Sunday, February 12, 2012

Jarang-jarang kita nampak...

Nampak kepala jer..

Ce teka, nate ape tu? haha.. Klu? Nate tu berbulu dan berenang.. Taw tak? Bukan monyet.. Bagi orang yang selalu duduk dengan habitat dia, x hairan dengan nate ni. Tapi bagi aq yang jarang dapat datang habitat dia, inila first time aq tengok menatang ni secara live..


Memerang

Inilah dia memerang... Menatang ni aq jumpa kat Kuala Senggarang, port biasa aq memancing. Cuma kali ni aq duduk kat area2 kuala tu sendiri. Dah beberapa kali aq datang, x nampak pulak nate ni, kali ni baru nampak. Besar dia besar sikit dari kucing. Nampak cam garang, tapi bila kita dekat, cepat2 dia lari.. Ayah aq cakap, kalo ade nate ni, ikan x de. Namun, kalo ade rezeki, tak lari kemana.. Kitorang dapat gak beberapa ekor ikan dalam kelas 'boleh dimakan'. Kenapa boleh dimakan? sebab kalau kecik sangat x puas, dan ade beberapa spesis yang tak leh nak makan. Contohnya ikan ala2 belut iaitu Beling. Trip kali ni boleh katekan berjaya sebab tak pulang dengan tangan kosong. Dapat 2 Ikan Belukang, 2 Gelama dan sekor Gerut. 

Ikan Belukang (lihat duri berbisa pada sirip Pectoral dan Dorsal)

Tapi trip kali ni gak kitorang pecah rekod dpt spesis kelas 'pengacau' paling banyak. Aku sorang je dapat 5-6  ekor ikan ni. Ayah aku pun dapat 2-3 ekor manakala adik aku pun ada dapat gak. Ikan ni boleh makan, cuma kene pandai masak sebab boleh menyebabkan keracunan makanan.. Ikan ape? Tengok gambar kat bawah:

Bila dia tak marah
Bila dia marah.. haha..

Itulah dia ikan buntal.. Ni salah satu spesis ikan buntal je ea. Kalo ikan buntal Mrs Puff Spongebob tu kembang sume, yg ni kembang perut je.. haha..
Spesis ni aku kategorikan dalam kelas pengacau sebab dia banyak, suke putuskan tali, dan aku x leh makan sebab x reti masak. Cis.. Cis.. Cis.. hehe.. Kalau dia makan umpan je x pe, ni dia putuskan tali menyebabkan aku kerugian perambut dan batu serta mata kail.. Sekurang-kurangnya kalo dia makan n lekat, leh men tarik2.. hehe..


Kira berbaloila aku usung kamera kesana-kemari sebab dapat 'capture the moment cewahhh.. Tapi lepas tu ade sekor monyet jantan cuba curi ikan kitorang. Monyet ni kira otai giler sebab ayah aku cuba halau dengan parang pun dia x takut. Aku rasa monyet ni ialah Alpha Male dari group monyet yang ade kat situ. So kitorang pun blah sebelum dia panggil geng attack ikan kitorang.. Penat woo mancing, kalo kene curi x berbaloi.. haha..

2 comments:

siti said...

wala~! cool gile bila ikan buntal tu kembung!

SimPanG said...

haha.. aq pun x sangka dia kembung camtu..