Monday, June 23, 2014

Chamah & Ulu Sepat (CUS)

Alhamdulillah.. Tamat sudah satu lagi ekspedisi bergred G7. Syukur kehadrat Illahi kerana limpah dan kurniaNya, berjaya gak aku habiskn G7..

Trip kali ini dianjurkan oleh TPK dengan kerjasama SOS, TPK ni satu group ex-schoolmate dari Kedah. So, depa ni memang geng lah. Oleh kerana depa tak cukup korum, maka trip ni dibuka kepada pendaki luar.. Maka aku yang lone ranger ni pun teross join bila Kay SOS umum open trip kat FB. Maka ber'hang' dan 'depa' lah aku 6 hari tu.. haha.. orang Johor jadi orang Kedah.

Trip ni dianggotai oleh 2 guide SOS (Azzam & Tawau) serta 13 orang tentera dan 1 awek TPK. Serta 2 lone ranger yg forever alone, aku dan Incik Am, ahaks. So, total 18 orang. Trip ini berjalan dari 24-29 Mei 2014.

Kami berlepas dari Seri Kembangan menaiki 2 van ke hentian Gua Musang. Kemudian, bergerak ke Kuala Betis yang mana kami sarapan dan bungkus makan tengah hari. Kemudian, bergerak ke starting point menaiki 4WD..




Day 1: Kuala Betis - Pos Rekom - Kem Pakma

Kami sepatutnya naik 4WD ni selama 5 Jam, turun kat Pos Simpoh. Namun driver drop kami lebih awal dengan alasan ada tanah runtuh (kami dapat tahu lepas tu tanah runtuh tu jauh lagi..) mungkinkah kami kena klepet? Entahla...
Aku pernah naik powil sebelum ni, tapi kali ni memang ganas abes. Trek dia ganas, driver dia lagi ganas. Haha.. Kami mempunyai masalah untuk berada pada kedudukan tetap dalam powil tu. Lagi2 bila dia naik bukit curam, nak mampuih tahan beg dari tercampak. Isy3..



Lepas beberapa jam, kami sampai kat Kampung Orang Asli, depa panggil Kampung Dangdut. Kat sini kitorang take5, member powil depan mabuk, muntah2.. haha.. Aku pun nak muntah tapi cover macho baik punyer.. ahaks
Bila sampai kat 'starting point' tu, aku memang rasa tak best lah. Sebab kene menapak trek balak. Dalam banyak2 jenis trek, trek balak paling tak best, lagi2 waktu tengah hari.. Menci2..


Starting point

So bila start trekking tu maka terserlahlah aku yang paling pewai.. Haha.. Kesian sweeper Incik Azzam kene teman. Rupa-rupanya perut aku masuk angin, bila jalan tu memang x best langsung. Nasib baik bawak 100plus, setelah beberapa lama aku pun berjaya mengeluarkan kesemua angin tersebut..

Kami lunch kat satu water point, kemudian teross berjalan ke Pos Rekom. Kat kawasan ni banyak tahi Abang Kawasan aka Incik Fumakilla. Maka aku pun jalan laju2 sket. Bila sampai satu point tu, trek balak tu menurun tak abes2, dahla hujan, memang terpaksa jaga step bak hang, kang ada yg tergolek dog. Kemudian, belok kanan.. Dan akhirnya sampailah di Pos Rekom.. Aku sampai dah dekat maghrib, kitorang lepak tunggu sweeper kat satu khemah yg digunakan pasukan perubatan, cz kat sini ada kerusi meja sume..
Lepas maghrib kitorang bergerak ke Kem Pakma walaupun plan asal nak tido Kem Tengah. Sampai sini, aku pun berkenalan dengan Jay, Muih dan Mad. Kami jadi 'flymate' malam tu.. hehe


Day 2: Kem Pakma - Kem Tengah - Kem Tongkat Ali - Puncak Tipu 1 - LWP - Puncak Chamah - patah balik Kem Pakma

Hari ni kami daypack ke puncak Chamah. Pada pandangan awal aku, kami akan sampai puncak dalam pukul 2, dan turun dah gelap mungkin sampai campsite pukul 10. Pukul 9.20 kami memulakan perjalanan. Awal2 ni jalan landai. Selang sejam sampai Kem Tengah, kemudian Kem Tongkat Ali. 



Lepas Kem Tongkat Ali ni aku kene sedas dengan penyengat. Tak bagi amaran beb, alih2 dia tuju pungkok dia kat aku. Nasib baik kene kat betis. Hampehh.. Member belakang adela kene gak beberapa das, tapi efek dia tak kuat sangat la, pedih sket je. Kemudian kami bergerak ke Puncak Tipu 1, la ni memang pacak lah dia bagi. Untuk pengetahuan tuan2 & puan2, Gunung Chamah ni ada 7 puncak tipu. So sabar ajelah.. haha..
Lepas puncak tipu kami menuju LWP. OTW tu guide kami rasa pelik sebab tak jumpa marking LWP. So dia pi recce forward, aku dan Jay pun amek masa jalan slow2 sambil tunggu orang belakang. Tiba2, kedengaran suara jeritan kesakitan.. Kami buat cool je sebab ingat orang belakang salah step ke ape kan. Rupa-rupanya depa kene beberapa das dengan tebuan.. Nasib baik kami yg depan sket tak kena. Kesian Mad, kene 5 das. Isy3..

Lepas beberapa lama jalan, kami sampai kat marking yang ada botol. By right tu menunjukkan LWP. Tapi guide cakap tu bukan, salah. Kami decide untuk masak lauk tengah hari kat sini, sambil tunggu sweeper. Sementara tu guide kami, Incik Tawau pi redah trek ke lembah cari LWP. Masa ni air aku dah habis. Memang kritikal. Tiba2 hujan turun.. Sejuk woo.. Kami pun menadah air hujan untuk masak air, dan buat air minum. Alhamdulillah.. survive buat masa sekarang.. haha..
Beberapa lama, group belakang pun sampai dengan guide dan sweeper. Rupa-rupanya LWP jauh di belakang, kitorang terlepas. Nasib baik orang belakang pikul air, dapat gak memenuhkan botol air kami. Pengorbanan korang aku hargai bro, ahaks.
Kemudian, kami layan trek sampailah ke Puncak Chamah. Pkul 6 lebih baru sampai. Pergh, ni memang lama ni. Aku estimate sampai kem pkul 2. Walaupun guide ckp pkul 10 bleh sampai. Bersyukur dapat sampai puncak ke-6 dalam siri jelajah G7. Haha..


Puncak Chamah

Kami start turun dekat2 pkul 7. Lepas waktu maghrib, kami sambung turun..... dan turun.... sampai Kem Tongkat Ali.. Sampai Kem Tengah. Time ni memang semua pewai. Dah pagi waktu tu. Memang lambat abes.. Bila sampai Kem Pakma, dah pukul 4 pagi woo.. 4 PAGI. Maknanya kami berjalan dah lebih 18 jam. Pergh, ini kalau full pack jalan, pkul brape sampai agaknya. Bila sampai tu mmg lapo, tapi ngantuk lagi dari lapo. Aku pun menghabiskan bekalan epal, mandi, solat, tido...


Day 3: Kem Pakma - Pos Rekom - Kem Sg. Peres

Aku tido tak lama, pastu tersedar, teross bangun. Campsite kami dipenuhi dengan lebah dan tebuan. Mana datang ntah... Kat sini aku kene lagi 2 das. Dua2 sebab diorang masuk kasut, pastu terhimpit.. Hampeh..
Lepas siap berkemas semua kami bergerak ke Kampung Rekom. Kat sini keputusan dicapai, group kami akan berpecah kepada 2, satu kumpulan seramai 9 org akan keluar, manakala 9 lagi akan meneruskan perjalanan ke Ulu Sepat. Kalau kita kurang persediaan, memang perkara sebegini mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk terjadi. Isy3..


Kampung Rekom

So, lepas berpisah kitorang meneruskan perjalanan ke Ulu Sepat. Time ni mental aku lemah, sengatan lebah awal tadi mula memberi kesan sebab kena kat urat. Pewai abes... haha.. Sumpah rasa nak join diorang balik. Nasib baik geng yang tinggal bagi support, pastu amek sket ration dari aku. Time ni aku rasa pening2, badan tak sedap nak demam. So, telan sebijik panadol, minum extra joss. Pergh, kesan dia tak dijangka beb, rasa khayal sket. Tapi sikit ajela, lepas tu boleh la semangat sikit nak jalan.

Kitorang meneruskan perjalanan sampai waktu maghrib. Lepas maghrib adelah 2-3 kali salah jalan sebab banyak trek kat situ. Nasib baik guide Incik Tawau pro, berjaya mengesan trek asal dengan jayanya. Entah macam mana kitorang sampai satu kawasan macam campsite lama, lapang tapi bersemak. Waktu tu pukul 9 dah. Boleh je nak khemah kat situ, tapi disebabkan campsite betul depan sket je, kitorang decide untuk teross sampai Kem Sg. Peres. Tak lama lepas tu, sampai.. 


Day 4: Kem Sg. Peres - Kem Pintu Gerbang - Kem Maggi - Kem Sempadan - Puncak View - Kem Sg. Lepir


Kem Sg. Peres

Kem Sg. Peres ni banyak agas. Tak tahan kena geget. Abes muka aku.. huhu.. OTW ke Kem Pintu Gerbang, tiba2 pokok2 kat depan bergoyang, binatang. Aku risau 'Abg Kawasan' aka Incik Gajah je. Tapi rupanya kera... Kem ni dapat nama pintu gerbang dari batang pokok yang macam pintu gerbang betul2 sebelum sampai kem. Lepas tu kitorang sampai kat Kem Maggi yang dulunya dinamakan Kem Sg. Retak. Kat kem ni ada sorang pendaki meninggal disebabkan sakit jantung. Kem ni ialah LWP, sebab lepas ni kitorang akan memanjat, dan akan jumpa sungai kat kawasan lembah dekat Kem Sg. Lepir. Sejuk Kem Maggi ni, dengarnya kem ni agak mistik, tapi bila kita mendaki ni semua kem sebenarnya mistik, haha..


Kem Maggi

Lepas Kem Maggi jalan pacak sampai Kem Sempadan, ketika ni kami merentasi sempadan Kelantan-Perak. Kami lunch kat sini, boleh plak pastu hujan.. Sejuk, sebab kat kawasan tinggi. Tapi, bila sampai Puncak View hujan berhenti, dapat matahari. Memang heaven rasanya time tu. Lepas puncak view kitorang lepak kat satu lagi puncak lepas tu. Boleh plak satu batallion Tebuan tiba2 terbang atas kepala, berdengung macam kapal terbang bunyinya. Apa lagi, kitorang cabut cari pokok. Haha.. Abes selut semua kitorang redah. Nasib baik depa punya scout tak perasan kitorang, kalo tak, abeslah kena berdas-das..
Lepas beberapa puncak, jalan menurun sampailah ke Kem Sg. Lepir.


Day 5: Kem Sg. Lepir - Puncak Junction / Y - Puncak Ulu Sepat - Kem Sg. Lenweng

Dari Kem Sg. Lepir tu pacak sampailah kira-kira area simpang Junction / Y iaitu persimpangan turun ke Kem Sg. Lenweng. Kawasan ni ialah area mossy forest, so lumut banyak dan lumpur pun banyak, haha.. Tak lama pastu dalam 5-10 minit sampailah ke Puncak Ulu Sepat. Alhamdulillah...


Puncak Ulu Sepat

Lepas lunch kitorang pun pi balik simpang tadi dan turun dan turun dan turun... Dia punya turun memang curam. Sapa buat CUS yang start Ulu Sepat dulu atau yang buat Ulu Sepat single memang tough. Wa tabik sama lu.. Haha.. Bila turun ni aku memang turun secara berhati-hati sebab kawasan ni memang ada satu sarang tebuan tanah dekat trek. Bukan ape, takut jumpa sekor-dua yang tengah meronda, kalau kena sedas pun dah perit, lagi kena berdas-das dengan tebuan tanah nih. Jangan main-main.

Nasib kitorang agak baik sebab abg guide kitorang dengan Incik Kay SOS dah buat alternate route sebelum tu. So, bila jumpa simpang je time turun ni ambik KANAN. Jalan laju2 dan penuh taktikal. Jangan cari pasal. Bila jalan tu bertemu balik trek asal, ce tengok kat pangkal pokok arah ke Ulu Sepat. Ade satu pokok yang akar dia ada ada ruang terlindung. Kat situ banyak tebuan tanah lepak. So kalau turun Ulu Sepat memang tak nampak, sebab diorang terlindung disebalik pokok. Sebab tu ramai kena sengat kat sini sebab tak perasan. 


Day 6: Kem Sg. Lenweng - Kem Sg. Besar - Kg. Lerlar - Pos Kemar - Jeti Trojan - Gerik

Hari terakhir! Yeah! haha.. Kat Kem Sg. Lenweng ni banyak agas gak, hampeh.. Dekat dgn kem ni ada satu kampung orang asli. Ade 2 orang je yang duduk. Kitorang bagi lebihan ration kat diorang dan teruskan perjalanan balik... 



Lepas sampai kampung kat bawah tu, kitorang naik powil sampai jeti, pastu naik bot ke Jeti Trojan.. Lepas tu sampailah Gerik.. 




Alhamdulillah.. berjaya akhirnya Trans CUS ini. Terima Kasih kepada semua yang terlibat. InsyaAllah lain kali kita berjumpa lagi =)

No comments: