Friday, November 23, 2012

Ekspedisi Gunung Tahan 2012 - part 2 (pendakian)

Berkumpul di KL Sentral pada pukul 7 dan berlepas menaiki kereta api pada pukul 8.30, kitorang memulakan perjalanan dengan hati yg bercampur-baur.. haha.. Hampir semua tak kenal antara satu sama lain. Yelah, trip ni dianjurkan oleh individu bebas, bukan group2 hike biasa, so memang x kenal. Gogo pun kitorang x kenal, kenal muka je. Memang terjah abes trip ni. hehe..


X pernah-pernah den tido seat baring.. haha

First, bila naik kereta api tu kitorang ditempatkan di seat katil. Pergh, first time woo naik kereta api dpt tido baring.. haha.. sebelum ni dok kat seat duduk je, yg memang terkenal dgn x berapa nk selesa untuk tido tu. Memang sayang betul kitorang dgn gogo time tu, kerana ape? memahami keperluan kitorang.. thumbs-up kepada gogo. So, bila tido kat seat katil ni, boleh katakan memang selesa sgt lah, jika dibandingkan dgn orang yg dok tido kat seat biasa, di tengah2 lampu yg terang-benderang tu.

Tuesday, November 20, 2012

Ekspedisi Gunung Tahan 2012 - part 1 (persediaan)

Salam dan selamat sejahtera..

Dah berhabuk da blog aq ni. Bukan x nak update, kebanyakan aktiviti yg aq wat merupakan aktiviti yg berulang, so x best la nk post topik pasal aktiviti yg sama kan? Kita citer kisah baru la kan? kan2? haha..

Alhamdulillah, aq dah berjaya menakluki puncak tertinggi kat semenanjung iaitu Gunung Tahan. So, cerita kali ini akan terbahagi kepada 3 part; 1) persediaan 2) pendakian (merapoh / kuala juram-puncak) 3) turun (puncak-kuala tahan). Kenapa buat cmni? sebab kalo wat panjang2 nanti orang boring, x best nk baca, haha.. aq pun x berapa pandai bercerita, so biarlah begini penceritaannya..


Gunung Tahan merupakan gunung yang menjadi idaman aq sejak didedahkan kepada aktiviti mendaki ni 4 tahun yg lalu.. So basically aq da apply dengan ayah aq untuk naik gunung ni sejak 3 tahun yg lepas, cuma skrg barulah dapat pi.. Dulu dia memang x kasi, mungkin sebab pengalaman dan equipment pada masa tu yg x cukup. Sekarang ni, bila sume da so-so, dia beralah sket la.. haha.. Mak aq rilek je, ayah aq yg risau lebih.. Mungkin pengalaman dia masuk hutan dulu2 wat dia risau kot, yg penting, kita kene bersedia dengan segala kemungkinan