Kedatanganku ke hospital itu disambut emaknya yang berada di Kafeteria, ayah dan adiknya telah pulang setelah semalaman adiknya menemani dirinya; maknya pula yang berada disisinya siang ini,
Pagi itu, dia baru selesai menjalani MRI, setelah 2 x-ray dijalankan di bahagian kepala, sudah lama maknya tak mampu menjamah makanan; pagi itu dia berasa sungguh lapar
Oleh kerana waktu melawat bermula jam 12.30, aku bersama keluarga berborak seketika dengan maknya..
Dengan nada sedih bercampur gembira maknya berkata "Najmi dah boleh bercakap, pang" oleh kerana sebelum ini dia tidak mampu berkata apa-apa
Sayu hatiku mendengarnya, hampir jelas di fikiran 'agak teruk sakitnya itu'. maknya menyatakan ia berlaku pada 23hb tetapi baru semalam(29) barulah Najmi boleh berkata-kata, itupun setelah berubat secara tradisional
Dengki orang memang x mengenal belas kasihan, setelah ayahnya diperlakukan begitu, kini dia pula menerima dugaan, hasil hasad dengki pihak yang x berpuas-hati dengan ayahnya; walaupun ayahnya kini telah pencen
Maknya meminta diri untuk ke wad setelah selesai makan, membawa bekal untuk anaknya yang pada perkiraanku agak lapar tatkala tengahari menjelang
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Ketikaku melangkah ke wadnya itu, wajah yg cukup kukenali memandang ke arahku; gembira, namun kosong
Ku bersalam dengannya tetapi dia tergamam, mungkin dia tertanya-tanya siapakah tetamunya itu
Aku perkenalkan diriku sebagai 'simpang' kerana menurut emaknya dia tak kenal siapa Amirul tapi tahu siapa Simpang; pada pandanganku dia tak ingat selain dari mukaku dan namaku sahaja
Sedih, Sayu, melihat rakan yg dulunya ceria kini pendiam, kerana perkataan yg ada difikirannya terlampau sedikit, dia seperti tidak tahu ayat untuk diperkatakan walaupun aku tahu dia sedang cuba memikirkan ayat itu berkali-kali dan berkali-kali
Keadaannya sama seperti ayahnya dahulu walaupun kini ayahnya telah pulih, namun untuk berkata-kata, jauh sekali ayat penuh kedengaran, dia seperti budak yang baru belajar berkata-kata...
Susuknya sedikit susut; mungkin kerana kurang selera makan, rambutnya masih rapi, mukanya bersih ceria namun kosong; seperti menggambarkan perasaannya. Sukar dipercayai wajah ini dulu ramah dan petah bergurau denganku...
Membahaskan diri sebagai 'saya' dan 'awak', itulah antara perkataan yang selalu terbit dari mulutnya. selain itu dia memerlukan bimbingan ayat dan banyak menggunakan 'body language' dalam menyampaikan mesejnya. Tidak terdengar gelak-tawanya, cuma sesekali terukir senyuman di bibirnya menyenangkan perasaanku
Dia mampu membaca, tapi tak faham maksud ayat yang dibaca. Tak mampu menulis apatah lagi mengira. Bagi seseorang yang akan menghadapi exam IB, ia seakan mustahil tatkala keupayaan seperti itu tidak dapat melepasi UPSR
Pada pandanganku dia tidak sakit, tak nampak kesakitan di wajahnya, bagiku 'benda' itu yang menyakitkannya, menarik keupayaannya pergi, yang jelas pada pertuturannya.
Pemergianku disambut senyumannya. Aku rindu dia yg kukenal, gelak tawanya, gurauannya, oh beratnya dugaan yang menimpamu Muhammad Najmi...
Semoga Allah memberkati dan merahmati hidupmu dan keluargamu..
.............................................................................................................................
Aq menceritakan tentang perasaan yg aq alami ketika berjumpa Boss, dan semua perubahan yg kurasa. Semua ini kuwarkahkan agar semua yang membaca dapat sama-sama mendoakan agar Muhammad Najmi cepat pulih dan sembuh dari ganguan yang dihadapinya, AMIN...
14 comments:
sesama kita doakan dia pang!!! sedih gler aku dengar wei... nak g tgk gak...
semoga dia cpt sembuh, amin...
sila2, ade kelapangan pegi la, tpi dia da x brape igt member2 dia, huhu
najmi kelas sigma ke pang?
knapa pang?
apa jadi ngn dia?
salam pang die sakit ape?hku xjelas di sini
em kat spital mane skrg?
doakan dia sembuh..amiin
Chop: yup, Najmi Sigma
Faiz n WanChenko:
Sori kalo korang x phm pe aq tlis, sakit dia cmni:
hilang ingatan, hilang keupayaan menulis, hilang keupayaan memahami tulisan walaupun boleh membaca, hilang keupayaan bercakap (vocab n verb yg limited). Member yg die igt setahu aq ialah aq n aminin, judin yg dok johor pun die x igt cz mungkin ingatan jangka panjang dia da hilang.
punca dri segi perubatan: kemungkinan masalah pada otak tapi x pasti lagi
punca dari segi tradisional:
ada org yg dengki pada ayah dia
apapun sebabnya, marilah kita berdoa agar dia cepat sembuh. Dia dah dibenarkan keluar dari hospital petang tadi
"hilang ingatan, hilang keupayaan menulis, hilang keupayaan memahami tulisan walaupun boleh membaca, hilang keupayaan bercakap (vocab n verb yg limited). "
-based on description yg saudara tulis ni, it seems like your friend suffers from 'aphasia'. Aphasia ni ada byk jenis based on which part of the brain yang affected. Cuba la search psl ni.
He cant write, can read but cant understand~ mcm Wernicke's(receptive) aphasia
Moga diberi kekuatan untuk saudara Najmi & keluarga. InsyaAllah, Allah is always there.
Thanks kepada saudara/i salsabila di atas maklumat tersebut, hanya keputusan MRI yg dpt mengesahkan penyakit tersebut. Semoga dia cepat sembuh, amin..
i don't know much about him.
kenal masa kem ee malay.
semoga najmi cepat sembuh.
smoga Allah memberi kekuatan kepada dirinya dan keluarganya untuk menempuhi semua ni.aminn
najmi classmate aku. semoga dia cepat sembuh. jumpa kat kolej nanti najmi!
hey pang, thax for sharing your story :)
okay, doakan Najmi cepat sembuh. Ameen
minta sesiapa kat sini,tahu tak alamat rumah najmi???sya sgt2 terkilan dgr apa yg dah terjadi pada dia..sama3lah kita doakan supaya muhammad najmi cepat sembuh..insyaalah..
Najmi dok JB, tpi skrg ni dia ade kt kampung, so kalo dtg umah pun die x de. Same2 la kita doakan dia, amin..
Post a Comment