Sunday, June 29, 2014

Trans Chamah-Ulu Sepat vid


Selamat berpuasa kepada semua Muslimin dan Muslimat..
Enjoy =)




Monday, June 23, 2014

Chamah & Ulu Sepat (CUS)

Alhamdulillah.. Tamat sudah satu lagi ekspedisi bergred G7. Syukur kehadrat Illahi kerana limpah dan kurniaNya, berjaya gak aku habiskn G7..

Trip kali ini dianjurkan oleh TPK dengan kerjasama SOS, TPK ni satu group ex-schoolmate dari Kedah. So, depa ni memang geng lah. Oleh kerana depa tak cukup korum, maka trip ni dibuka kepada pendaki luar.. Maka aku yang lone ranger ni pun teross join bila Kay SOS umum open trip kat FB. Maka ber'hang' dan 'depa' lah aku 6 hari tu.. haha.. orang Johor jadi orang Kedah.

Trip ni dianggotai oleh 2 guide SOS (Azzam & Tawau) serta 13 orang tentera dan 1 awek TPK. Serta 2 lone ranger yg forever alone, aku dan Incik Am, ahaks. So, total 18 orang. Trip ini berjalan dari 24-29 Mei 2014.

Kami berlepas dari Seri Kembangan menaiki 2 van ke hentian Gua Musang. Kemudian, bergerak ke Kuala Betis yang mana kami sarapan dan bungkus makan tengah hari. Kemudian, bergerak ke starting point menaiki 4WD..