Tuesday, December 9, 2014

Dodgeball @ Jump Street KL

Di musim hujan ni, kita kena berhati-hati lah, terutama sekali bila panjat gunung. Jalan licin, kepala air, hipertomia dan bermacam lagi. Kebanyakan gunung dah ditutup untuk pendakian terutama sekali di Pahang dan Terengganu. Jadi, mari kita main indoor plak kat Jump Street! Haha..


Dodgeball @ Jump Street 

Tuesday, December 2, 2014

Gunung Gap - Ulu Semangkuk

Gunung Gap & Ulu Semangkuk terletak berhampiran Fraser Hill. Sebenarnya, OTW lah dari KKB ke Fraser Hill. Terdapat beberapa landmark yang membolehkan anda mengenal pasti starting point atau pintu masuk ke gunung ini. Salah satunya ialah tandas belah kanan jalan, dan jambatan gantung belah kiri lepas tu. Ada satu papan tanda yg telah dilaminate (ketika kami naik) di permulaan trek kat tepi jalan tu.



Thursday, November 20, 2014

Chemerong-Berembun-Langsir (CBL)

Back-to-back event. Itulah yg berlaku bulan 10 yg lepas. Kayak-Tahan-CBL. Since pengalaman mendaki Gunung Tahan dah pernah ditulis dalam blog ni, maka tak perlulah tulis lagi. Haha.. Bukan apa, semak kang dengan post gunung yang sama, akan terjadi ketirisan maklumat, cewah. Tapi, pengalaman dia berbeza.. Nak tahu? Pi lah panjat gunung 



Saturday, November 15, 2014

Ekspedisi Kayak Sungai Berang Vid

Video ni adalah hasil kreativiti bro Khairy Arif, dengan kerjasama cik Fadhilah Hashim, bro Marzuqi (Bo) dan aku sendiri. Enjoy~


Wednesday, November 12, 2014

Ekspedisi Kayak Sungai Berang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, terima kasih kerana melawat blog ini yang ditulis untuk berkongsi pengalaman dan maklumat.. Minta maaf kerana tidak update secara teratur disebabkan kesibukan yg bermacam-macam. Ahaks, okay lets go!



Air Terjun Belukar Bukit

Monday, July 7, 2014

Gunung Angsi via Ulu Bendul

Trip bulan lepas, tapi baru post, haha..


Walaupun aku bolehlah dikatakan kerap memanjat Gunung Datuk, tapi aku tak pernah panjat sedara dia iaitu Gunung Angsi. Walaupun tak tinggi, ia tetap mempunyai cabarannya yang tersendiri..

Sunday, June 29, 2014

Trans Chamah-Ulu Sepat vid


Selamat berpuasa kepada semua Muslimin dan Muslimat..
Enjoy =)




Monday, June 23, 2014

Chamah & Ulu Sepat (CUS)

Alhamdulillah.. Tamat sudah satu lagi ekspedisi bergred G7. Syukur kehadrat Illahi kerana limpah dan kurniaNya, berjaya gak aku habiskn G7..

Trip kali ini dianjurkan oleh TPK dengan kerjasama SOS, TPK ni satu group ex-schoolmate dari Kedah. So, depa ni memang geng lah. Oleh kerana depa tak cukup korum, maka trip ni dibuka kepada pendaki luar.. Maka aku yang lone ranger ni pun teross join bila Kay SOS umum open trip kat FB. Maka ber'hang' dan 'depa' lah aku 6 hari tu.. haha.. orang Johor jadi orang Kedah.

Trip ni dianggotai oleh 2 guide SOS (Azzam & Tawau) serta 13 orang tentera dan 1 awek TPK. Serta 2 lone ranger yg forever alone, aku dan Incik Am, ahaks. So, total 18 orang. Trip ini berjalan dari 24-29 Mei 2014.

Kami berlepas dari Seri Kembangan menaiki 2 van ke hentian Gua Musang. Kemudian, bergerak ke Kuala Betis yang mana kami sarapan dan bungkus makan tengah hari. Kemudian, bergerak ke starting point menaiki 4WD..




Monday, May 12, 2014

Gunung Kinabalu (Part 2)

4.40 petang, 2 Mac
Akhirnya, sampai juga di Laban Rata! Dinner kat cafe start pkul 4.30, so bila aku sampai je dah boleh start makan lah, perfect timing, haha.. So, macam biasalah, bila buffet ni perkara yang harus ialah makan banyak. Memang mentekedarahlah aku di petang yang rahmat tu. Carbo loading abes. Dan tak ketinggalan, EPAL! Rasanya pasni aku nk kene senaraikan epal sebagai barang wajib bawak. Kalo tak, ade kang aku hijack makanan orang, ahaks.



View dari Laban Rata ni memang masyuk, kalau cuaca baik. Memang rasa puaslah masa tu, view yang menarik ditambah dengan makanan yang banyak, memang heaven. Namun, satu perkara yang ketara ialah suhu yang sejuk. Pergh, ini time siang, kalau malam kang.. Pergh..

Wednesday, May 7, 2014

Gunung Kinabalu (Part 1)

Dah lama gila tak update, haha.. Kepada yang suka membaca blog ni, minta maaf banyak-banyak. Banyak faktor yang menjadi penyebab tak update blog ni, sebab utama ialah kerana tak pergi trip hiking.. hehe

Trip kali ni ialah Ekspedisi Gunung Kinabalu (Mesilau - Timpohon) pada 1-3 Mac 2014. Pelbagai suka-duka ditempuh sebelum ekspedisi iaitu dalam fasa persiapan lah, ni belum panjat lagi. Haha.. Alhamdulillah berjaya achieve target dan berjaya menjalankan ekspedisi ini dengan jayanya.. =)


Photo credit to Fikri


Monday, March 4, 2013

Trans Titiwangsa V2 (Part 3)

Sambungan dari part 2...

Day 7: Puncak Junction - Kem H2O - Puncak H2O - Kem Kuali


Puncak Junction [Foto-Apex]

Kitorang gerak dari Puncak Junction agak lambat, dekat pukul 11 pagi, pergerakan kemas kemsite memang lambat hari tu. Dari Puncak Junction ke Kem H2O banyak turun. Macam biasa la, aku terpaksa turun dgn slow dan berhati-hati disebabkan keadaan footwear aku ni. Lepas turun dan turun dan turun, sampai satu kawasan yg memang berbahaya. Kene merentas pokok yg condong, pastu pegang tali turun ke bawah dlm kawasan berbatu. Darjah kecondongan adela dlm 70-80. Kawasan ni memang curam, kene slow abes.. Lepas kawasan tu sampailah ke kem H2O. Kem ni agak luas, ade sungai kat tepi tu.

Saturday, March 2, 2013

Trans Titiwangsa V2 (Part 2)

Sambungan dari part 1..

Day 3: Puncak Yong Yap - Puncak Bubu - Kem Lopak Air - Puncak Kayong - Puncak Kambing

Dari puncak Yong Yap ke Simpang Yong Yap ni turun... Pastu turun naik mula2, pastu pacak... Sampailah Puncak Bubu. Sepanjang perjalanan tu kitorang selisih dengan 3 group x silapnya, diorang sume wat V2 gak. Diorang tinggal panjat Yong Yap je time tu. Memang jeles lah. Diorang da nk abes, kitorang ni laaamaaa lagi nk abes.. Huhu..


Gunung Bubu

Thursday, February 28, 2013

Trans Titiwangsa V2 (Part 1)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. Alhamdulillah dipanjangkan umur ini untuk terus menulis di blog yg x seberapa ini... Ahaks


Di Masjid Kg Raja [Foto-Fadzly]

Ok, setelah beberapa lama menanam impian untuk pergi mendaki banjaran titiwangsa, Alhamdulillah aku berpeluang untuk pergi bersama-sama Incik Sham Castello dgn group Nature Explorer pergi ke trip Transtitiwangsa Versi 2. Memang teruja lah time nak pergi ni, tpi bila da pergi, menyesal.. haha.. sebab apa? Sebab x training nk pi trip hardcore ni. Isy3..

Sunday, January 6, 2013

Gunung Tahan Vid

Post kali ni aq nak letak vid Gunung Tahan yg aq wat dulu. Aq x pi mana2 cuti ni, so x de trip baru.. haha.. Di kesempatan ini, Selamat Tahun Baru 2013 kepada pembaca2 blog ini =)

Thursday, December 27, 2012

Ekspedisi Gunung Tahan 2012 - part 3 (turun)

Keesokan paginya (hari ke 4), kitorang pun bergerak ke signboard 'Gunung Tahan' yg besar tu, dan bermulalah sesi bergambar. Mcm2 gaya ada, guide pun kitorang tarik bergambar skali. Haha.. Cuaca pagi tu plak baik, bila nmpak view dari puncak tu, pergh, mcm x caya kitorang sampai situ..
Kat puncak

DAY 4: puncak - kem pangkin
DAY 5: kem pangkin - kem teku
DAY 6: kem teku - kem putih
DAY 7: kem putih - kem melantai
DAY 8: kem melantai - kuala tahan

Friday, November 23, 2012

Ekspedisi Gunung Tahan 2012 - part 2 (pendakian)

Berkumpul di KL Sentral pada pukul 7 dan berlepas menaiki kereta api pada pukul 8.30, kitorang memulakan perjalanan dengan hati yg bercampur-baur.. haha.. Hampir semua tak kenal antara satu sama lain. Yelah, trip ni dianjurkan oleh individu bebas, bukan group2 hike biasa, so memang x kenal. Gogo pun kitorang x kenal, kenal muka je. Memang terjah abes trip ni. hehe..


X pernah-pernah den tido seat baring.. haha

First, bila naik kereta api tu kitorang ditempatkan di seat katil. Pergh, first time woo naik kereta api dpt tido baring.. haha.. sebelum ni dok kat seat duduk je, yg memang terkenal dgn x berapa nk selesa untuk tido tu. Memang sayang betul kitorang dgn gogo time tu, kerana ape? memahami keperluan kitorang.. thumbs-up kepada gogo. So, bila tido kat seat katil ni, boleh katakan memang selesa sgt lah, jika dibandingkan dgn orang yg dok tido kat seat biasa, di tengah2 lampu yg terang-benderang tu.

Tuesday, November 20, 2012

Ekspedisi Gunung Tahan 2012 - part 1 (persediaan)

Salam dan selamat sejahtera..

Dah berhabuk da blog aq ni. Bukan x nak update, kebanyakan aktiviti yg aq wat merupakan aktiviti yg berulang, so x best la nk post topik pasal aktiviti yg sama kan? Kita citer kisah baru la kan? kan2? haha..

Alhamdulillah, aq dah berjaya menakluki puncak tertinggi kat semenanjung iaitu Gunung Tahan. So, cerita kali ini akan terbahagi kepada 3 part; 1) persediaan 2) pendakian (merapoh / kuala juram-puncak) 3) turun (puncak-kuala tahan). Kenapa buat cmni? sebab kalo wat panjang2 nanti orang boring, x best nk baca, haha.. aq pun x berapa pandai bercerita, so biarlah begini penceritaannya..


Gunung Tahan merupakan gunung yang menjadi idaman aq sejak didedahkan kepada aktiviti mendaki ni 4 tahun yg lalu.. So basically aq da apply dengan ayah aq untuk naik gunung ni sejak 3 tahun yg lepas, cuma skrg barulah dapat pi.. Dulu dia memang x kasi, mungkin sebab pengalaman dan equipment pada masa tu yg x cukup. Sekarang ni, bila sume da so-so, dia beralah sket la.. haha.. Mak aq rilek je, ayah aq yg risau lebih.. Mungkin pengalaman dia masuk hutan dulu2 wat dia risau kot, yg penting, kita kene bersedia dengan segala kemungkinan

Tuesday, July 3, 2012

Gunung Rajah

Pembuka Bicara



Disebabkan pembatalan trip V1, aku pun memutuskan untuk pergi ke event alternatif, Gunung Rajah. Dianjurkan oleh Silver Outdoor Sport (SOS), ternyata trip ni mengajar bahawa aku masih belum tough untuk pi V1.. Tensi2.. haha.. Kiranya ada hikmah la trip V1 tu terbatal.. huhu.. X pe, masih boleh train lagi.

Saturday, June 9, 2012

Gunung Liang Barat & Timur

Trip ke Gunung Liang kali ni dianjurkan oleh group Outerrange Adventure (ORA), merupakan kali kedua aku ikut group ni dan memang berpuashati dgn penganjuran diorang. Trip sebelum ni yg aku ikut diorang adalah ketika memanjat Pine Tree Hill setahun lalu. Trip ni taklah sebising dulu cz geng2 diorang takde, yg ade basic line up iaitu Padi dan Ajid serta guide Husain. So, mungkin trip dgn ORA lps ni akan meriah sket. Walaubagaimanapun, Kak Sha dan Kak Nadia tetap memeriahkan suasana.. haha...
Siap2 nak mendaki

Thursday, May 31, 2012

Chiling Complete

Bermulanya minggu SWOT (Study Without Official Teaching) menandakan sudah sangat hampir hari peperiksaan. Tapi sebelum tu, aku release tension dulu di Air Terjun Sungai Chiling (ok, ni kali kedua pi sini).
View dari jambatan