Thursday, January 20, 2011

Kena Hack Lagi? What The Fish!

(title).. Itulah yg aq terpikir bila acc FB adik aq dihack wat kali kedua.. First time dia kena hack, aq igt mungkin random hacker yg wat, nk test power kot.. tapi bila 2nd time kena hack gak, panas la aq.. Aq percaya orang yang sama wat n modus operandinya, cyber bullying!


Nape aq ckp cyber bullying? Cz dgn bangganye dia ckp dia da hack FB adik aq, n wat status yg bkan2.. 2nd acc tu, x smpai 2 hari da kena hack. Memang nmpakla dia dengki ngan adik aq.. 
Antara status dia ialah  "This Fb In My Hand By~Hacker SMKSR"   Berapi kepale aq.. 

LC kan? Kalo dpt mamat tu.. mampus!


Apa yg risaukan aq ialah.. hacker tu da tkar password, ok. dia hack gak email adik aq.. zzzzzzzz
Nsib bek ade 2 security question yg leh wat adik aq gain access email dia.. Tapi FB x de (kena custom setting x silap aq). Da mcm2 aq wat tpi still x dpt gain control FB adik aq. Da try 'forgot password", isi mcm2, tlis report, tpi still, x dpt gak.. Mungkin hacker tu da tkar email.. Ini menyukarkan aq dpt blik acc FB dia.. Takkan nk wat 3rd acc plak? ckupla, ini time, kena lawan mamat ni.. =.=


So skrg, aq wat custom setting utk acc FB aq.. Mungkin aq akan wat post bru utk protect acc FB korang..
Mungkin korang anggap perkara ni remeh, tpi percayalah, bila ko da hilang acc.. korang akan rase.. N time tu, berdoalah hacker tu x wat status yg leh wat msuk ISA.. huhu..
Papepun, aq skrg tgah cri sape2 yg pandai utk hack blik.. 


Protect acc korang dgn restrictkan ape yg org len leh access, esp email.. Good Luck!
              

Saturday, January 15, 2011

Tentang Boss

Hari ni aq pergi melawat boss di umah mak ciknya, 
nampaknya dia dah semakin pulih dan banyak kemajuannya berbanding kali terakhir aq melawat dia...
walaupun masih dalam pemulihan, dia dah boleh bercakap dengan lancar, bergurau,gelak ketawa dan macam2 lagi la. Syukur ke hadrat Illahi kerana dia dah semakin pulih dan terima kasih kepada semua yang sama2 mendoakan agar dia cepat sembuh.


Aq da dpt lihat semula senyuman itu, dengar semula gelak dulu, dan rasa semula kemesraan seperti dulu. Terlihat kebesaran Allah akan kuasanya dan aku bersyukur akan nikmat dan limpah kurniaNya.


Walaupun ingatannya belum betul2 pulih, dia dah boleh ingat banyak perkara penting seperti siapa dirinya sendiri. Kelainan pada dirinya kali ni ialah, dia nmpak berminat menceburi bidang keusahawanan yg mana aq sendiri x taw mana dtgnya idea tersebut, haha..


X pela, sama2 doakan yg terbaik untuk dia... ;D

Thursday, January 13, 2011

Lappy Baru

Aku ade lappy sebelum ni, jenis Compaq Presario CQ40, tapi disebabkan mother board die rosak, aq diberi pilihan:
  1. Betulkan mother board (RM500+-)
  2. Beli motherboard baru (RM1000+-)
  3. Beli lappy baru (RM1500+-)
Setelah berfikir panjang, aq pun memilih untuk beli lappy baru.. kerana:
  • setelah dibetulkan pun, ade high probability utk jadi blik
  • harga motherboard tu da dekat2 ngan lappy baru
  • lappy baru tu cam menarik so aq pun dipukau utk membelinya.. huhu
Ni adalah butir2 lappy bru aq, ia murah(jika nk bandingkan ngan lappy len la, kalo ikutkan aq memang mahal gak, tpi cz x de pilihan kan):

Acer Aspire 4738Z (bentuk atas cm remy punye ASUS)

  • Harga: RM1449
  • Acer Aspire 4738Z
  • OS: Linpus Lite Moblin
  • Intel Pentium P6200
  • 2 GB DDR3 
  • 320GB HDD
  • Wireless Wifi with Bluetooth
  • 1.3M webcam
  • 6 cell Li-ion battery
  • 14.0" LED display
  • Made in China
Keyboard yg simple, sume pki shortcut 'fn'

Pastu biasela, dpt beberape free gift:

Gift die sume dlm box merah tu (kecuali skin n keypad cover)

  1. beg lappy (satu kemestian)
  2. mouse (satu improvement cz time aq beli lappy dulu, mouse die rosak, memang kene tipu la time tu)
  3. mouse pad (design lawa)
  4. keypad cover
  5. lappy skin
  6. hdml cable
  7. usb extension cable
  8. lappy cleaning kit
  9. Lock kit
  10. Beg kecik utk travel
'my dream box' - sume ade dlm tu


seperti yg aq agak, lappy ni adalah yg pling simple n sesuai utk wat keje je, gaming cm x leh. Grafik card pun x de, so kalo nk gaming pun x brape nk puas la.. skrin LED ni len dri LCD, perbezaan yg jelas, ade dots cm kt tv kalo korang tgok dekat2 (skrin LCD smooth). Performance pun ckup mkn je (cz lappy murah en..). Bgi aq yg len2 kire ok r, mungkin ini hukuman bgi aq yg suke gaming pki lappy yg x brape sesuai utk gaming.. huhu.. papepun, harap2 lappy ni bleh thn lame.. :D

Performance pling tggi pun 5.9



aq x install garena so x dptla nk dota pasni time kt monash... haha..
X install gg.. 


Sunday, January 9, 2011

Ikan Di Laut~

Sebenarnye da lama aq gi memancing ni, tpi disebabkan kehangatan AFF n perkara lain, x dpt nk update psl pengalaman aq ni.. Yg aq nk share kali ni adalah pasal memancing, haa... Mungkin korang lagi berilmu dlm bab ni, so kalo ade mende nk share, bleh komen utk sama2 kite tmbah ilmu.. hehe...


So kali ni aq memancing kat tempat sama yg aq penah memancing time sek rendah dlu. Da byk perubahan kt pantai ni. Tebing da letak batu dan ditambak, siap ade kedai makan dgn karaoke tepi pantai ni. Kalo memancing mlm, memang frust r cz ikan lari disebabkan bunyi bising orang karok, haha...


Butir2 adalah seperti berikut;


Tempat: Kuala Senggarang, Senggarang, Batu Pahat
Umpan: Umpun-umpun
Target: Ikan Sembilang
Target: Sampingan: Ikan Belukang, Pari, Duri, Senangin dan ikan2 di sekitar pantai dan kuala
Keadaan air: Air pasang tengah hari
Teknik Memancing: Dasar (menggunakan batu ladung) tanpa menggunakan perambut (batang pancing/ kail lebih sesuai dipegang kerana tarikan ikan akan terus dirasa justeru disentap terus bagi mengelakkan ikan meluahkan balik mata kail dan terlepas)


Umpun2 yg da dikeluarkan dari sarangnye (Google image)




Oleh kerana ayah aq suke memancing, aq pun mewarisi hobi ni sejak kecil. Yela, kalo dari kecik ikut memancing, lama2 jadi minat. N ayah aq suke memancing laut, x suke kolam n tasik, tpi aq suke memancing kt sume tempat (yg ni x diwarisi sgt, hehe). Dipendekkan cerita, aritu die ajak aq adik-beradik memancing di Kuala Senggarang.. Oleh kerana aq penah memancing kt situ dulu, ade beberapa perkara yg aq dpt pengajaran sbgai panduan:

  • jangan pijak akar bakau yg melintang, cz die leh patah n wat korang luke kt kaki (dulu aq da kene)
  • bek2 bila melangkah cz akar bakau tajam2 ke atas, byk plak tu
  • pantang larang biasa, sama cm msuk htan
  • hati2 dgn binatang liar (esp kera n ular laut yg diketahui berbisa serta kemungkinan buaya)


Sebenarnye target memancing kali ni ialah Ikan Sembilang kerana diketahui ikan tu suke bermain di paya bakau, tapi disebabkan air pasang besar n naik memenuhi hutan bakau berkenaan, kitorang pun mencuba nasib di kawasan berpasir x jauh dari situ (time tu air da pasang). Barulah dpt beberapa ekor ikan lgi, (ikan gelama pertama da nek sblum tu) rancak sket r suasana. 


Ikan pertama dinaikkan


Naik gak anak ikan duri n buntal, tpi dilepaskan cz kecik lgi. Memang best la time dpt tu cz lama gak r menunggu, Alhamdulillah, ade rezeki, dpt gak ikan gelama 6 ekor walaupun x dpt target utama iaitu ikan sembilang..


Ade 5 ekor dlm jaring ni, lgi satu japgi dapat




Memancing memang perlukan kesabaran, terutama skali kalo memancing penat2 x dpt ikan, maknenye x de rezeki la tu. Sesetengah orang cpt kecewa lalu x nak memancing pastu mencarut2.. X elok kita menyumpah-nyumpah kerana semua tu rezeki dari Allah, sabo jela kalo x dpt.. Ade org pki petua bila nk memancing, cthnye jgn langkah kail n kena ludah kt umpan. Bagi aq, semua tu rezeki.. seperti yg member aq ckp (die ni kaki pancing); "bile nk gi memancing, niatkan kalo ade rezeki dapatlah ikan tu. kalo x dpt, x de rezekila tu". So, bykkan berdoa agar dimurahkan rezeki bukan digunakan hanya untuk memancing, tpi dlm hidup pun boleh. Kita berusaha, tapi Allah yg perkenankan..


Ikan Gelama
Team memancing (dari kiri: aq, angah, ayah dan uda(kamera))


So selamat mencuba, jgn putus asa kerana ade hikmahnya disebalik sesuatu kejadian itu...


*****************************************************************************


Bagi yg ingin mengetahui perkembangan ex-roomate saya itu, dia kini semakin sembuh dan mula ingat akan rakan-rakannya.. Dia juga dah boleh menulis dan mengira dan semakin pulih. Jutaan TERIMA KASIH kepada semua yg sama-sama mendoakan dia agar cepat sembuh. Marilah kita terus berdoa agar dia sembuh seperti sediakala seterusnya dapat menamatkan pengajiannya di KMB.. Amin..