pintu gerbang masuk |
Payah gak tulis mcm tu, isy3... Anyway, kitorang telah memilih Air Terjun Chiling yg terletak di KKB sebagai tempat kawan2 Hilmi memulakan pengembaraan, mcm starting point for experience la. Lagipun minggu lepas Hakim dah pergi situ so banyak gak info aq dpt pasal tempat tu.
Kitorang bergerak awal, dalam pukul 6 dekat2 pukul 7 gak. 2 kereta dengan kekuatan 9 orang bergerak ke destinasi. Situasi; mengantuk, blur dan pening2 sebab masing2 x cukup tido. haha.. Dalam pukul 8 kitorang sampai kat area empangan kat situ, Empangan Sungai Selangor. Besar gak, standart empangan la. Perjalanan diteruskan dan akhirnya kitorang sampai kat pintu gerbang Sanctuari Ikan Sungai Chiling. Buka hari Jumaat-Ahad je, hari lain tutup.
empangan |
Dari pintu gerbang tu, korang kene berjalan kaki selama 10 minit baru sampai kat area yg ada camping site dgn pejabat jabatan perikanan in-charge kat sanctuari ikan tu. Semua peserta perlu mendaftar dan bayar yuran masuk RM 1. Dekat situ ada papan tanda dilarang bagi makan kat ikan, Ironinya diorang jual gak makanan ikan RM 3 satu bungkus. Haha.. Bisnes2... Kat kompleks ni ade camping site, surau, tandas dan pondok rehat. Pastu beg kitorang siap kene 'spot check' oleh akak kat situ, garang gak akak ni. Mungkin dia nak cari bahan mentah dlm beg kitorang. Sebab BBQ dilarang di kawasan air terjun kerana dapat menarik haiwan liar ke situ. Abang yg jaga pondok tu ckp, tahun lepas Sun Bear aka Beruang Matahari ada turun ke kawasan tu sebab dia bau BBQ. So diorang nak mengelakkan kejadian yg x diingini.
Daftar dulu |
Ok, perjalanan kitorang mengambil masa lebih kurang 50 minit ke Air Terjun Chiling. Kene cross 5 sungai campur satu jambatan gantung. Disyorkan pakai selipar atau kasut yang kalis air sebab x best bila jalan dengan kasut basah. Lagi2 cross 5 sungai kan. Memang best la sebab kitorang group pertama pagi tu, so lancar je perjalanan ke air terjun. Di sepanjang kawasan nak rentas sungai tu ade banyak peringatan untuk jangan mandi ketika hujan. Nak taw kenapa? Sebab kawasan air terjun ni terkenal dengan Kepala Air, so bila hujan je lebih baik korang balik cepat2. Satu x dpt seberang sungai tu, lagi satu kene langgar dengan Kepala Air, memang buruk padahnya.
Weight limit : 4 person |
Lecak |
Sungai pertama |
Setelah 50 minit, kitorang sampai ke air terjun berkenaan.. Dalam banyak2 sungai, sungai yang no. 5 atau sungai terakhir korang kene cross paling dalam. Aq kene angkat beg aq letak atas kepala (sebab beg aq panjang, aq plak rendang.. haha) x nak basah. Air terjun ni memang smart, lawa, indah.. Memang hebat ciptaan Illahi.. Sampailah... group lain sampai. X fun sebab ramai, sesak tempat tu. Nasib baik kitorang da puas mandi, so tengok jela diorang mandi sebelum blah dari situ..
Tinggi woo.. Orang ckp leh naik atas tpi x tawla |
I dont always pose.. But when I do |
1 |
2 |
3 |
So, kesimpulannya memang best la Air Terjun Chiling ni, patut korang datang untuk relax dan lepaskan tekanan. Cuma ada beberapa perkara yang aq x beberapa minat:
- Memberi monyet makan. kat situ ade satu lone monyet lepak, adela beberapa pengunjung ni yg kesian kononnya nak bagi dia makan. Sebenarnya, dia boleh je hidup tanpa makanan manusia ni. Dia lepak kat situ sebab nak orang bagi dia mkn aka pemalas la. Aq x suka senario ni sebab ade tempat lain yang orang buat mcm tu, satu kawanan duduk terus, menunggu orang bagi makan. Bila dia banyak, kita pun rasa x selesa, lagi2 bila diorang start selongkar beg. So, biar jela dia duduk situ, jgn kacau, ini demi keselesaan kita sendiri..
Lone Monyet, otai ni |
- Rakyat Malaysia ni memang x de sivik langsung, sampah rilek je buang tepi2 tu. Aq patut ckp orang yang mcm ni sombong dan bongkak la. X pikir langsung sampah tu boleh menyebabkan kawasan tu hilang kecantikan alamnya, lama2 penuh sampah. Bila sampah da banyak, sumber air tercemar, abesla. Takkan nak import air plak. So pikir-pikir kan la..
Peringatan... |
No comments:
Post a Comment