Thursday, December 27, 2012

Ekspedisi Gunung Tahan 2012 - part 3 (turun)

Keesokan paginya (hari ke 4), kitorang pun bergerak ke signboard 'Gunung Tahan' yg besar tu, dan bermulalah sesi bergambar. Mcm2 gaya ada, guide pun kitorang tarik bergambar skali. Haha.. Cuaca pagi tu plak baik, bila nmpak view dari puncak tu, pergh, mcm x caya kitorang sampai situ..
Kat puncak

DAY 4: puncak - kem pangkin
DAY 5: kem pangkin - kem teku
DAY 6: kem teku - kem putih
DAY 7: kem putih - kem melantai
DAY 8: kem melantai - kuala tahan

mesti ade yg pelik kan, awat amek masa 8 hari? biasa org wat 7 hari je.. Dah nama trip santai, memang santai abes lah.. haha.. dari segi masa mahupun trekking, memang x de rasa nk pressure, kalo ade pun sikit2 je. Pastu line-up semua sporting, memang best lah trip ni

DAY 4
Perjalanan hari ni memang strict sket, nak x nak, kene sampai gak ke Kem Pangkin @ Anak Pangkin @ Pangkin Bawah kerana kat situ je yg ade sumber air selepas area sebelum Gunung Gedong. Takkan nk tido kat Gedong ye x? Kang extend berhari-hari plak.. haha.. View dari puncak ke Gunung Gedong memang superb. Dibantu oleh cuaca yg baik, pemandangan tu 360 degree gunung, banjaran dan awan. Jalan kat sini mcm dari Bonsai ke puncak la, batu2 berpasir kaler putih.
Di bangkai kapal terbang

Sebelum ke Gunung Gedong, akan jumpa satu simpang yg dinamakan Bukit Berapit. Dari sini, boleh pergi ke Kem Padang atau terus ke Gedong. Kitorang x melalui Kem Padang cz kem tu kat bawah, kene panjat balik ke Gedong plak. Boleh katakan route yg dilalui tu lain la berbanding pendaki terdahulu. Kene berhati2 sket sebelum ke Bukit Berapit ni, cz kene membajak, dalam pulak tu. Lumpur dia len, skali pijak, lutut dia bagi.. haha.. So, bila dah dapat lutut tu, kene baik2 la menapak, kang tenggelam sampai pinggang plak, ahaks.

Bila sampai LWP (last water point) kat area sebelum Gedong, kitorang pun berhenti untuk mkn, Chef Mie masak mee goreng kat sini. Memang legend wa ckp lu.. Ce tanya sume line-up, mee goreng kat sini terbaik. Naseb baik cukup2, kalo x, mungkin akan berebut-rebut. haha.. Nak ke kem pangkin ni, perlu melalui beberapa gunung (Gunung Gedong, Gunung Reskit aka rest sikit, Gunung Tangga 15 dan Gunung Pangkin).

Tersebut lah kisah, kat Gunung Tangga 15 ni lah, seorang member ni slip n hampir terjatuh dlm gaung aka tangkap biawak. Nasib baik aq pada ketika itu yg dok depan skit sempat capai tangan beliau. Dgn tenaga yg tinggal sipi2 je, memerlukan 3 org untuk tarik dia naik. Mane tak nya, sume dah pewai, dia x leh nk tolak badan naik, kitorang x leh nk tarik dia naik. Nasib baik Macha @ Radzib dtg tarik haversack dia, kalo x, mungkin payah nk selamatkan beliau.. isy3..

Bila semua org sampai kat Gunung Tangga 15 ni, hari dah gelap, maka bermulalah sesi OT. OT ni mental gak sebenarnya, cz korang x taw bila akan sampai. Huhu.. Dlm pukul 10 gitu, akhirnya sampai gak kitorang kat kem pangkin. Water point dia plak kene turun ke bwh, guide ckp 15 meter, tpi da mcm 100 meter rasanya. haha.. Time ni, chef dgn gogo plak pewai, mana taknya, pikul peti sejuk hari2.. So, kitorang yg masih ade tenaga ni pun masaklah nasi goreng. Diketuai oleh masterchef Farah, dibantu oleh chef bahagian air, Incik Hang, assistant chef Incik Timberland dan aq sebagai ajk api.. hehe.. Dah lapar2 tu, sume jadi sedap, nasi masin pun kitorang pulun abeskan.. lantakla lagu tu..


DAY 5
Matlamat pada hari ni sebenarnya nak ke kem putih, so kitorang expect perjalanan akan ambil masa dlm 5-6 jam ke kem teku, dan 4-5 jam teku-putih. Yelah, jalan santai, memang lmbtla jadinya.. haha.. Start trekking dlm 10.30 pagi plak tu, x de kesedaran sivik langsung nk jaga timing.. XD

Dari kem pangkin - teku ni akan melalui Gunung Pondok 2 aka Wray's Camp. Aq difahamkan Wray's Camp ni keras sket, so memang dah set awal2 x nak lepak situ, nk lepak kat trek je.. haha.. Sepanjang perjalanan, nampaklah kemusnahan pokok2 yg disebabkan oleh Sang Gajah, kesan tapak kaki dan najis yg bersepah sepanjang trek. Aq anggarkan ia merupakan lone gajah jantan muda, cz kesan yg ditinggalkan x menunjukkan bilangan yg banyak, mahupun dari saiz yg besar. Namun, x tawla kebenarannya, aq bukannya expert, hihi..

Trek plak x abes2 turun, lepas satu bukit, jumpa lagi satu bukit, dan seterusnya.. Turun banyak2 ni makan lutut, lutut ni kene jaga sket, yelah, ade beberapa hari lagi sebelum dpt keluar dari situ. Kalo lutut injured, lagi susah jadinya. Bila sampai kat Kem Teku, guide decide untuk bermalam kat situ, sebabnya, kalo cross sungai mlm2 lagi payah. Dari teku-putih kene cross sungai, lagipun ade org yg dah injured, x leh wat pape la.

Al-kisah, adelah member kitorang yg kene kaco time nak tido kat sini. Diorang wat double-decker hammock kat pokok tepi sungai, port tu memang baik. Beliau ni memang amalkan membaca 3 kali ayat kursi sebelum tido, tpi entah kenapa, malam tu bacaannya x lancar. Bila dapat lancar 3 kali ayat kursi, pokok kene gegar skali, mcm kene tumbuk.. "Buk" << sound effect (dia buat x taw)
"Buk" kali kedua (dia pastikan member atas dia tu memang da tido)
"Buk" kali ketiga (bukak lampu, kejut member atas dan tross tido dgn kitorang ramai2 kat ground)

DAY 6
Hari ni memang akan jalan santai, kene cross sungai 9 kali dari Kem Teku ke Kem Seputih. Guide ckp ade area yg kedalamannya adalah paras dada aq yg termasuk dlm kategori bonsai ni, haha.. namun maksimum kedalaman adalah paras pinggang. Perjalanan dari puncak ke Kuala Tahan cuaca memang baik, x hujan langsung. So tahap kerisauan terhadap kepala air tu kurang sket la. Namun, guide bagi warning, bila dia suruh keluar dari sungai, sume kene cepat2 panjat tebing..



Bantuan kayu sebagai tongkat memang amat membantu time cross sungai ni. Kerana kita boleh lock kayu ni kat celah2 batu, sementara kaki kita bergerak. Tips utk cross sungai, jgn pandang arus air, pandang member depan, dan memang betul tips ni cz aq pun adelah 2-3 kali hilang keseimbangan tatkala 'ter'lihat arus air.. Ade part2 yg arus sungai ni laju, so kene berhati-hati.. Bila sampai Kem Putih, kitorang pun wat aktiviti berendam kat sungai. Air sungai kat sini kaler coklat, mcm teh-O pekat. Namun rasa dia tawar. haha.. Kat Kem Putih ni ade lagi satu sungai, sungai tu airnya plak kaler jernih atau putih, mungkin dari situlah datang namanya Kem Putih..

DAY 7
Matlamat pada hari ni adalah untuk keluar ke Kuala Tahan, walaupun terpaksa OT. Dalam kalangan pendaki first-timer group ni, sume nk kuar dah, Malas nk dok lama2 dalam hutan. So, kitorang pun bersiap, bangun awal dan start trekking awal. Kalo x silap aq, dlm byk2 hari, hari ni je sume org berdisiplin jaga masa. Hari lain sume fail.. haha.. Dengan azam yg teguh, kitorang dengan gagah mendaki Bukit Rajah (ada org ckp nama dia Gunung Rajah / Gunung Gajah). Dari bukit ni, kitorang nampaklah puncak Gunung Tahan kat celah2 awan nun. Macam x percaya, jauh sungguh dah kitorang berjalan. Dari sini, perjalanan ke Kem Tengah mengambil masa 1 jam. Ikut pace aq, guide memang x tipu. haha..

Kem Tengah ni pun hotspot gak. Guide pun cter, org yg bermalam kat situ akan kene kaco. Malam2 kene tarik ke semak, namun x nampak sape yg tarik. Cane tu, sape yg tarik? *tettttt* Air kat sini memang lawa, mcm kuar dari peti ais. Jernih. Minum skali mcm nk lagi. Ahaks.. So, kitorang yg bersemangat ni pun x nak lepak lama2 kat sini, meneruskan perjalanan ke Kem Melantai. Trek pada hari ni memang dipenuhi dengan kesan tapak kaki *ditapis* dan najis gajah. Terdapat sket kerisauan di situ keranan di mana ada mangsa, di situ ada pemangsa.. Ape pun, aq just standby dgn pisau kat beg, mana taw keadaan mendesak.

Trek hari ni pun banyak melalui rumpun buluh, aq x brape suka pokok buluh cz ular suka buat port, lebih2 lagi dari spesis cobra @ ular tedung. Alhamdulillah, x terserempak pun dgn nate ni. Dari Bukit Rajah ke Melantai, kitorang terpaksa menempuh 27 buah bukit. Dari Kem Tengah tinggal 17 bukit ke Melantai. Aq memang x kira la, time ni mental berada dlm paras kritikal. Haha.. mahu aje duduk x bangun2, malas, penat sume mende yg x best ade. isy3..

Untuk counter mental, aq pun request kebenaran untuk menyanyi. Bila org yg trekking sama2 ckp ok, aq pun nyanyi lagu 'Kaki Gunung & Hutan' (versi anak kampung) ~ lirik oleh Leong Kok Weng. Layan beb.. haha.. x sedar, langkah jadi laju, suasana pun jadi ceria. Maka memekak lah kitorang memecah kesunyian hutan pada petang berkenaan.. lepas satu lagu, satu lagu.. Lagu 'Untuk Dia' oleh Sleeq dan Najwa Latif pun terkuar skali. Layan..

Bila semua dah sampai ke Kem Melantai, gogo dan chef pun pujuk kitorang untuk stay satu malam kat Melantai. Diorang bagi alasan untuk bagi kitorang lebih masa untuk bersama. Kebanyakan dari kitorang x berapa setuju cz memang niat nak shoot keluar. Aq ni jenis x kisah so aq pun x mempersoalkanlah keputusan diorang tu. Lagipun aq taw, diorang pernah panjat Gunung Tahan ni, mesti diorang ade sebab terbaik nak suruh kitorang stay. Tapi adelah kan, orang tu kan (nama dirahsiakan demi kemaslahatan sejagat.. ahaks) tiba2 mantul jadi emo. Ckp pasal period lah, masalah lah, itulah, ade kelas lah.. Nak shoot kuar gak. Nasib baik gogo aka captain ni bersikap rasional, x layan demand2 yg bersifat personal ni.. Thumbs up lagi kepada gogo.

Sebab sebenar diorang nk stay lagi satu malam kat Melantai adalah kerana.. jeng3.. Abang Man aka guide, bila sampai kat Melantai, dia terus pi survey area sekitar. Kerana kat Melantai ni banyak hidupan liar. Dan ketika dia nk cari line untuk call, 10 min dari Melantai, dia ternampak kesan tapak kaki Maybank yg masih baru lagi. Jadi, jika kitorang shoot kuar gak hari tu, memang amat berbahaya, terutama skali pada waktu malam dan kawasan tu sebenarnya penuh dengan semak.. Trek x beberapa jelas dengan banyak simpang, dibuat oleh manusia mahupun binatang.

Yg x berapa bestnya, aq dpt taw guide dpt detect Maybank time kat Melantai tu gak. Ape lagi, bertungkus-lumus buat unggun api. haha.. kerana aq difahamkan binatang ni x takut pisau, lampu suluh sume, diorang takut api. Memang sah lah aq ni masih memerlukan latihan bab hidupkan api ni, ahaks, walaupun x hujan, daun2 kayu sume lembab, payah abes nk hidupkan api. Kene guna plastik sebagai fire starter, lama2 barulah hidup api yg x berapa nk besar tu.. Cukuplah sekadar ada..

Pastu kat sinilah baru aq kuarkan kad poker dari beg, maka bermainlah kami game royal pada malam tu, menghilangkan kegelisahanku terhadap Maybank. Yg x bestnya, rupanya diorang suma lagi handal dari aq. Hampeh.. haha.. aq igtkan aq da terer da, cis2.. tercabar kewibawaan aq nih.. ahaks.. X pe, pasni aq training byk2.. XD

DAY 8
Hari ni sume dah pikir balik dah. Setelah lama berjalan, kitorang pun mulalah menyanyi.. haha.. mental beb.. ingatkan Melantai tu landai, rupanya ade turun naik bukit gak. Yg ni guide memang tipu.. hampeh.. Memang bersepahlah kesan tapak kaki *ditapis* dan ade gak kesan Maybank. Ape lagi, keep calm and keep walking le.. haha.. time ni aq dah malas nk bergambar dah.. dlm kepala otak ni dah terbayang 100plus botol besar. Bila dengar bunyi bot, jadi lagi mental, cz ingatkan da dekat, rupanya jauh lagi.. haha.. Bila sampai kat laluan yg dipasang platform kayu, pun rasa masih jauh.. isy3.. Bila sampai betul kat final point, rasa cm x caya plak. Eh, da sampai? haha..

Terima kasih kepada Incik Hang dan Incik Timberland kerana beli 100plus buat kitorang yg dah sehabis pewai tu. Stokin 2 lapis aq dah koyak keduanya, buang teross.. Kaki aq melecet abes, bukan belah tapak, tapi belah atas kaki. Padahal tapak kaki yg aq rasa dah terbakar, musykil2.. Mungkin lepas naik Gunung Rajah kat Bentong dulu, tapak kaki aq da jadi resistant KOT. ahaks..

Selepas semua siap, akhirnya kitorang pun bergambar sebelum pulang ke KL. Adelah org yg emo semalam tu kan, rupanya che abang dia da tunggu kat Kuala Tahan, terus happy semacam. Lepas tu kan, akhirnya x pi gak kelas dia hari ahad tuh. Isy3.. Tuang abes.. haha.. Lantaklah beliau lagu tu..


***~~~***~~~***~~~***~~~***~~~***~~~***
Bagi aq, Gunung Tahan ni mempunyai cabarannya yg tersendiri. Mental tu penting, kene sabar dan TAHAN. haha.. kalo nk redah je, boleh, tapi kene sabarlah dengan ujian yg mendatang.. Kepada yg akan mendaki Gunung Tahan, harap2 nukilan aq ni dapat membantu persediaan korang.. Dan kepada yg lain, semoga kita sama2 dapat berkongsi pengalaman melakukan hobi memanjat gunung mahupun bukuit.. ahaks

In the end, berjaya jugak lah Ekspedisi Gunung Tahan 2012 ni, penutup tahun 2012 cz pasni pendakian ke Gunung Tahan akan ditutup sehingga tengah bulan 1 2013. Terima kasih kepada gogo aka captain yg sporting abes dan amat memahami. Chef Mie yg legend dan terbaik. Serta x lupa Runner Macha aka Radzib<< (ejaan sebenar x diketahui) yg tabah dengan karenah kitorang. Serta, semua line up yg sporting abes! Cayalah.. haha.. Memang x sabar untuk trekking dengan korang lagi jika ade rezeki..

Sekian, nukilan dari saya Incik SimPanG