Wednesday, May 7, 2014

Gunung Kinabalu (Part 1)

Dah lama gila tak update, haha.. Kepada yang suka membaca blog ni, minta maaf banyak-banyak. Banyak faktor yang menjadi penyebab tak update blog ni, sebab utama ialah kerana tak pergi trip hiking.. hehe

Trip kali ni ialah Ekspedisi Gunung Kinabalu (Mesilau - Timpohon) pada 1-3 Mac 2014. Pelbagai suka-duka ditempuh sebelum ekspedisi iaitu dalam fasa persiapan lah, ni belum panjat lagi. Haha.. Alhamdulillah berjaya achieve target dan berjaya menjalankan ekspedisi ini dengan jayanya.. =)


Photo credit to Fikri



**************************************************************************************

Ekspedisi kali ini dianjurkan oleh Geng Aura Gunung (GAG) yg dipimpin oleh Ariff sebagai gogo. Saudara Ariff ni aku kenal masa trip V2 aritu. Dan aku memang puji lah beliau dari segi pengurusan trip ni, memang terbaik =)

Macam biasa, aku memang tak training secara intensif (x sedar2.. haha). Sebab utama ialah kerana dua minggu sebelum trip aku ade exam, kemudian demam seminggu. Time demam tu memang risau gila kena denggi, Alhamdulillah baik gak, kalo tak memang nak pergi hospital dah. So lepas demam ni paham-paham lah, 2-3 hari kene jaga takut demam balik. Lagi teruk kalo terlepas trip ni, dah lama woo plan. Memang rugi tak dapat pi. Huhu.. Last2, dapat training lari 2km je, oklah tu, kasi keluar peluh sket. Haha..

Pada malam 28 Feb aku pun berlepas ke KKIA menaiki MAS, so bila mendarat tu pi Terminal 1 lah. First time naik kapal terbang, memang orang kampung aku ni. So bila sampai tengah malam ni, memang kene cari port tido, dapat port baik, aku pun cuba lelapkan mata. Sejuk tu sejuk, tapi banyak nyamuk daa.. Ape la, kat airport pun banyak nyamuk ke? Mane nyamuk ni seludup masuk ntah. Isy3..

*************************************************************************************

Pagi tu kitorang pun berkumpul mengikut van dan bergerak ke Kundasang, kemudian ke Mesilau. Memang sejuk suhu kat sini, lagi2 bila dah start gelap. Kat sini memang gelap cepat, cerah pun cepat, pkul 6 tu dah start gelap dah. Malam tu kitorang makan buffet, sekali dalam pakej kan, so aku pun carbo loading kaw2. Tak kasi can.. Lepas makan tu diadakan taklimat oleh gogo dan sesi suai kenal dengan para peserta. Pergh, memang rasa akan ditinggalkan esok, semua katang-katang belaka.. 



Pukul 7 pagi 2 HB tu kami bersarapan di cafe, dibekalkan 'lunch pack' yang memang tak lunch pun. Breakfast pun tak lepas, isy3.. Drawback kat cafe ni ialah tandas dia ada satu je! Dahla orang nak mendaki, cuaca sejuk, tandas pulak satu, maka beraturlah anda di pagi bersejarah tu. Nasib le pi dengan group ramai, haha.. 



8.00 pagi
Kitorang dah ready nak mendaki, tapi guide plak tak sampai2.. Bak kata orang, cepat jalan, cepat sampai. Barang2 yg tak nak dibawa kitorang letak setempat dan bagi kat pihak pengurusan resort, beg ni kitorang mintak diorang bawak ke office Timpohon. Satu beg rm10, so bagilah beg paling besar kat diorang.. Haha.. Rate untuk porter ialah 1 kg = RM12 (Mesilau), porter ni ialah guide anda, diorang ni kira ambik upah extra lah jadi porter. Aku try timbang berat beg, 13 kilo lebih. Fuiyoo, melebihi jangkaan.. Memang pewai nih, ahaks


Dari kiri: aku, abg syed, fikri

8.80 pagi
Setelah bacaan doa dan stretching, kitorang pun memulakan pendakian. Best trek Mesilau ni, turun naik dan di setiap pondok ada tandas dan air. Memang thumbs up kepada pihak pengurusan yg buat maintenance. 


Me & Faizal

Sepanjang pendakian kali ni aku memang slow n steady. Tak mo kena AMS. Dari start trekking sampai km3 trek Mesilau tu memang relax je. Lepas tu, pacak dia bagi.. haha.. Time kat tangga kayu tu lah aku kene cramp, ni lah akibatnya tak training, so ape bleh buat? Sendiri tanggung le, haha.. Sudahnya, sepanjang trek ke Laban Rata aku cramp.. Isy3.. Group depan yg dipimpin gogo Ariff memang dah jauh meninggalkan aku, tapi jumpa kejap kat pondok sebelum helipad. Memang ganas diorang nih, haha.. 




Alkisahnya di suatu pondok lepas helipad tu aku pun berehat sambil lunch. Bila check lunch pack, ade sandwich 3 keping aje.. Pergh, ini memang tak kenyang nih. Yang paling tak puas hati, orang lain dapat buah, aku tak dapat.. Isy3.. Kebetulan Fikri pun lepak kat situ, makan buah epal. Ikutkan hati nak hijack je epal beliau, haha.. Nasib baik iman kuat, pujuk diri yang pewai nih.

1.30 tengah hari
Yeah, sampai kat simpang Timpohon-Mesilau. Kalo diikutkan secara kasarnya ada 2 jam lagi hike untuk ke Laban Rata. Jumpa seorang akak yg memang penduduk tempatan, dia ckp aku ni laju. Laju apanya kak, orang depan dah nak sampai Laban Rata dah. Haha.. 




Terserempak dengan porter2 dari Timpohon yg bwk barang2 asas untuk resort kat atas, pergh memang gagah. Tong gas, beras.. Memang itulah kerja diorang, nak buat mcm mana kan. Satu perkara yg aku perasan, diorang ni manusia gak mcm kita semua, bkn superhuman. Haha.. Kenapa ckp mcm tu? Walaupun diorang dah biasa bwk muatan berat, diorang still tercungap-cungap. NAMUN, diorang tak stop time hike. Bila jumpa mana2 guide atau porter, diorang akan suruh jalan slow2.. Sebab slow n steady ialah formula paling efisyen time mendaki, cewah..

Dari simpang Timpohon-Mesilau ke puncak memang pacak. Trek Timpohon pun memang pacak, tapi dekat. Kalo lalu Mesilau tambah 2 jam, tapi turun naik.. Sepanjang perjalanan ke Laban Rata view dia MasyaAllah cantik. Walaupun cramp sempat gak ambik 2-3 keping gambar. Haha.. Ade banyak pondok sepanjang perjalanan, tapi aku tak ingat plak nama2 pondok nih. So korang refer lah kat map Gunung Kinabalu ek? 




Setelah lama melayan view, trek dan suasana sejuk, akhirnya sampai gak kat Laban Rata. Boleh plak aku tersasar ke tempat lain, nasib baik ade bro tunjuk arah pi cafe. Sampai je cafe, eh, EPAL! haha..

*To be Bersambung*







No comments: