Friday, May 25, 2012

Caving @ Gua Batu Maloi

Dari hiking, wall climbing, jalan2 air terjun, memanjat pokok.. dan beberapa lagi aktiviti yg pelbagai, kali ni aq nak cuba pula caving..




Pada awalnya kitorang (MWAC) bercadang nk buat caving ni di Gua Damai, Batu Caves. Tapi disebabkan beberapa kesilapan dan pengaruh member untuk try caving kat Gua Batu Maloi, kitorang pun ingin mencuba aktiviti di sini..


Gua Batu Maloi terletak di Negeri Sembilan, di antara bandar Johol dan Tampin (rujuk google map). Perjalanan dengan bas lebih kurang 2jam lebih dari Bandar Sunway. Merupakan gua di bawah kawasan pentadbiran PERHILITAN yg korang kene daftar sebelum masuk. Perkhidmatan guide adalah perlu, unless korang adalah orang yg hardcore dan tahu selok belok gua dan pasang surut air sungai.. Air sungai ade pasang surut? ada~ (aq pun baru taw.. hehe)


Kitorang menggunakan khidmat Abang Zainul sebagai organizer tempatan, yg menguruskan makanan (sedap woo), khidmat kamera, guide dari Perhilitan dan 1st hand information. Kitorang buat trip caving ni bersama group yg dikenali sebagai AWAN. Closed group yg salah satu objektif utama diorang adalah untuk BELAJAR tentang keindahan ciptaan Illahi di bumi ini. Aq tertarik dengan group diorang ni, namun aq nak belajar banyak benda lain yg tak memungkinkan untuk join diorang buat masa sekarang..


Time briefing


Terdapat banyak spesis flora dan fauna di sekitar gua ni, dan menurut guide tu, di situ merupakan habitat Cipan @ Tapir @ Tenuk. Memang payah nak jumpa, ade rezeki, adelah jumpa.. Kalo tak, leh cari kat zoo.. hehe. Selain tu terdapat beberapa jenis katak yg dikatakan spesis baru, dan Abang Zainul ni memang cari katak2 ni untuk dokumentasi dan kajian yg dilakukannya.


Oleh kerana kitorang ni ramai (17 orang), dan masa yg terhad. Kitorang buat 12 check point daripada 24 CP (lain kali aq plan nak habiskan sume CP ni). So, bagi yg nk dtg, korang datang sikit2 orang, boleh habis 24 CP dlm masa 3 jam.. Kalo ramai kene tunggu orang belakang, tu yg lambat tu. Mula2 masuk tu memang excited sgt, yela, first time masuk gua. Lagi2 gua ni ada air sungai yg melalui dibawahnya, so kitorang memang mandi sungai dan caving dlm masa yg sama.. Best woo.. haha




Mula2 memang rasa payah sket nak lepas tempat2 sempit dlm gua ni, tapi bila korang da taw caranya, senang aje. Tips mudah; lakukannya dengan cara mengiring, nescaya lepas walau sempit mana ruang di situ. Tak lama pastu, ada satu kawasan yg budak perempuan boleh skip halangan tu, tetapi lelaki kene lalu. Halangan ni memang menguji urat saraf claustrophobic aq. Memang kene menyelam, x boleh lepas kalo nak timbul kepala gak. So, dengan kentalnya aq lawan ketakutan tu dan teross lepas. haha.. Tempat memang salah satu tempat yg memorable bagi aq..


Cano nak lepas ni? haha
Timbul bergaya ala2 Rambo


Bau dalam gua ni memang hancing. Sebab apa? Sebab satu koloni kelawar dok dalam gua ni. Kalo orang depan tu bolehla tengok dia dok tergantung ramai2. Orang yg dok belakang mcm aq ni, tinggal sekor dua je sebab yg lain dah lari. haha.. Lagi satu halangan yg aq rasa susah sket ialah halangan air terjun, time ni dekat nak habis CP 12. Rasa melemaskan bila air banyak2 menderu ke arah muka korang, lepas tu kene pijak plak batu yg tersembunyi sebelum naik atas. Memang challenging wa ckp lu..




Walaupun kitorang abes lebih kurang dekat 3 jam dalam gua ni, rasa tak puas tu ada lagi cz kitorang x dpt abeskan sampai CP 24. Haizz.. Memang kene datang balik. Walaupun yg demikian, kitorang dapat pengalaman dan ilmu yg best berkaitan caving. Terima kasih kepada semua yg terlibat, semoga kita jumpa lagi.. =)



Posing sket

4 comments:

siti said...

ini menarik!! :D

Dhiya Nadia said...

nk tnye...klu nk g gua maloi ni..kte kne kol2 pjabat perhilitan..pas2 owng2 kat sne akn uruskan spe yg akn guide kte ke? kowng bermalam ke kat sne? ley cte2 cket x kos2 yg kowng kne bayar tuk wat aktiviti 2..cam bes je..nk try r :)

SimPanG said...

siti: memang menarik.. kene try baru taw.. haha

SimPanG said...

Dhiya: kitorang menggunakan khidmat organizer utntuk caving ni. Organizer ni akan uruskan permit, guide, senang kira semualah. Untuk kos2 ni kene kontek organizer berkenaan..

Nama beliau En. Zainul, 0123014332.

Kalau dia tanya dari mana taw, ckp Amirul, monash sunway.. =)

btw, organizer ni pro bab2 abseiling, top rope sume. Boleh je mintak diorang organize, cuma kene sediakan pulusnya ajelah.. haha