Monday, February 20, 2012

Hutan Lipur Gunung Belumut

Perancangan ke Gunung Belumut ini telah dibuat sejak trip Gunung Lambak yg berjaya dengan geng2 adik aq. Asalnya kitorang nak panjat Gunung Belumut, aq da siap wat research tentang persiapan mendaki ke situ. Antaranya ialah permit mendaki yg perlu dimohon daripada Jabatan Perhutanan Kluang, dan jika tak tahu jalan, kene dapatkan guide. Dari sumber yg boleh dipercayai, ade pegawai dari pejabat perhutanan dekat Gunung Belumut tu leh jadi guide. Namun, untuk apply permit tu kene ade list nama, dan aq pun kira dah terlewat buat persiapan.. So x jadi panjat, kitorang plan nak mandi je kat Hutan Lipur tu


Gunung Belumut


Perjalanan dirancang yg membawa kepada satu konvoi 4 motosikal dengan 8 orang penerjun gaya bebas dari Simpang Renggam, sedia untuk mempamerkan aksi masing2.. hehe..
Kitorang berkumpul sebelum bergerak dalam pukul 8 pagi melalui kawasan MARDI Kluang, bulatan ke arah mersing, lalu Felda Kahang Barat, masuk sket Felda Kahang Timur sebelum sampai di Hutan Lipur Gunung Belumut..


Kejadian tayar pancit melambatkan sket timing kitorang, namun bergerak secara konvoi nyata memberi kelebihan dari segi bantuan dan logistik sekiranya berlaku kejadian yg tak diduga. Setelah semua tiba di destinasi, kitorang pun bergerak mencari port mandi yg best.




Pemerhatian aq terhadap hutan lipur ni:
  • Berbanding dgn sesetengah hutan lipur yg tak ramai pengunjung, hutan lipur ni ternyata terkenal berikutan ramainya orang yg datang
  • Terdapat gerai jualan di sini pada hujung minggu yg menjamin kekenyangan anda selepas aktiviti2 yg melaparkan.. hehe
  • Meskipun terdapat banyak bakul sampah yg kosong dan peringatan secara aggresive oleh pihak Jabatan Perhutanan tentang sampah, masih ada pengunjung yg kekurangan sivik membuang sampah merata-rata.. (Memang x best la mandi kalau ade sampah mandi skali ye x?)
  • Sikap manusia yg x bertanggungjawab inilah yg menarik hidupan liar seperti beruk (besar woo.. lagi2 alpha male dia) untuk berada berdekatan hutan lipur ini mencari makanan free. Secara jujurnya kalau nate tu datang byk2 nak amek makanan aq, aq da lari awal2 da.. Sekor dua leh halau lagi.. ngee..
  • Da jadi kelaziman akan ade pasangan2 yg bukan muhrim berkunjung ke tempat2 mcm ni.. Yg ni memang aq x suka, x gemar. Aq igtkan bila kitorang dtg diorang nk blah, x gak, manela rasa malu diorang ni.. isy3..  Bila lagi satu group dtg barula diorang blah..



Ok, lepas tu kitorang pun mandi2 dan wat aktiviti terjun.. First time gakla aq terjun takde life jacket. Namun ternyata aq belum boleh nk terjun tanpa life jacket seperti di Jerangkang atau Berkelah sebab belum pandai berenang betul2.. haha


Salah seorang penerjun.. =)

Kesimpulannya.. Memang terbaik.. haha.. datanglah ke sini untuk menikmati keindahan alam sementara masih belum dilitupi dengan sampah.. huhu..


Peserta yg terlibat

No comments: