Tuesday, July 3, 2012

Gunung Rajah

Pembuka Bicara



Disebabkan pembatalan trip V1, aku pun memutuskan untuk pergi ke event alternatif, Gunung Rajah. Dianjurkan oleh Silver Outdoor Sport (SOS), ternyata trip ni mengajar bahawa aku masih belum tough untuk pi V1.. Tensi2.. haha.. Kiranya ada hikmah la trip V1 tu terbatal.. huhu.. X pe, masih boleh train lagi.

Mula2 trip ni member aq yg invite, tapi dia tak dapat pi. Pastu ternampak plak geng, Cikgu Arman dan Danial nak pergi.. So, secara automatiknya aku pun nak ikut skali lah. Selain diorang semua orang aku x kenal, (kecuali amin n abang dia yg tiba2 muncul) gogo pun aku x kenal. Haha.. Alhamdulillah, lepas trip ni bertambahla geng2 mendaki aku.. 

Permulaan

Berkumpul di stesen LRT Gombak, kitorang bergerak ke Bentong dlm pukul 11 lebih. Sampai kat pekan Bentong, makan KFC dulu pastu bergerak ke starting point di Air Terjun Chamang. Sampai kat situ dlm pukul 2 lebih, tido2 ayam jap sebelum bersiap untuk mendaki.. 

Air Terjun Chamang - masa turun

Secara asasnya beban untuk trip kali ni telah aku tambahkan berbanding trip lepas, sebagai persediaan untuk trip yg dok lama dlm hutan. X boleh angkat berat terus x pe, sikit2 kita latih badan untuk angkat haversack yg beratnya entah mcm apa da. Lama2 bolehla challenge gogo ye x? (Serius gogo kali ni mempunyai beg yg terbesar dan terberat pernah aq tgok, memang patah tulang aku kalo nk bawak mcm tu.. haha) Bak kata pro, pilih beg yg kita boleh angkat beratnya.. Kalo terberat sgt payah nak memanjat, tak boleh nak seimbangkan dgn badan.
Trip kali ni disertai oleh 26 orang peserta yang hebat2 belaka. Semua memang best la, boleh jadi geng buat OT. hehe.. Setelah stretching, bacaan doa dan taklimat oleh gogo Jejai, kitorang pun memulakan perjalanan..

CP 1* (ke Pintu Rimba)

Menggunakan jalan belakang pondok kat area Air Terjun Chamang, kitorang mendaki selama 10 minit secara pacak sebelum ke trek balak. Macam nak ke Bunga Buah gakla, awal2 tu pacak sket. Kitorang start mendaki dlm pukul 5 pagi gakla, plan awal start pukul 4. Sebagai seorang pendaki yg selalu cramp sebab jalan laju, aku pun dok tengah2, dengan Cikgu Arman. Cikgu Arman awal2 je dia relax, skali dia laju, hilang tross.. haha.. 
Bila da sampai jln balak tu ada dlm sejam ke Pintu Rimba, area yg mana jalan balak berakhir. Mula2 jalan tu rasa berat sket badan, bila badan dah sedap, mulalah melangkah secara laju sket. Time ni aku dok group depan, yela semangat lagi kan. X lama mendaki tu ada loji air kat sebelah kiri, pastu ada line paip belah kanan, pastu ade mencanak sket, rumah orang asli di kiri dan kanan. Awas, ada anjing. Time kitorang naik boleh plak diorang melolong mcm jumpa hantu, dgn x pandang kiri kanan, laju je aku naik. haha..
Lepas tu sampailah di Pintu Rimba. Ada batu kat sini yg boleh dibuat tempat rehat.
Time sampai sinilah baru aku mendapat berita yg x best langsung, kaki aku melecet. Pergh, bukan melecet biasa, tapak kaki punya, dua2 kaki dan besar plak area tu. Mungkin disebabkan aku pakai kasut yg bukan kasut biasa aku hike, ataupun stokin tu da usang. Mula2 nak bajet cool, pastu x boleh belah de. Pijak skali, pedih skali, pijak 2 kali, pedih dua kali. Adeh.. Tapi Allah bagi kekuatan untuk aku teruskan gak, x nakla susahkan orang pasal kita sorang ye tak? Disebabkan melecet inilah, aku x mengantuk time hike, haha..

*CP atau check point yg dinyatakan hanyalah tahap2 yg dibahagikan mengikut fasa pendakian penulis. Ia mungkin berlainan dgn CP bagi pendaki lain

CP2 (ke Simpang Y)

Tak lama lepas berjalan dari Pintu Rimba, ada anak sungai yg kitorang guna untuk berwudhu' dan solat subuh. Lepas tu jalan landai mendaki sket. Ade kesan2 tayar motor yg menunjukkan trek tu x delah susah mane, moto pun boleh lepas. Mempraktikkan taktik aunty Cina time naik Liang, aku pun jalan slow tapi steady. Tak nak stop langsung kecuali orang depan stop, ade tu saje je memotong diorang. haha.. Dalam pedih2 tu tetap gakla kaki melangkah. Lepas tu jumpa satu simpang 3, amek kiri. Lepas tu sampailah di Simpang Y. 
Kat sini merupakan sungai yg kitorang stop untuk sarapan. Time ni dah dlm pkul 10 pagi. Yg dpt batu landai tu bestla tido, yg lain pi main air. Nak puji gakla chef ekspedisi kali ni, hanya beg dia boleh challange gogo, naik puncak pun dia bwk gak set dia tu, tanker abes..



Sengih menahan pedih.. awww


CP3 (ke Lata Naning)

Lepas Simpang Y trek agak tough dan ade part yg mencanak. Tough sebab bwk haversack yg berat la, kalo free body je memang leh je lompat2.. haha.. Trek yg ni ade halangan2 biasa mcm pokok tumbang, akar kayu, anak sungai. Kene sabar time lalu trek ni cz ade lagi susah pasni. Last2 sampai gak ke Kem Lata Naning. Kitorang set up fly, ground dan khemah kat sini sambil makan tengah hari.. Air terjun kat sini memang lawa. nak tiruk pon boleh tapi tgok tempat la.





Ke Puncak Rajah

Dlm pukul 2 petang kitorang start bergerak ke puncak. Expectation memang kene berjalan malam cz ke puncak je 4 jam, patah blik lagi.. Memang kene Over Time. Berjalan secara free body meringankan sket beban kitorang. Kira senang sket la nk berjalan kecuali aku ni la yang pakat merasa pedih melecet. Seksa woo.. rase x nak pi puncak pun ade, nak tido je kat campsite (mental2.. haha). Dah lama berjalan menyusuri tepi sungai, menaik, menurun tapi banyak naikla.. Akhirnya sampai kat Kem Hijau. Kem Hijau ni pun campsite gak. Ade sungai kat bawah tu. 
Lepas tu trek mencanak. Naik dan naik dan naik... Sampai kat satu tempat tu namanya ade orang ckp Kem Bonsai, ade ckp Kem Permatang, tapi aku datang ade tergantung kertas tulis G3. Mane2 pun boleh, yg penting, dari sini nampak puncak Rajah, dan nampak jugak batu yg terdedah yg kitorang kene panjat japgi.. Yg dah lepak tu terasa lah mentalnya.. haha

Serangga kayu

Muka penat


Puncak Rajah disebalik awan

Dari situ, trek menurun pastu mencanak naik. Skali mcm area tali kat Gunung Ledang da. Cuma yg ni curam lagi. Pergh, men rock climbing sket.. Pastu area akar yg 80 degree, pastu baru jumpa Last Water Point. Air kat LWP ni memang air herba. Air akar kot, entah2 lumpur. haha.. kaler kuning dan rasa pait2 sket.
Dari LWP ade 45 minit ke puncak, naik dan naik dan.. sampai gak kat puncak.. Yg x bestnya berawan plak sekeliling tu, yela hari hujan kan. Chef siap bwk tembikai susu, licin.. masak mee, licin.. siap orang mintak extra lagi. haha..

Puncak!

Over Time

Merujuk tajuk di atas, adalah sah kitorang kene OT. Pukul 8 baru start turun puncak. Aku yg x de jaket dgn glove ni da sejuk abes. Dgn basah dek hujan, terpaksalah menumpang simpati body heat member2 yg sama2 x bawak jaket. Nk harapkan yg da bwk jaket, tergolek guling2 pun belum tentu diorang nk bukak jaket bagi kitorang ni. haha.. Kalo awek2 yg kesejukan tu lain la, cepat aje bukak.
Time ni ade 4 orang tak naik puncak dari 26 tu. 2 orang memang x gerak ke puncak, tunggu kat kem, 2 lagi sangkut kat LWP. So, dari puncak ni kitorang bergerak rapat2 turun ke LWP. Kemudian turun ke area bertali tu. Kat sini la memang lama gila abes masa. Kene turun slow2 sebab licin dek hujan, pastu gelap, pastu letih, memang pakej. So, dari situ kitorang memulakan perjalanan yg jauh~ ke kem. Dari atas tu yg x injured chill jela, paling2 pun saket lutut. Yg injured tu awal2 dah mental. Aku x mental sampailah lepas kem hijau. Bila lepas kem hijau tu akan turun ke satu area lapang sket, pastu akan turun ke trek tepi sungai. Dari trek tepi sungai tu patutnya tak jauh dgn kemsite. Tapi kitorang rase jauh~ gilo. haha.. Sume jalan da mcm zombie da. Trek kejap turun, kejap naik. Aku x perasan plak time naik tadi, bila mental sume menda jadi payah. Sebab tu penting kene train emosi ni, bukan fizikal je.
Jalan punya jalan tak sampai2... Memang haizzz... Aku takut kene main je sebab time kat batu tadi ade yg mulut cabul. Bila masuk tempat orang ni kene jaga sket mulut, sedap mulut dia je nk mengata.. Gasakla lagu tu.. Sume orang mental time tu, isy3.. Last2 sampai gak kem.. Time tu dah pukul 1.15 pagi..

akibat OT



Finale

First time aku mandi air terjun tengah malam buta. haha.. X best kot tido badan busuk2. Lepas mandi jadi segar plak, so terus je tunggu chef masak dinner yg jadi supper skali. Memang terbaik yeop. Dah kenyang, tido pun senang.. Esoknya lepas mkn tengah hari baru kitorang gerak turun, sampai ke bawah..

Pintu Rimba - balik

Secara kesimpulannya trip ni memang terbaik lah. X ada insiden yg x diingini, semua pun best, sporting. Tahniah la kpd pihak penganjur dan semua yg menjayakan ekspedisi kali ni. Semoga kita dpt berjumpa lagi pada masa hadapan.. 

Pict credit to Boboy Danial Azman
p/s: Lepas raya ni nak buat CBL, harap2 jadi la.. Hehe..

2 comments:

Unknown said...

nt sy nak hiking kat snie. rse debar2 yg teramat. sbb rmi ckp tuff trek dye..

SimPanG said...

Eh, sori x perasan komen (da dekat setahun da, haha)

Lepas kem lata naning, dgn ke puncak yg pacak sket. Yg lain ok je.. Ni saya nk pi panjat balik Rajah ni