Tuesday, November 20, 2012

Ekspedisi Gunung Tahan 2012 - part 1 (persediaan)

Salam dan selamat sejahtera..

Dah berhabuk da blog aq ni. Bukan x nak update, kebanyakan aktiviti yg aq wat merupakan aktiviti yg berulang, so x best la nk post topik pasal aktiviti yg sama kan? Kita citer kisah baru la kan? kan2? haha..

Alhamdulillah, aq dah berjaya menakluki puncak tertinggi kat semenanjung iaitu Gunung Tahan. So, cerita kali ini akan terbahagi kepada 3 part; 1) persediaan 2) pendakian (merapoh / kuala juram-puncak) 3) turun (puncak-kuala tahan). Kenapa buat cmni? sebab kalo wat panjang2 nanti orang boring, x best nk baca, haha.. aq pun x berapa pandai bercerita, so biarlah begini penceritaannya..


Gunung Tahan merupakan gunung yang menjadi idaman aq sejak didedahkan kepada aktiviti mendaki ni 4 tahun yg lalu.. So basically aq da apply dengan ayah aq untuk naik gunung ni sejak 3 tahun yg lepas, cuma skrg barulah dapat pi.. Dulu dia memang x kasi, mungkin sebab pengalaman dan equipment pada masa tu yg x cukup. Sekarang ni, bila sume da so-so, dia beralah sket la.. haha.. Mak aq rilek je, ayah aq yg risau lebih.. Mungkin pengalaman dia masuk hutan dulu2 wat dia risau kot, yg penting, kita kene bersedia dengan segala kemungkinan


Bila dah sah aq akan menyertai Ekspedisi Gunung Tahan pada 9-16 nov yg lepas, aq pun mulalah bersiap-siap dari segi mental dan fizikal serta equipment. Mula search log2 dan blog org yang dah pernah panjat tahan ni. Maklumlah, kita kene ade maklumat setepat yg mungkin. Bila kita ade maklumat yg cukup, kita akan lebih bersedia. Terutama sekali dari segi cuaca dan bentuk muka bumi yg kita akan lalui. Kalo x bersedia, mental leh down woo, tengok x abes2 pacak, turun naik.. lagi2 bila kene OT (over time) iaitu berjalan malam...

Dari segi fizikalnya, aq leh katakan aq hanya wat training biasa je, iaitu memanjat bukit broga. Plan asal memang nk jogg, tpi keadaan cuaca petang yg x mengizinkan dan pada masa tu da dekat exam membantutkan usaha berkenaan. Memang aq berharap pada adrenaline rush jelah, gamble abes.. haha..

Dari segi mental, aq study lah review2 org pasal trek Gunung Tahan ni, pastu try hafal peta lakar dan keratan rentas. Kena taw kat mane tempat yg akan menyeksa jiwa dan raga supaya leh pujuk diri untuk teruskan pendakian.. Bukan senang, tapi x mustahil.. Bagi yg belum pi tu, pujuklah diri anda untuk terus melangkah, ahaks. 
Equipment, kelengkapan asas kene ade la. Contoh; sleeping bag, sweater, toiletries, carry mat, emergency supply dan juga, gula2 dan coklat. Gula2 dan coklat inilah yg akan memastikan anda bertenaga ketika lapar time trekking nanti. Ekspedisi kali ini merupakan trip pertama aq tido hammock. Sebelum ni tido ground je, haha.. agak gayat gak la mula2 tu, dan aq masih belum suka betul dgn tido di hammock ni, aq lebih suka tido kat ground je. Terima kasih kepada incik Bujal kerana mengajar aq tido hammock, haha.. cz di campsite yg tapaknya berlumpur, x sanggup tido ground, tido hammock lagi layan.. XD

Sebagai seorang first aider yg bertanggungjawab (aq da pi kursus asas first aid kot, haha), aq pun bwk la triangle dan sedikit ubat sapu serta handy plus. Handy plus yg bagus adalah yg kaler jernih atau putih, kerana gam dia x memberi kesan kepada kulit. Kalo pakai yg kain tu x berapa bagus mengikut kata cikgu first aid aq.. First aid kit yg diorder dari groupun x sampai lagi, so pakai jela ape yg ada. 

Ini juga kali pertama aq prepare medication2 yg biasanya aq x beli. Bukan ape, sebagai persediaan diri sendiri.. Aq membeli beberapa ubat dari jenis painkiller iaitu Ponstan dan Paracetamol. Paracetamol ni kita beli yg brand panadol lah, senang sket nk dapat. Cth; panadol actifast dan extend. Ponstan tu kene mintak kat farmasi, dan lebih baik jika kita beli skali antacid. Kerana ponstan ni bersifat asid, perlu dimakan selepas makan dan jika terdapat reaksi pada perut, maka antacid lah yg akan neutral kan ketidak-seimbangan dlm perut kita.. (AWAS: ponstan tidak sesuai dimakan oleh org yg ada gastric)

Selain painkiller, aq da research pasal ubat allergic, muntah2 dan cirit-birit. Namun, disebabkan aq rasa x berapa perlu, aq pun membatalkan niat untuk membeli ubat2 ni. Kalo korang nk beli boleh gak, sebagai preparation, x salah bersedia. Lagi2 orang yg ade allergic tu, memang patut sangat standby ubat2 cmni.

Lagi satu, haversack anda kenelah bersesuaian dgn trip, jgnlah kecik sgt, nanti x muat.. huhu.. Aq punya tu pun kecik gak, nk kene beli yg mahal sket, besar sket cz aritu aq tinggal dapur gas peribadi kat umah. Bila memanjat, menyesal x sudah. Yelah, sekurang-kurangnya leh masak air panas sementara tunggu org belakang.. isy3.. Kesimpulannya, bersedialah dari segala kemungkinan.. jgn wat cincai je trip lama2 kat hutan ni..


Antara barang2 yg dibawa



4 comments:

siti said...

nampak berat barang2 tu.
btw tdo hammock bunyi menarik! :D

SimPanG said...

org lain punya beg lagi berat.. haha

yup, tpi aq lebih suka tido atas tanah

Anonymous said...

Encik.. Saya nak ke gunung tahan juga. Macam mana nak buat booking untuk guide ? Kamu ada nombor? boleh email kepada saya di ivantan8080@gmail.com ?

SimPanG said...

Untuk booking guide, encik kena berurusan dengan Taman Negara

boleh rujuk http://www.nre.gov.my/Malay/EkoPelancongan/Pages/TamanNegaraPahang.aspx