Saturday, June 9, 2012

Gunung Liang Barat & Timur

Trip ke Gunung Liang kali ni dianjurkan oleh group Outerrange Adventure (ORA), merupakan kali kedua aku ikut group ni dan memang berpuashati dgn penganjuran diorang. Trip sebelum ni yg aku ikut diorang adalah ketika memanjat Pine Tree Hill setahun lalu. Trip ni taklah sebising dulu cz geng2 diorang takde, yg ade basic line up iaitu Padi dan Ajid serta guide Husain. So, mungkin trip dgn ORA lps ni akan meriah sket. Walaubagaimanapun, Kak Sha dan Kak Nadia tetap memeriahkan suasana.. haha...
Siap2 nak mendaki


Berkumpul di Stesen LRT Gombak, kitorang bergerak dgn kereta secara carpool. Trip kali ni memang keje aku buat kawan je, sebab sume orang aku tak kenal kecuali penganjur. Haha.. So, secara tak langsung, makin ramai la geng2 memanjat di facebook. Kebanyakan diorang ni memang otai, ke semua memang otai cz diorang dah naik at least satu G7 kat Malaysia ni. Pergh, tercabar beb.. haha.. So, azam aku pasni ialah jaga stamina, dan cuba buat salah satu G7 tahun ni. Insya-Allah..

Kitorang sampai di starting point dalam pukul 8 pagi, parking kereta kat port yg sesuai dan terus stretching. Kemudian sesi taklimat oleh penganjur tentang perjalanan kitorang pada hari tu dan esoknya. Ada dua entry point ke Gunung Liang ni, kitorang menggunakan pintu masuk melalui empangan Sg. Dara. 




Dari starting point ke Lubuk Hantu mengambil masa lebih kurang 2 jam. Kitorang bergerak awal pagi so keadaan lembab dan tentulah mengundang ramai pacat. Haha.. X leh duduk kejap, ade je yg nk menumpang. Sepanjang perjalanan ni ade banyak anak sungai so boleh topup air kat anak2 sungai ni. Secara asasnya trek biase je, kalo ade mendaki pun jenis biasa2 punya. Kitorang sampai kat Lubuk Hantu tu dah nak tengah hari, so mkn dulu, refill air kat sungai pastu berendam..




Aku perhatikan ramai tak mandi-manda dan berendam kat Lubuk Hantu ni. Ingatkan diorang tak suka mandi, aku rase (perception) diorang nak jaga otot kot. Sebab bila aku start mendaki balik, otot kejang beb.. Jalan sket, kene stop, jalan sket kene stop. haha.. Pasni kalo jumpa sungai time hike aku nk men air je dulu, time balik baru mandi puas2. Kat sini gaklah satu dahan pokok tiba2 patah lalu jatuh. Naseb bek pangkal dahan tu kuat, menyebab kan dahan tu tergantung, kiranya dahan tu swing jela. Betul2 dahan tu swing atas kepala aku, kalo patah betul, da kene hempap da aku dengan dahan tu.. isy3..


Killer dahan.. bunyi mcm mercun time patah


Lepas makan, ade 4 jam perjalanan ke kem 7E. Memang trek tak bagi can langsung, pacak. Lemah semangat woo.. Dengan otot yg kejang, aku berkawad slow2 sampailah kem 7E. Sebelum ni aku da usya da blog2 orang pasal Liang ni, memang sume cakap pacak. haha.. Ade satu lagi group naik dgn kitorang aritu, group Uncle dan Aunty Chinese. Diorang ni kental woo.. Tak mcm kitorang yg bantai jln pastu bantai rehat, diorang jln slow2 tapi constant. Kagum gakla dgn cara diorang tapi nak start buat dah tak larat da. Haha.. Last2 sampai gak ke 7E.


Group lagi satu
Water point kat bawah tu


Sumber air kat 7E ni ade kat bawah permatang. Tak jauh, 2-3 minit turun dari campsite cuma sumber air tu kecik jela, nk berendam tak patla.. haha.. Tidur kat permatang ni malam2 sejuk woo.. Kitorang tido rapat2 pun boleh nyenyak walaupun x leh golek2. Kitorang gerak ke puncak awal, pkul 5 pagi. Ke puncak memang solid 2 jam. Pacak gak woo.. Tapi nseb bek gelap, tak mental.


Puncak barat
sunrise


Setelah kira2 2 jam, akhirnya kitorang sampai gak ke puncak barat. View sunrise memang cun. Ade beirut kat sini dan pada pendapat aku boleh je kalo nk camp kat sini. Cume keadaan kat sini sejuk sangat.. 18.7 darjah Celcius. Mungkin member2 yg study oversea tu ckp 18.7 ni ciput je, tapi bagi aku sejuk kot. Haha.. Kalo ade rezeki nanti aku try rasa sejuk kat oversea plak. Puncak barat ni open, so bolehla nk tengok skeliling tanpa halangan. Tapi, kat puncak timur yg berkedudukan 5 minit dari puncak barat dilitupi pokok2. Yg pernah naik Irau ckp mcm kat Irau, aku x pernah naik so x taw sama ke tak..


Panorama view, Liang West (sori besar sgt, kecik2 x nampak.. haha)


Tak sedar dah membebel byk sgt, so kesimpulannya trip ni berjaya tanpa sebarang kecederaan serius fizikal mahupun mental. Syabas kepada ORA, kalo ade rezeki, lain kali aku ikut pi tempat lain plak. Terima kasih kepada semua yg terlibat, semoga kita jumpa lagi. Adios...


Berikut ialah anggaran Timeline Ekspedisi (mengikut pace aku);

Ekspedisi Gunung Liang Barat dan Timur (2-3 Jun 2012)
2 Jun
8.00 pagi   Tiba di starting point, regangan dan taklimat
9.00 pagi   Start trekking
11.00 pagi   Tiba di Lubuk Hantu, makan tengah hari
12.30 tgh     Start trekking ke kem 7E
4.10 ptg       Tiba di kem 7E, rehat, bersihkan badan, memasak
3 Jun
5.15 pagi   Start trekking ke puncak
7.05 pagi   Tiba di puncak barat, ambik gambar sume, solat
8.15 pagi   Start turun
9.57 pagi   Sampai kem 7E
10.30 pagi   Start trekking ke Lubuk Hantu
1.05 tgh     Sampai, mandi, makan tengah hari
2.30 ptg     Start trekking ke starting point 
4 lebih       Sampai...

4 comments:

sab said...

lor.. nih join ORA la ari tu ek.. taw pasal trip nih.. tp xtaw apesal xjoin trip liang nih.. clash gn trip laen kot.. huhuhuhu

SimPanG said...

aah, trip yg aritu.. clash dgn trip mane ek?

Anonymous said...

salam tuan,

nak tnye la, tuan g liang EW neh sapa yg bawak ek(guide)ada contact number x?cdg2 cadangannye nk ke liang jgk neh.

SimPanG said...

wassalam..

saya pi dengan group ORA (Outerrange Adventure). Jika tuan nak pi, tuan boleh search nama group tu dekat fb, dan tanya pada En. Mohd Amiruzami