Kerja-kerja pembinaan sedang dijalankan untuk satu masa yang X ditetapkan
Beberapa perubahan akan dibuat dalam masa terdekat, so sabar...
Awas jika anda tergolong dalam golongan ini:
Sakit Warna:
- Tidak tahan melihat warna yang abstrak dalam satu2 masa. Kebanyakan pesakit mengalami loya dan muntah selepas melihat blog ini. Sila makan 'panadol' dan tidur...
Sakit Hati:
- Berada dalam situasi yang marah atau bengang. Simptom awal; panas badan, panas hati, tekanan darah naik dan lain-lain.. Sila baca selawat banyak2 dan tenangkan fikiran.
Sakit Perut:
- Perut sakit. Pesakit yang perutnya sakit. Bersedia untuk ke tandas..
Kecelaruan Warna:
- Terkeliru tentang warna yang muncul. X nampak perkataan yang ada. Penyelesaian: wat2 x nampak dan teruskan membaca
Bingung dan Keliru:
- Anda sedang 'blur' atau memang seorang yang 'blur'. Terdapat kekeliruan antara dua gunung yang ada. Jika anda masih keliru dengan ayat kedua saya, sila lihat gambar di atas.
Kepenatan Teramat:
- Amat penat. Baru melakukan aktiviti berat (bermain DoTA sebanyak 2 game bolehlah dianggap berat. Farmville, MW dan game2 FB yg lain x termasuk). Minum air dan rehat amat sesuai untuk anda
Kalah Dota:
- Berasa teraniaya dan bengang kepada team anda yang tak perform. Baru kalah kepada team lawan yang disebabkan teammate anda. Berdoa agar dapat team yang best selepas ini.
Cinta yg x kesampaian:
- Berdoa agar anda mendapat orang yang lebih baik daripadanya. Cinta anda baru ditolak (secara halus mahupun kasar). Simptom: berasa kesunyian teramat dan merasakan tiada yang sebaik-dia
Berat Tulang:
- Tulang anda terasa berat secara tiba-tiba berikutan malasnya otak untuk menghantar 'impulse' ke otot2 berkenaan. Tunggu sehingga kerja-kerja pembinaan tamat. Pesakit berasa sukar mengklik 'X' untuk menutup blog ini
Kekosongan hidup:
- Hidup anda berasa tidak bererti berikutan kehidupan rutin yang terlampau biasa, anda merasakan blog ini bosan dan membuang masa, tahniah kerana berjaya menghabiskan masa di blog ini, sila buat aktiviti yang berfaedah sebagai rawatan...
Susah nak paham perkara yang orang lain ckp:
- Mempunyai masalah memahami maksud tersirat dan tersurat. Contoh jelas; x paham kenapa saya tulis mende ni. Penyelesaian: tinggalkan komen agar saya dapat membantu....
Kata Pengarang:
Jika anda berasa tidak senang dengan susun-atur blog ini, sila beri maklumbalas untuk penambah-baikan agar mesra pembaca di masa hadapan
No comments:
Post a Comment