Monday, January 30, 2012

Kumpau? Ada rezeki adelah..

Istilah kumpau atau 'tak dapat ikan' adalah satu istilah yang sinonim dengan kaki pancing (walaupun aq baru je blaja istilah ni). Dah menjadi adat kalau x dapat ikan bila memancing sebab banyak variable ketika memancing ni. Kalo aq wat programming pun leh pening.. haha.. Contoh variable, cuaca, warna air, kedudukan bulan, pasang-surut, tekanan udara.. dan banyak lagi. Jadi, formula untuk bersabar ketika memancing adalah, "kalau ade rezeki, adelah. Kalau tak ade, nak buat macam mana..". Formula ni kita boleh relate dalam kehidupan harian kita sebenarnya, cuma kita kadang2 payah nak terima realiti jika sesuatu yang buruk atau merugikan berlaku..



Anyway, setelah balik dari Ops Tasik Semenyih dalam entri lepas, aq pun merancang satu lagi trip memancing laut dengan ayah aq di port yang x asing lagi, Kuala Senggarang.. Trip berjaya dulu aq da cerita dalam entri 'Ikan di Laut'. Time tu kitorang dapat banyak ikan Gelama. So trip ni kumpau ke dapat? hehe.. teruskan membaca..


Sebelah sana tu betul2 kuala

Friday, January 27, 2012

Empangan Semenyih @ Tasik Semenyih

Ok, kesinambungan dari entry lepas..


Esok paginya, kitorang bertiga pun bergerak ke Tasik Semenyih. Kalo ikut plan aq, lepas subuh nak gerak. Tapi kedai ikan yg jual umpan tu bukak dlm 9.30. So kitorang gerak lepas 9.30 pagi dari pekan Semenyih. Perjalanan leh ckp jauh gak la, indicatornya punggung ni da nek kebas duduk atas motor tu. haha.. Akhirnya sampai kat satu selekoh baik punye, nampak orang pancing bawah tu je.. Aq pun x suke nak kacau org, so kitorang jalan depan sket. Ade satu port lawa, dia terselindung sket, pastu kene memanjat turun lurah sket. Dari kesan2 yg ada, port ni ade org bermalam dalam 2-3 hari sabelum kitorang dtg. Pancang2 joran pun ada banyak. Tapi memang landai bawah ni, sesuai sangat nak camping.. hehe.. (rasenye leh ajak Hakim camping ni)








Warna air tasik time tu ialah kopi-O. Ade sket angin dan leh nampak tembok empangan dari sini. Kitorang try teknik dasar menggunakan umpan cengkerik. Setelah beberapa lama, x de respon yg memberangsangkan, kitorang try plak umpan anak ikan... Setelah beberapa lama pastu, kitorang try plak umpan roti... X berapa lama kendian, timbul ikan besar kat tengah tasik. Pergh.. kalo dia makan umpan tu... tapi x makan gak, dia men timbul2 je kat tengah tasik. Mula2 aq suspek ikan sebarau, tapi lama2 aq hampir pasti tu ikan patin.. isy3.. Mungkin teknik dasar x kene ngan ikan sini kot, len kali aq nak try pakai pelampung plak. Aq x taw nak pancing ikan patin ni pakai umpan ape, so kalo ade otai yg lalu kat sini, bolehla kongsi2 teknik dan umpan pancing ikan ni.. Last2 aq try casting, x makan gak.. so kitorang pun tukar port..


Bad Plankton dengan Nas Si Kacamata
Terbako kulit den. Lawa gambar ni, credit to Nas


Bad tengok ape ntah, awek kot.. haha


Port kedua ni depan sket kalo ikut jalan tepi tasik tu. Terletak kat area yg pada pendapat aq ni anak sungai yg mengalir masuk ke tasik. Kitorang pun try pancing kat sini, tapi banyak sangkut berikutan banyaknya kayu2 yg ada kat dasar tu. Tapi memang teduh la duduk mancing kat sini. Setelah beberapa lama, x dapat gak.. isk3.. x de rezeki.. nak wat cane kan. Kalo dia ade makan sket2 macam kat Tasik Kesuma tu x pe, ni usik pun x de, tensen gak.. haha.. Kesimpulannya.. Kumpau lagi..

Wednesday, January 25, 2012

Test power di Tasik Kesuma

Bertindak di atas permintaan Bad yg nk merasa pengalaman memancing, aq Nas dan Bad sendiri telah bergerak ke Tasik Kesuma yg x silapnya masih berada dalam kawasan Semenyih. Di petang yg indah itu, kami bertiga dengan selambanya menunggang motosikal di atas trek jogging untuk mencari port baik di tasik tersebut. Berbekalkan pengalaman Nas yg sering ke situ, kitorang akhirnya sampai di suatu port yg pada pandangan aq terbaik.. (kurangnya pokok2 akuatik di kawasan berkenaan yg membolehkan kami memancing dasar tanpa risau sangkut)

Baik gak port ni

Kami menggunakan umpan cengkerik RM1 berikutan hari yg telah lewat petang (membazir cz ada byk tinggal bila blik.. huhu). Aq pun setting alat2 memancing (2 joran digunakan) dan tanpa melengahkan masa, melontar joran pertama. Namun, aq x taw hadirin2 yg lain kat situ geli akan menatang2 berkenaan.. haha.. Sedang setting joran kedua, joran direntap kuat. Melendut beb (walaupun joran ringan, tpi da konfirm kene!), tapi x de rezeki, terlepas.. X pe, setting lgi joran, baling dua2 kat tempat yg suspek ade ikan..

sidang hadirin yang hadir.. hehe

Tasik ni petang2 memang meriah, ramai orang, ade yg duduk2, jogging, memancing, aritu siap ade yg menjala skali.. haha.. Orang yang menjala tu dapat ikan, tpi x nampak plak ikan apa, dengar jela budak2 yang mengikut menjerit gembira dapat ikan, tapi happening. Sambil tu kitorang pun borak2..



Kali kedua joran aq dienjut, akhirnya.. dapat sekor ikan emas.. Kecik gak, orang kata, kalo ade yang kecik, yg besar pun ade. So kitorang pun terus la memancing sampai maghrib.. Adela sentap sket2, tpi x sangkut plak pastu.. X pela, yg penting Bad da pandai baling joran. Cz esoknya nak try Tasik Semenyih. Dapat x? Tunggu entry pasni.. ZASSSS!!...

Nas posing dgn IKAN AQ.. haha

Ikan Emas yg berjaya dipancing

Monday, January 2, 2012

X de keje...

Selamat Menyambut Tahun Baru 2012! =)


Dah lama x update.. isy3.. yela, musim exam kan, pastu musim hujan. So aktiviti outdoor ni x brape nk best la bila basah2 ni. Kalo boleh aq nk elak trekking n hiking time hujan ni. X syok, hehe..


Plan awal aq nk keje time cuti ni x menjadi, tpi ok gakla leh relax kat umah sambil blaja mende baru. So, aq pun decide untuk belajar skill2 baru memancing..


Selama ni teknik memancing yg aq taw dan belajar dari ayah aq ialah teknik bottom atau dasar. Dulu aq penah blaja menjala dgn org tapi dah lupe.. hehe.. Ok, berbalik kepada teknik dasar tadi, secara asasnya tali akan diikatkan kepada mata kail dan batu ladung. Ada pelbagai variasi memancing dasar ni biasanya kalo mancing laut aq akan menggunakan perambut, kalo mancing sungai aq tak pakai.. hehe..






So, teknik yg aq berminat nak blaja time cuti ni ialah teknik casting. Teknik casting secara asasnya ialah teknik baling dan tarik. Berbanding teknik dasar yg kene peka bila ikan menjamah umpan, teknik casting ni kene guna tenaga sket dan kene rajin. Tapi yg bestnya ialah bila ikan menyambar time joran kat tangan, pergh.. masyuk...


Aji King Game Master 1000


Bila pakai teknik casting ni, aq suka pakai gewang(umpan tiruan). Boleh pakai byk kali, tpi kalo sangkut atau putus, payah gak la.. huhu.. Bukan apa, kebanyakkan umpan yg best2 ni mahal. Tapi kalo mahal x reti guna pun membazir gak ye tak? 


Joran beginner, chap ayam.. hehe


Berbekalkan sifu Youtube dan cikgu Blogger, aq pun belajarla cara2 nak guna gewang ni. Pastu aq pun refer gak sket2 kat otai2 yg byk membantu dlm forum memancing. Tapi setakat ni still kumpau lgi, teknik belum betul le tu. X pun kaler gewang x kene.. Isy3.. X pe, lame2 pandai la tu, kene sabar sket bab2 memancing ni. Member2 yg otai plak x de kat sini, kene pandai2 explore sendiri, lambat sketla nk jadi pro.


Gewang baru brape ketul je ni, mata kail pun x cukup.. 


Apapun, aq harap dpt kuasai sket2 cara yg betul, sebab bila da abes cuti t payah sket nk pi memancing. Wish me luck! =)


p/s: ni salah satu  blog  yg 'meracun' aq blaja casting..  haha