Friday, December 31, 2010

Sembuhkanlah dia Ya-Allah... Amin

Kedatanganku ke hospital itu disambut emaknya yang berada di Kafeteria, ayah dan adiknya telah pulang setelah semalaman adiknya menemani dirinya; maknya pula yang berada disisinya siang ini,


Pagi itu, dia baru selesai menjalani MRI, setelah 2 x-ray dijalankan di bahagian kepala, sudah lama maknya tak mampu menjamah makanan; pagi itu dia berasa sungguh lapar


Oleh kerana waktu melawat bermula jam 12.30, aku bersama keluarga berborak seketika dengan maknya..
Dengan nada sedih bercampur gembira maknya berkata "Najmi dah boleh bercakap, pang" oleh kerana sebelum ini dia tidak mampu berkata apa-apa


Sayu hatiku mendengarnya, hampir jelas di fikiran 'agak teruk sakitnya itu'. maknya menyatakan ia berlaku pada 23hb tetapi baru semalam(29) barulah Najmi boleh berkata-kata, itupun setelah berubat secara tradisional


Dengki orang memang x mengenal belas kasihan, setelah ayahnya diperlakukan begitu, kini dia pula menerima dugaan, hasil hasad dengki pihak yang x berpuas-hati dengan ayahnya; walaupun ayahnya kini telah pencen


Maknya meminta diri untuk ke wad setelah selesai makan, membawa bekal untuk anaknya yang pada perkiraanku agak lapar tatkala tengahari menjelang


*  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *


Ketikaku melangkah ke wadnya itu, wajah yg cukup kukenali memandang ke arahku; gembira, namun kosong
Ku bersalam dengannya tetapi dia tergamam, mungkin dia tertanya-tanya siapakah tetamunya itu
Aku perkenalkan diriku sebagai 'simpang' kerana menurut emaknya dia tak kenal siapa Amirul tapi tahu siapa Simpang; pada pandanganku dia tak ingat selain dari mukaku dan namaku sahaja


Sedih, Sayu, melihat rakan yg dulunya ceria kini pendiam, kerana perkataan yg ada difikirannya terlampau sedikit, dia seperti tidak tahu ayat untuk diperkatakan walaupun aku tahu dia sedang cuba memikirkan ayat itu berkali-kali dan berkali-kali


Keadaannya sama seperti ayahnya dahulu walaupun kini ayahnya telah pulih, namun untuk berkata-kata, jauh sekali ayat penuh kedengaran, dia seperti budak yang baru belajar berkata-kata...




Susuknya sedikit susut; mungkin kerana kurang selera makan, rambutnya masih rapi, mukanya bersih ceria namun kosong; seperti menggambarkan perasaannya. Sukar dipercayai wajah ini dulu ramah dan petah bergurau denganku...


Membahaskan diri sebagai 'saya' dan 'awak', itulah antara perkataan yang selalu terbit dari mulutnya. selain itu dia memerlukan bimbingan ayat dan banyak menggunakan 'body language' dalam menyampaikan mesejnya. Tidak terdengar gelak-tawanya, cuma sesekali terukir senyuman di bibirnya menyenangkan perasaanku


Dia mampu membaca, tapi tak faham maksud ayat yang dibaca. Tak mampu menulis apatah lagi mengira. Bagi seseorang yang akan menghadapi exam IB, ia seakan mustahil tatkala keupayaan seperti itu tidak dapat melepasi UPSR




Pada pandanganku dia tidak sakit, tak nampak kesakitan di wajahnya, bagiku 'benda' itu yang menyakitkannya, menarik keupayaannya pergi, yang jelas pada pertuturannya.


Pemergianku disambut senyumannya. Aku rindu dia yg kukenal, gelak tawanya, gurauannya, oh beratnya dugaan yang menimpamu Muhammad Najmi... 
Semoga Allah memberkati dan merahmati hidupmu dan keluargamu..


.............................................................................................................................


Aq menceritakan tentang perasaan yg aq alami ketika berjumpa Boss, dan semua perubahan yg kurasa. Semua ini kuwarkahkan agar semua yang membaca dapat sama-sama mendoakan agar Muhammad Najmi cepat pulih dan sembuh dari ganguan yang dihadapinya, AMIN...

Tuesday, December 28, 2010

For my best Friend

Saya ada ex-roomate


Dia satu sekolah dan satu kolej dengan saya


Dia merupakan antara kawan yg baik dengan saya


Korang mungkin kenal dia; orang yang paling lama belajar kat KMB


Paling lama belajar disebabkan kekangan kesihatan


Sekarang dia mendapat dugaan lagi


Aku x taw sebab apa, tapi dia berada di Hospital Sultan Ismail sekarang ni


Harap sume yang membaca dapat berikan sokongan dengan mendoakan agar dia cepat sembuh....


Come on kawan2, ada member kite yg perlukan pertolongan kita! 
Dan doa itu sudah cukup bagi dia...


Marilah sama2 kita support dan doakan agar Muhammad Najmi bin Abdul Karim @ Boss cepat sembuh


Yang pasti, satu hari nanti giliran kita pula akan tiba, dan doa itu menjadi sungguh bermakna....


Jangan Putus Asa Boss! Get Well Soon!

Sunday, December 5, 2010

Awas! Kerja-Kerja Di Hadapan...



Kerja-kerja pembinaan sedang dijalankan untuk satu masa yang X ditetapkan
Beberapa perubahan akan dibuat dalam masa terdekat, so sabar...
Awas jika anda tergolong dalam golongan ini:

Sakit Warna: 
  • Tidak tahan melihat warna yang abstrak dalam satu2 masa. Kebanyakan pesakit mengalami loya dan muntah selepas melihat blog ini. Sila makan 'panadol' dan tidur...
Sakit Hati:
  • Berada dalam situasi yang marah atau bengang. Simptom awal; panas badan, panas hati, tekanan darah naik dan lain-lain.. Sila baca selawat banyak2 dan tenangkan fikiran.
Sakit Perut:
  • Perut sakit. Pesakit yang perutnya sakit. Bersedia untuk ke tandas..
Kecelaruan Warna:
  • Terkeliru tentang warna yang muncul. X nampak perkataan yang ada. Penyelesaian: wat2 x nampak dan teruskan membaca
Bingung dan Keliru:
  • Anda sedang 'blur' atau memang seorang yang 'blur'. Terdapat kekeliruan antara dua gunung yang ada. Jika anda masih keliru dengan ayat kedua saya, sila lihat gambar di atas.
Kepenatan Teramat:
  • Amat penat. Baru melakukan aktiviti berat (bermain DoTA sebanyak 2 game bolehlah dianggap berat. Farmville, MW dan game2 FB yg lain x termasuk). Minum air dan rehat amat sesuai untuk anda
Kalah Dota:
  • Berasa teraniaya dan bengang kepada team anda yang tak perform. Baru kalah kepada team lawan yang disebabkan teammate anda. Berdoa agar dapat team yang best selepas ini.
Cinta yg x kesampaian:
  • Berdoa agar anda mendapat orang yang lebih baik daripadanya. Cinta anda baru ditolak (secara halus mahupun kasar). Simptom: berasa kesunyian teramat dan merasakan tiada yang sebaik-dia
Berat Tulang:
  • Tulang anda terasa berat secara tiba-tiba berikutan malasnya otak untuk menghantar 'impulse' ke otot2 berkenaan. Tunggu sehingga kerja-kerja pembinaan tamat. Pesakit berasa sukar mengklik 'X' untuk menutup blog ini
Kekosongan hidup:
  • Hidup anda berasa tidak bererti berikutan kehidupan rutin yang terlampau biasa, anda merasakan blog ini bosan dan membuang masa, tahniah kerana berjaya menghabiskan masa di blog ini, sila buat aktiviti yang berfaedah sebagai rawatan...
Susah nak paham perkara yang orang lain ckp:
  • Mempunyai masalah memahami maksud tersirat dan tersurat. Contoh jelas; x paham kenapa saya tulis mende ni. Penyelesaian: tinggalkan komen agar saya dapat membantu....


Kata Pengarang: 
Jika anda berasa tidak senang dengan susun-atur blog ini, sila beri maklumbalas untuk penambah-baikan agar mesra pembaca di masa hadapan


Saturday, December 4, 2010

X de keje...

Musim cuti sekolah bermula, musim jagung cuti pun bermula juga...

Dijangka tamat feb depan

Yang mana aq da berenti time tu

Argh, salah timing aq amek keje ni

Tapi best gak, byk masa untuk belajar

Belajar subjek IB blik? oh, satu mimpi ngeri

Tapi ia perlu untuk maju...

X pe, simpan dulu untuk kemudian

Sekarang perlu develop financial intelligance

Soft skill perlu dibaiki

Leadership skill perlu diasah lagi

Perlu belajar akaun untuk berjaya secara kewangan

X pe, ramai member amek akaun

Harap2 dpt capai 'financial freedom' sebelum 28

Dan harus latih diri untuk terus belajar...

Menjadi all-rounded person

Haha.. bestnya kalo jadi kenyataan..

Amin....