Monday, January 30, 2012

Kumpau? Ada rezeki adelah..

Istilah kumpau atau 'tak dapat ikan' adalah satu istilah yang sinonim dengan kaki pancing (walaupun aq baru je blaja istilah ni). Dah menjadi adat kalau x dapat ikan bila memancing sebab banyak variable ketika memancing ni. Kalo aq wat programming pun leh pening.. haha.. Contoh variable, cuaca, warna air, kedudukan bulan, pasang-surut, tekanan udara.. dan banyak lagi. Jadi, formula untuk bersabar ketika memancing adalah, "kalau ade rezeki, adelah. Kalau tak ade, nak buat macam mana..". Formula ni kita boleh relate dalam kehidupan harian kita sebenarnya, cuma kita kadang2 payah nak terima realiti jika sesuatu yang buruk atau merugikan berlaku..



Anyway, setelah balik dari Ops Tasik Semenyih dalam entri lepas, aq pun merancang satu lagi trip memancing laut dengan ayah aq di port yang x asing lagi, Kuala Senggarang.. Trip berjaya dulu aq da cerita dalam entri 'Ikan di Laut'. Time tu kitorang dapat banyak ikan Gelama. So trip ni kumpau ke dapat? hehe.. teruskan membaca..


Sebelah sana tu betul2 kuala



Trip ni kitorang plan pada masa yang sama pertandingan memancing di pantai Punggur dan Pontian. Hal ini berikutan air pasang besar yang mana bagi aq memang sesuai untuk memancing. Jadi, kitorang plan nak gerak awal2 pagi. Namun, terlajak sket tido tu.. hehe.. Sampai kat Kuala Senggarang dalam pukul 9 gitu. Air time tu da mula pasang, rugi gak le, sebab buruan utama kitorang ialah ikan Sembilang. Sedap woo masak asam pedas. Sembilang ni tuan2 dan puan2, suka men2 tepi time air nak pasang dan juga air nak surut (merujuk kepada ayah aqla). Set memancing kitorang pun kitorang pakai set laut yang ringan je.Pengalaman aq cakap, kemungkinan Sembilang berada di tepi pantai berbanding tengah adalah lebih tinggi. Mungkin orang lain pengalaman dia lain, tapi itulah yang aq taw.. Dan ia juga bergantung pada.. Rezeki.. 


Time ni kosong, lepas tu...........


Kitorang pun start memancing.. 4 joran digunakan dengan menggunakan umpan umpun2. Tunggu punya tunggu tiba2 satu joran tu mengenjut, pastu putus.. Isy3.. Aq pun pelik gak, mudah sgt dia putus, suspeknya ikan pari. Letak lagi, pastu tiba2 putus, x de mengenjut pun. Sah, ikan buntal.. Memang keje diala putuskan tali ni.. Lepas tu baru dapat sekor ikan Gelama.. kecik je, tapi kalo goreng pun sodap.. hehe.. X lama lepas tu, datang 3-4 kereta datang memancing. Macam pesta dah. Ni belum pi pertandingan GP Joran tu, lagilah rapat jarak antara pemancing. Bros yg datang memancing kat sebelah kitorang time tu datang dari Rengit, set dia leh kata heavy gak la, skali baling jauh sket ke tengah, pakai umpan udang tak silap aq. Lepas tu dapat lagi sekor Ikan Gelama, yang ni besar sket. Puas makan.. hehe... Skali tu ade sorang daripada Bros berkenaan dapat, Beling rupanya.. Ayah aq ckp Beling ni tak leh makan, rupanya cam belut sket tapi ade gigi tajam, warna badan hitam dan di bahagian sirip dan ekor ada kemerah-merahan sket. Aq try cari kat internat gambar nate ni tapi x de plak. Aq pun x terlintas nak ambik gambar time tu nak tunjuk kat sidang pembaca sekalian.. isy3..


Ikan Gelama yg berjaya ditangkap


Apapun, beberapa lama kemudian, pancing hujung yang dibaling ke arah kuala berdekatan ngan area pokok bakau direntap kuat. Sah kene! hahaha.. <
Angkat2, ikan Belukang.. Ikan Belukang ni ialah spesis ikan dalam kelas Catfish. Kalo spesis dia kat laut dan kuala ni antaranya (Duri, Belukang, Sembilang). Kalo air tawar (Keli, Baung). AWAS, spesis catfish ni ada duri yg berbisa, baik2 pegang tu kalo x nak masuk hospital.. Namun, yg bestnya spesis catfish ni, bila dia makan, joran tu terosss melendut, mata kail sangkut. Kalau ikan yang bersisik biasanya dia sedut, pastu dia luah, tu tensen sket kalau ikan Gelama ni makan tapi x sangkut.. Berbalik pada ikan Belukang berkenaan, besar beb, hahaha.. sah, asam pedas balik ni..


Ayah aq, dgn anak2 Bros yg memancing sebelah, serta Ikan Belukang
Gambar x ready, okla, gambar ready rambut x best.. haha


X lama pastu air pasang betul, tapi cuaca plak tak brape best, angin bertiup kuat menghasilkan ombak besar.. So payah nak bezakan antara henjutan ikan dan ombak.. Setelah air surut sikit, kitorang pun bergerak ke arah kuala untuk tengok port lain dan try. Akhirnya jumpa satu port baik.. Memang lawa, kalo memancing time air pasang tadi, untung2 leh dapat Ikan Siakap.. Rasa rugi plak tak bawak gewang, kalo tak leh casting kat sini.. huhu.. Ringkas cerita, dapat lagi seekor ikan Belukang. Cukuplah untuk hari berkenaan.. hehe


Port no 2, air tengah surut ni, memang lawa 
Casting best ni... huhu


Kesimpulannya, memang boleh katakan terbaik.. (ala2 Boboiboy). Alhamdulillah.. leh wat lauk malam tu.. Kat sini banyak ikan Buntal, 6 set perambut, batu dan mata kail hilang macam tu je. Yang bestnya, dia putus tiba2 je. haha.. tekanan2.. Tapi itulah resam memancing.. sangkut putus dah jadi adat. Pasni aq ingat nak ready stamina nak memanjat plak, asyik turun memancing je, bila lagi nak memanjat ye tak? hehe..

No comments: