X pernah-pernah den tido seat baring.. haha |
First, bila naik kereta api tu kitorang ditempatkan di seat katil. Pergh, first time woo naik kereta api dpt tido baring.. haha.. sebelum ni dok kat seat duduk je, yg memang terkenal dgn x berapa nk selesa untuk tido tu. Memang sayang betul kitorang dgn gogo time tu, kerana ape? memahami keperluan kitorang.. thumbs-up kepada gogo. So, bila tido kat seat katil ni, boleh katakan memang selesa sgt lah, jika dibandingkan dgn orang yg dok tido kat seat biasa, di tengah2 lampu yg terang-benderang tu.
Plan awalnya kitorang x turun kat merapoh, kalo x silapnya turun kat gua musang. Tapi kebetulan kereta api tu isi air kat merapoh, ape lagi, terjun le.. haha.. Pagi2 dah wat aksi ekstrem, mungkinkah ini petanda baik? XD
Lepas bersarapan sket, kitorang pun bungkus mkn tengah hari dan bergerak ke pejabat Taman Negara Sungai Relau untuk isytihar barang2 yg dibawa masuk seperti plastik2, gas dan sebagainya. Prosedur ni bukan baru bagi aq cz da biasa buat time panjat Ledang dulu.
Bergambar sket.. |
Ok, bab pendakian ni kitorang buat 3 hari dari starting point di Kuala Juram iaitu pintu masuk Merapoh. Kitorang wat in average hike dlm 8 jam satu hari pada hari kedua dan ketiga. Hari pertama kitorang hike kejap je, cz kitorang start mendaki pada pukul 1 tengah hari.. Memang santai abes lah, cz ade org buat 2 hari hike dari Kuala Juram tu, kitorang leh wat 3 hari plak. haha.. yg pasti, 3 hari hike ni x kene OT..
Time ni sume bertenaga lagi |
DAY 1: Kuala Juram - Lata Luis
DAY 2: Lata Luis - Belumut
DAY 3: Belumut - Puncak Gunung Tahan
DAY 1
Sepanjang perjalanan ke Lata Luis, kene lintas beberapa sungai, yg paling dalam aq rasa paras peha aq walaupun aq ni dalam kategori bonsai, haha.. Trek biasa2 dengan turun dan menaik dlm keadaan yg average lah. Standard trekking biasa. X lama lepas kitorang start jalan, hujan mula turun.. Pada masa tu kat kawasan berkenaan memang petang je hujan, pagi adelah panas sket2.
Lintas sungai |
Bila kitorang sampai kat Lata Luis, guide kitorang iaitu Azman aka Abg Man decide untuk camp kat situ. Plan asal nk bermalam kat Kem Kor, tapi kitorang x lepas cz paras sungai seterusnya terlalu tinggi, x bagi kitorang lepas.
Guide kitorang ni pun memang terbaik lah, sporting abes, haha.. Memang masuk lah dengan kitorang ni yg baru kenal antara satu sama lain. Aq pun belajar tido hammock kat kem ni, bagi aq rasa tido hammock dgn ground sama je. Mungkin aq lebih suka tido ground cz boleh tido rapat2, kalo hammock tido bertingkat, so x leh nk panaskan badan melalui sentuhan. Sejuk tido kat hutan ni, lagi2 tido gunung. Untuk lebih selesa, suhu tu kene just nice lah. haha..
DAY 2
Kitorang start trekking pada pukul 8.30 pagi, matlamat asal pada hari ni adalah Kem Bonsai. Sebenarnya pada masa yg sama ade group dari UTM yg buat merapoh-merapoh dan memulakan pendakian pada hari yg sama. Diorang lepas ke Kem Kor lah, kitorang sangkut kat Lata Luis. Perjalanan Lata Luis ke Kem Kor ade pacak sket2, dan laluan dah mula jadi mencabar. Basically laluan ni akan jadi pemanas badan kerana lepas Kem Kor, memang akan banyak pacak sampailah ke puncak. So, mental dah kene set kepada level hardcore lah. haha.. kene set kepada jgn cepat mengalah.
Kem Kor |
Bila kitorang sampai ke Kem Kor, group UTM tu baru je gerak, katanya diorang akan bermalam kat Kem Kubang, so kitorang ade chance nk potong diorang la ye tak? haha.. Namun, diorang tu lagi champion sebenarnya, laju abes. Bullet train kitorang x jumpa pun diorang ni, hebat kan? haha.. Maka, tatkala petang menjelma, turunlah hujan mencurah2 kat kitorang, menjadikan jalan licin dan becak serta kesejukan melanda. Bila sampai kat Kem Kubang, group UTM tu x de. Aik? kata nk kem kat sini? Most likely diorang bermalam kat Kem Belumut. Kem Belumut tu pun x jauh dari Kubang, 1 jam je. Yelah, lagi senang diorang nk gerak ke puncak esoknya.
Kat Kem Kubang ni kitorang pun mkn tengah hari yg pada masa tu da petang, haha.. mkn megi, roti dan biskut2. Layan woo mkn megi sejuk2 ni. Lagi2 megi kari.. pergh.. Lepas mkn, kitorang pun bergerak dgn matlamat untuk sampai ke Kem Bonsai. Bila sampai kat Kem Belumut, group UTM tu dah pasang khemah sume. Kitorang igt nk terus shoot ke Bonsai, tapi guide x bagi. Setelah berbincang sume, kitorang pun bermalam kat Kem Belumut. Kat sini memang becak, so aq pun layan tido hammock lagi.. X sanggup biarkan carry mat ku terkena lumpur, ahaks.
Kem Belumut |
DAY 3
Sedang siap2 untuk mendaki, tiba2 perutku rasa sakit. Ape lagi, pi menggali la, mcm kucing plak rasanya. haha.. lepas siap sume, aq pun menanda kawasan 'periuk api' berkenaan dgn kayu. Jgn x tanda weyh, kesian member lain yg mempunyai hajat yg sama, tergali 'periuk api', haru jadinya.. isy3.. Group UTM tu awal2 lagi dah gerak, tpi kitorang ni rileks je, x pressure langsung. Gogo pun chill je.. haha.. Bila gogo chill, guide pun chill. Santai abes..
Perjalanan kami pada ketika ini memang banyak membajak, kenapa membajak? kerana banyak lumpur dan selut yg perlu ditempuh. So bila kasut tu terbenam, secara x langsung kitorang akan membajak kawasan berkenaan.. hehe.. Kadar pacak memang pada takat x sanggup nk pandang atas, mental abes.. haha.. Aq pun menggunakan taktik jalan slow and steady serta kawalan pernafasan. Alhamdulillah memang berkesan. Buktinya? Aq merupakan orang pertama sampai ke Kem Bonsai dan Bukit Botak (sebenarnya jadi lagu tu cz org lain sibuk amek gambar.. ahaks)
Kat Kem Bonsai ni lah, guide memberi resipi rahsia kesedapan megi kari beliau, iaitu letak daun kari! Pergh, memang kaw megi kari beliau. X caya? Ce korang masak megi kari letak bawang dan daun kari.. Nescaya harumlah megi berkenaan dan korang akan makan dgn penuh selera. Aiseh, aq pun kecur bila membayangkannya.. haha..
Dari Kem Bonsai ke puncak, jalan dia dipenuhi dengan pasir2 dan batu kaler putih, dari jauh korang akan nampak route yg korang akan lalu. Kalo x kuat mental, leh jadi down woo.. Malas nk melangkah. Lepas satu bukit, ade lagi bukit dan seterusnya.. Kat area2 Bukit Botak ni aq terserempak dgn group yg naik dari kuala tahan dan turun merapoh. Leh katakan diorang ni legend gak la, mane taknya, hari ke 4 baru sampai puncak, melayan trek yg pacak lama2, boleh hilang kesabaran yg ada..
Selepas seharian berjalan, akhirnya kitorang sampai gak ke Puncak Gunung Tahan.. Alhamdulillah.. Namun, dari Bukit Botak ke puncak tu hujan.. So bila sampai puncak, semua kesejukan abes. Sejuk woo.. X sanggup nk mandi, tpi yg kulit tebal tu pi mandi gakla.. Salin2 ke uniform tido, pakai berlapis2 dgn sweater tu pun rasa sejuk gak. Kali ni memang aq nk tido ground. Kerana nk dptkan body heat dari org sebelah. Dah pakai berlapis pun, anda akan still rasa kehangatan org sebelah walaupun dia juga dok dlm sleeping beg.. Malam tu memang sejuk abes. Mengikut ckp org yg penah mendaki Tahan ni, sejuk yg kitorang rasa belum sejuk lagi, ade lagi sejuk... Kalo lagi sejuk, maka bekulah sel2 kulit kitorang ni.. ahaks
Bila dah sampai puncak ni, memang rasa puas hati lah, namun aq x lah keluar perasaan tu all-out. Kerana perjalanan turun akan lebih berliku dan lebih panjang. Guarantee menyiksa jiwa dan raga.. haha..
View kat puncak ni memang terbaik. Nampaklah banjaran2 yang ada, dengan awan dan angin yg bertiup kencang, menjadikan usaha mendaki secara susah payah tu berbaloi. Bila kat puncak ni, nmpaklah betapa kecilnya kita sebagai manusia kat muka bumi ni...
***Bersambung***
2 comments:
hehe..aq salah sorang daripada grup UTM yg ko sebut tuh..
mase kitorang kat Luis, dah mule jadi kepala air..aq org ketiga yang lintas sungai tuh..yg selebihnya lintas, xsempat pijak batu (yg dah tenggelam) org depan terus tarik tangan..lepas je semua lepas, air terus naik tinggi..sebab tuh korang sangkut kat Luis.
InsyaAllah, ade plan utk naik Tahan lagi awal Nov nie..Mudah-mudahan dipermudahkan urusan..
Teringin juga nak merasa trail Merapoh-Kuala Tahan y mcm korang buat..hehe
Yup aku pun geng dgn member atas ni yang UTM tu..kalau ada member nak join lagi bulan 11 ni kitorg buat lagi merapoh-merapoh kali ni santai habis-habisan saje nak menikmati alam kalau berminat add fb Melody teratai atau contact kitorg 0177270132 tgh cari org yg berminat lagi jomlah...
Post a Comment