Monday, May 12, 2014

Gunung Kinabalu (Part 2)

4.40 petang, 2 Mac
Akhirnya, sampai juga di Laban Rata! Dinner kat cafe start pkul 4.30, so bila aku sampai je dah boleh start makan lah, perfect timing, haha.. So, macam biasalah, bila buffet ni perkara yang harus ialah makan banyak. Memang mentekedarahlah aku di petang yang rahmat tu. Carbo loading abes. Dan tak ketinggalan, EPAL! Rasanya pasni aku nk kene senaraikan epal sebagai barang wajib bawak. Kalo tak, ade kang aku hijack makanan orang, ahaks.



View dari Laban Rata ni memang masyuk, kalau cuaca baik. Memang rasa puaslah masa tu, view yang menarik ditambah dengan makanan yang banyak, memang heaven. Namun, satu perkara yang ketara ialah suhu yang sejuk. Pergh, ini time siang, kalau malam kang.. Pergh..


Setelah beberapa lama, sampailah abang Syed. Beliau ni roomate time kat Mesilau Resort, periang orangnya.  Dah lama dia tak panjat gunung, tapi semangat beliau yang membara berjaya membawanya ke sini. Macam biasalah, bila orang tak biasa panjat gunung dia akan bersemangat bercerita, excited sungguh beliau, haha..



Selepas kenyang, kitorang pun bergerak ke Gunting Lagadan Hut. Tido sini beb, takdak ayak panas untuk mandi. Ayak panas minum adela. Sampai sini, cari port tido, kemudian solat. Pergh air tu dah rasa macam ais dah. Ambik wudhu' pun dah mengigil lagikan mandi.. Kepada pembaca blog ni yg mandi kat Gunting Lagadan tu, wa salute you! Haha


View dari Gunting Lagadan

7.30 malam
Ok, semua dah ready, snap gambar sket..



Dengan pakaian yg entah berapa lapis tu, dengan selimutnya lagi, kitorang tidoq. Nak bangun awal weh, pkul 2 kang. Perkara yg jelas difikiran, "cano nak panjat sejuk2 tuh?"

1.00 pagi, 3 Mac
Pintu diketuk dengan ganasnya, riuh kedengaran pintu diketuk. Ape ni, baru pukul 1, kata pukul 2? Namun, Dak Nakal (bkn nama sebenar) seorang wanita yg riang kecoh mengejutkan kitorang. Apela, nak kejut pakwe x yah kejut semua orang, bisik hatiku.. Anyway, alang2 dah bangun baik terus bangun, kang kene tinggal ahaks.

1.45 pagi
Hampir kesemua peserta dalam group GAG ni dah bersedia. Kitorang sarapan roti dengan air teh, kopi, madu dan butter. Kat Gunting Lagadan jugak lah kitorang makan, tak sanggup nak turun cafe. Haha.. Makanan ni dah dibawa naik awal2 lagi. Tapi memang tak cukup, nafsu makan ni bila cuaca sejuk agak menakutkan. Hehe.. Sekarang ni tunggu guide je, guide ade kitorang bleh teross panjat. Cepat panjat, cepat sampai puncak.

2.20 pagi
Ape da.. Guide pun lambat ke? Taklimat keselamatan diberikan. Sekarang ni musuh utama pendaki ialah AMS(Acute Mountain Sickness). Dinasihatkan peserta yang tak sihat untuk tidak mendaki. Guide mengingatkan untuk pegang tali dengan cermat kat kawasan bertali, dan jangan pergi melepasi kawasan bertali kat puncak. Sebab 2-3 minggu sebelum tu ade pendaki Jerman mati, jatuh dari kawasan tu. Setelah siap semua, lets go!

2.40 pagi
Barisan dibuat, guide menunggu di pagar, setelah semua ready, jalan..
Macam kene OT daa.. Jalan gelap2.. Haha.. Group kitorang ni antara orang yg terawal lah, so bila sampai kawasan tali tu, nampak sayup-sayup headlamp orang belakang.. Kawasan bertali ni berbahaya kalau tak cermat. Lepas tali tu sampailah ke Sayat-Sayat..

Kat Sayat-Sayat ni kitorang kena tunjuk ID pendaki sebagai rekod dan untuk sijil nanti. Takde ID tak boleh lepas. Yang musykilnya, hari berkenaan diorang pasang lilin plak, black out ke bang? Isy3..
Kat sini aku lepak sat makan coklat Mars. Coklat yg disenaraikan sebagai wajib dalam setiap ekspedisi yg aku pi, haha.. Pasni kena masukkan epal plak.

Lepas Sayat-Sayat tu agak curam, pastu kurang sket curamnya. Keadaan mcm ni berterusan sampai KM 8, kawasan ni ada pondok signboard. Sejuknya pagi tu tak boleh cakap.. Nak cerita boleh, ahaks.
Sepanjang perjalanan angin bertiup ke arah muka, dengan cuaca sejuk dan udara nipis, keadaan ni menyukarkan aku. Kadang2 rasa tak cukup nafas plak, yelah, ce hala kipas yg jenis berdiri tu kat muka, bukak speed paling laju, naik lemas weh. Yang musykilnya, mat salleh sume laju2 kat sini. Mungkin diorang dah biasa dengan suasana mcam ni kot...

KM 8.5, ada lopak air kat kawasan ni. Bila check tengok ade ais! Membuktikan suhu mencecah paras beku! Lepas area ni akan nampak pucak Low's Peak. Dia punya jalan baik punya selekoh, pastu pacak.

5.30 pagi
Akhirnya, sampai juga di puncak. Tak terkata kesejukannya.. Haha.. Pi mendaftar nama kat guide. Eh, orang no. 5 sampai? Padahal geng2 yg laju2 semua kat depan.. Lepas tu baru taw, rupanya diorang lepak tido kat kaki puncak tu sebab sejuk. Dah sunrise baru kuar.. Isy3.. Dalam pukul 6 lebih matahari pun naik.. Kat puncak ni memang ada tali, depan sket dari tali tu memang drop. Tak hairan lah pendaki Jerman tu mati, memang maut punya gaung. Bila orang dah start ramai maka keadaan jadi kecoh. Yg sampai awal tak nak bagi ruang pada orang yg baru sampai, semua nak lepak kat signboard tu. Aku pun mengundurkan diri, tanpa sempat snap gambar sorang2 kat signboard tu. Mungkinkah aku kene repeat? Ahaks..


sunrise


Perjalanan turun memang mudah dan enjoy, sedar2 dah sampai Gunting Lagadan. Pack barang, teross pi cafe. Ape lagi, melantak le, haha.. Tapi x bagi kenyang sangat, pasni nak turun 6 kilo lagi..


Sayat-sayat


10.40 pagi
Angkat Sauh! Aku bajet turun laju2, so targetnya sampai kat simpang Timpohon-Mersilau sebelum pkul 12. Aku memilih speed sederhana laju (sebab sayang lutut), speed ni kalo descending 30 minit = 1 km. By right bleh sampai pkul 2 kat Timpohon Gate. So, dengan hati yang girang aku pun turun.. Sepanjang turun tu, kaw2 kene tapau dengan geng lain. Mak aih, laju betul speed diorang. Pkul 12.30 tgh hari aku sampai kawasan pondok lepas simpang Timpohon-Mersilau. Take 5 sket. Lepas tu, aku jalan slow n steady sampailah bawah.. Memang pacak trek Timpohon ni, kalau tak sabar memang mental. Haha..

2.30 petang (lebih kurang)
Alhamdulillah.. Sampai juga kat penamat.. Daftar ID kat pondok kat situ, kemudian nampak geng2 laju dok lepak tunggu bas. 



Akhirnya, berjaya juga Ekspedisi Gunung Kinabalu. Rasa macam nak repeat je, tapi nak buat style len plak pasni. Mungkinkah Kotal's Route. InsyaAllah kalau ada rezeki.. Hehe..

Sekian, Terima Kasih

No comments: