik, pasang kat bilik..


siap sedia untuk mula.. kena meniarap dulu

Jika anda mencari kelainan, datanglah mencuba permainan di Jump Street ni. Saya kasi 3 bintang! Bintang lain hilang sebab time kitorang pi air paip x dak. X best.. haha

No comments: