Saturday, May 19, 2012

Skytrex Adventure

Lame x update~ Yelah, dekat2 exam ni memang berlambak assignment.. isy3.. Ok la, walaupun da dekat sebulan ceritanya, aq menguatkan azam untuk update gak pasal Skytrex Adventure.. =)



Skytrex Adventure terletak di Shah Alam, area2 taman botani. Aq join aktiviti ni under MWAC dengan keseluruhan peserta seramai 14 org. Yg x bestnya, aq sorang lelaki... Dah x de geng nk buat pelik2 sket.. haha.. So, gambar2 yg diupload akan ade banyak 'bunga'.. Sebab 'kumbang' yg sekor ni tukang amek gambar je.. 




Terdapat 3 cabaran jika anda datang ke Skytrex ni; Little Adventure, Big Thrill Challenge dan Extreme Challenge. Little Adventure ni untuk budak2, so kalo orang besar men yg ni buat malu jela.. Baik pi panjat pokok kat kampung lagi bagus.. haha.. Big Thrill Challenge ialah pakej biasa orang amek. Adelah dlm 26 cabaran dan ketinggian maksimum ialah 17m dari paras tanah.. Tinggi jugak tu, jgn men2..





Extreme Challenge plak mempunyai 34 halangan dan ketinggian maksimum ialah 22m dari paras tanah. So, challenge yg ni ialah bagi orang2 yg nak adrenaline rush, jenis nak try hati kering punya. Walaupun ade je budak2 men yg ni skali, kentang woo..


So, kitorang dgn hati kering dan dgn bangganya amek Extreme Challenge.. Skali sampai, tengok orang wat Big Thrill pun da kecut (aq terkecuali dlm golongon2 ni.. XD). Walaupun aq ni adela gayat sket, tapi terpaksala buat berani, yelah, malu le kalo satu2nye lelaki x pass. Lagipun aq nak encourage diorang untuk abeskan challenge tu. Bayar mahal2 pastu x nak abeskan, rugi jela kan. Sebelum2 ni aq adela panjat wall semua, so ade pengalaman sket dalam mempercayai harness ni. Kalo orang yg jenis x percaya harness ni payah, sebab dia akan teragak2 nak gerak. Lagi2 time flying fox. 


Nampak dekat

Tapi x dekat kan? Haha.. Ni baru Big Thrill punya


Ok, sambung balik cerita. Setiap orang dibekalkan dengan satu harness, korang boleh je pinjam sarung tangan kat office tu. Ni bagi orang2 yg nak jaga tangan la. Terlekat dekat harness tu ade 3 tali, 2 disambung pada carabiner, dan lagi satu pada roller. Menatang ni memang penting sebab dioranglah yg jaga korang dari terjatuh ke bawah. Ade part korang kene pakai roller, tapi semua part kene pakai carabiner..


Instructor; 1 carabiner letak kat bawah roller, 1 lagi letak kat belakang


Starting challenge tu ade sorang instructor ajar pasal semua safety ni lah. So, bagi yg belum pi tu jgn risau.. Selamat2.. First challenge kene panjat pokok tinggi, pastu flying fox ke seberang  sana. Dah la tinggi, tangga tu goyang2 plak. Haha.. Ni memang mental gak la. Tapi skali korang wat flying fox dari pokok tu, pergh, memang best wa ckp sama lu.. So sepanjang hari tu kitorang jadi monyet untuk setengah hari, x jejak kaki kat tanah langsung time wat sume aktiviti tu. 


Musang terbang.. haha
Yg ni extreme punya.. haha


Halangan yg paling susah bagi aq ialah time nak kene seberang platform kat pokok tu melalui pvc pipe yg tergantung. Memang ciput la sebab nate tu goyang2, korang pun goyang skali. Nak pi pipe lagi satu tu badan korang jadi x stabil. Memang nak jatuh jela.. Isy3.. Ramai gak yg mcm nk give up kat sini, tapi diorang teruskan gak. Kental 'bunga'2 ni. haha.. (namun muka semua pucat gilo, memang nmpak kesungguhan x nak jatuh tu). Setiap masa harness korang akan tergantung kat kabel keselamatan, so bagi yg belum buat tu jgn risau. Kalo rasa malas nk wat halangan tu, rendahkan badan, pastu korang wat ala2 flying fox lalu safety cable tu. haha.. Tapi x bestla sebab korang x buat challenge tu.


Cano nak lalu ni..
Nilah pipe berkenaan


At the end, semua berjaya melalui halangan2 yg disediakan.. 3 jam lebih gakla kitorang wat semua tu.. Aq abeskan cepat2 sebab da haus da. haha.. malas nak tunggu orang belakang amek gambar.. XD
Tahniah kepada semua sebab berjaya melalui halangan2 berkenaan.. Semoga kita memanjat lagi pada masa hadapan.. Adios

Gayat woo..

Group Photo


No comments: