Tuesday, October 18, 2011

Gunung Tok Wan

Hujung minggu yg lalu, aq ngan sifu aka partner aka En. Hakim telah berjaya menawan puncak Gunung Tok Wan.. Alhamdulillah..


Basically trip ni x susah, tapi dek kecederaan otot di buku lali kiri aq dari Bunga Buah melambatkan sket perjalanan kitorang.. Isy3.. 


Timeline kasar:


0700: start hike dari kaki bukit
0755: sampai puncak ke-4 Broga (aq hampir peywai di situ XD )
0800: start hike ke Gunung Tok Wan
0920+-: sampai di puncak 
1015: turun
11++: sampai puncak Broga
115+: sampai kete teross.. 


secara kasarnye keseluruhan trip mengambil masa 5 jam, dan boleh jadi lagi cepat jika kitorang x spraint muscle kitorang.. hehe.. Bak cakap orang setiap gunung ade susahnya dan memang betul, mula2 mindset aq igt gunung Tok Wan cam senang tpi x semudah yg digambarkan.. 


trek




Trek atau jalan ke puncak jelas so x perlu risau, cume kene peka dgn marking. N kalau anda peminat burung, ade beberapa area di sepanjang trek menjadi kawasan permainan burung, cuma kene peka la. Kitorang ade jumpa beberapa 'sign' bahawa ada sumber air (botol kosong yg diikat di pokok), tpi kitorang x jumpa. So sape2 yg dtg bawakla air lebih, x rugi untuk mengelakkan dehydration. 


Time turun tu memang betul2 terbakar kat area bukit Broga. Bahang panas yg naik ke atas, dengan kurangnya pokok, dengan kawasan lapang. Memang korang x nak berada di Bukit Broga time tengah hari..


Anyway, trip kali ni memang best, so kalo korang nk elakkan kesesakan Bukit Broga, bolehla jalan terus ke Gunung Tok Wan, x ramai orang pi sane n suasana pun tenang.. hehe..

Karya En. Hakim XD

pandang atas

ade cerek ditinggalkan in case korang nk masak air.. hehe

sign Gunung Tok Wan

baldi pun ade


trek melalui salah satu banir pokok

T-shirt tajaan Lusuh Adventure

Pondok

Kerusi

Pondok 2

Sunday, October 9, 2011

Mount Bunga Buah, 8 oct 2011


This is my first hiking trip to Mount Bunga Buah, Genting Highlands (1430m / 4690f). The hike offers spectacular view around the highlands itself and also a view of Tabur Hill. It’s been a while since I’ve been hiking a mountain so I was very excited. I promised myself to record this precious experience with my camera.

The organizer for this event is MWAC, my university adventure club. It’s a daypack trip so the load is not too heavy but for me, it’s a good training for my body if I can bring extra load. By a carpool method, we departed to Gohtong Jaya in Genting Highlands.

Our starting point is a private property in Gohtong Jaya, it is necessary for us to respect the owner. The path to the mountain needs us to cross a vegetables garden and then a steep ascend to a road. It was a muddy ascend due to the rain the day before and I’m glad to reach the road. High vegetation that covers the road as we go forward indicates that the road’s been unused for quite a time.

The road not taken

We came across a pair of Siamang Gibbon that feeds on the jungle fruits and then a Binturong! At first I thought it is a weasel (musang) but further research it is indeed a Binturong. Well google it if you don’t know what Binturong is  XD  And there are so many leech here that rainy seasons makes the environment favor themselves.

A leech
From the junction to Rock Garden, the path is more ascending than descending as we go through the ridge. As we continue the hike, ascending is obvious and most of the path is waterways that is dangerous and very slippery if its rain. At certain point, we came across mossy forest and it is very cool.

@ Rock Garden

Finally, we reach the peak around mid day. There’s no view around the peak due to heavy cloud surrounding the area but we were satisfy to complete the hike to Mount Bunga Buah =)

View

Hibiscus sp.




We was here, Mount Bunga Buah

Monday, September 26, 2011

Air Terjun Jerangkang, Maran, Pahang

Alhamdulillah, baru balik dari air terjun Jerangkang yang terletak di Maran, Pahang. Air Terjun ini merupakan salah satu kawasan rekreasi yg terletak di Maran yg mana MWAC pun pernah organise trip ke air terjun Berkelah di Maran juga. Trip kali ni aq expect memang santai disebabkan tiada trekking dan hiking kalau nk dibandingkan dgn Berkelah, cuma kena jln sket je nk pi air terjun tu dari campsite..


Starting point kitorang kat Maran sama je ngan Berkelah punye starting point, Masjid Kampung Gelugor. Perjalanan nek lori dan 4wd ke campsite adela dlm 20km (1 jam), pastu jalan dlm 5 minit sampaila kt air terjun tu. Bagi aq trip ni memang santai abes sebab dlm hutan tu, da ade pondok, tempat masak, tandas pun ade. So, x payah susah2 nk pasang sume khemah kecuali korang memang nak pasang khemah, haha.. Jalan pi situ standart jalan balak, n orang2 sekitar memang layan air terjun tu mcm orang area Selangor, KL layan Kem Lolo kt Gunung Nuang, untuk bersantai... Tepi2 jalan tu bykla kebun getah, kelapa sawit, hutan secondary dan beberape kebun yg dibuka oleh orang asli kt situ. 


Nek lori dan 4WD


Kawasan air terjun tu memang ok utk dibuat bersantai, ade part dlm, ade part berpasir, ade part boleh slide nek tiub, sape x slide nek tiub tayar tu bermaksud dia tak cukup syarat nk ckp "I was here".. haha..
View kat sini biase2 je, dan oleh kerana aq ade kamera baru, aq pun try r test kamera tu utk amek gambar2 kt sini. Hasilnya ok la, sebab aq x reti lgi nk exploit betul2 kamera tu. Walaupun Nikon Coolpix L120 tu sekadar compact kamera, tpi zoom power dia memang terbaik. Bgus gak la aq beli, leh train utk pki DSLR.. hehe..


View


Sebelum aq pi Jerangkang ni, aq watla sket research, bace ape yg org da ckp psl air terjun ni, area2 dia. Salah satu source utama aq adalah Gunung Online. Bgi aq forum ni memang bgusla kalo nk cri info2 berkaitan outdoor ni. So dlm bace2 satu thread berkaitan kesan tapak kaki haiwan, penulis tu ckp yg dia penah diekori oleh sang Maybank kat air terjun Jerangkang ni. So, aq pun cm takut gak r, haha.. Tpi, bila aq tgok org2 yg dah penah pi relax je, aq pun kira wat x kisah r, mungkin cter lama. Walaubagaimanapun, aq da standby pisau n mercun just in case.. kamera pun aq standby gak, haha.. Bila aq tgok area2 situ, ade kemungkinan 10-20 thun dulu area tu memang kawasan mainan Maybank. Sebab jalan skrg yg ade merupakan jalan balak yg mana aq pasti dulu merupakan satu trail kecik ke Air Terjun Jerangkang. Tpi skrg mungkin da x berapa nk ade sebab da byk da orang pi situ, men air sume. 


View 2


Kesimpulannya, trip kali ni memang best. Yela, pengalaman baru kan, haha.. Tpi nak banding dgn Berkelah, aq rase Berkelah lagi best. Sebab ape? Sebab Berkelah ade air terjun yg tinggi n kolam dia lgi dalam.. Lgpun kat berkelah x de lgi pondok so dekat sketla dgn nature. Tahniah kepada organiser kerana trip kali ni berjalan lancar dan semoga len kali kita pi air terjun len plak.. hehe..


Banner organiser


Kat sini diselitkan satu video yg dibuat oleh saudara shenol.. enjoy =)








* Maybank = Harimau
* Post Air Terjun Berkelah

Sunday, September 11, 2011

Broga, 4 pagi

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin kepada semua yg membaca blog ni =)


Setelah sebulan lebih berehat dari aktiviti2 lasak, aq pun bercadang mengadakan aktiviti pemanas badan sebelum pi trekking atau hiking kt tempat len. Yela, rendang2 yg terkumpul pun da bertukar menjadi lemak, hehe.. 


Ajakan aq utk pi broga x dipandang remeh oleh housemate, so kitorang pun plan utk pi sebelum subuh pagi ahad, dan kerana hari minggu ramai orang (berdasarkan pengalaman aq), kitorang pun plan pi awal sket, dlm pkul 4 pagi da sampai bajetnye. Dari sunway ke Broga adela dlm sejam, kurang2 pkul 3 da kene gerak. 


Sampai puncak pertama, sejuk dek embun




Namun, langit x selalunya cerah.. Malam tu dlm pkul 10 hujan lebat kat sunway, perkiraan aq kalo hujan x berhenti sebelum pkul 3, terpaksalah plan ni dibatalkan. Alhamdulillah, hujan berhenti gak. Dalam kesejukan lepas hujan yg memang sedap tido, ktorang merempit laju2 ke Broga.. 


Tiba di destinasi lebih kurang pukul 4 lebih, amoi yg jaga parking tu pun baru nk bukak kedai kutip tiket parking. So jangkaan aq yg pkul 4 da ade orang tu meleset, mungkin sebab hujan orang cam x brape nak naik. Kiranya kitorang ni pioneer r pagi ni, haha..


Aq leh r kate biase nek broga, taw trail2 dia, cume jadi pioneer ni aq cuak sket. Yela, awal pagi kan, gelap semacam, lagi2 lepas hujan, berkabus. Sejuk dia mampu melelapkan mata2 yg tgah celik ni. Tapi memandangkan housemate aq yg 2 org ni cm berani je, aq pun ok la. Aq pun jlnla cpt2 menuju puncak cz aq x suke dok lame2 kat area bersemak ni, lgpun lgi cepat sampai, lagi cepat leh tido. Apa pun, pendakian tu walaupun ktorang ade stop2, aq kira laju gak lah. Sedar2 da sampai kat area puncak pertama (lepas cerun curam tu). Aq panggil puncak pertama cz dulu aq igt situ da puncak da, lepas2 tu bru aq taw ade lgi nek smpai atas


Ok, ktorang sampai kt atas tu pkul 4.45 pagi. Aq decide ktorang lepak situ sampai ade org dtg bru gerak puncak sebenar. Yela, gaya awalnye cm x de org dtg broga pagi tu, sekurang-kurangnya leh mintak tlg kalo pape jadi kat ktorang. Dlm pkul 5 setengah brula 2nd group sampai kat situ. Lepas subuh barulah kami beramai-ramai nek puncak broga yg ade signboard tu. Lepak sampaila pkul 7 lebih bru turun. Niat nk tengok sunrise, tpi berkabus, x leh wat pape r.


View dari puncak Broga


So kesimpulannya trip ni memang best, tenang yg amat bila sampai x de org kt atas tu. Dgn view, udara segar, rase cm nk dtg lagi minggu depan. Hehe.. Tpi time kitorang lepak tu leh la plak kuar cter pasal kunang2. Dengarnya kat Selangor ni ade port kunang2, so mungkin minggu depan ktorang pi situ, InsyaAllah. 


Time turun

Time turun 2



P/s: Rupa-rupanya housemate aq tu (za8, fikri) pun cuak gak time mule2 nk nek tu. Gaya da cam rambo da, rupa-rupanye hampeh.. haha



Friday, July 15, 2011

Gunung Lambak, Kluang, Johor

Gunung Lambak, Kluang. Antara gunung yang terdekat ngan umah aq, gunung len yg dekat ialah Gunung Berlumut. Berbekalkan dry pack 15L yg baru dibeli (style beg ni, aq suke), aq pun nek bertiga dgn adik aq n Naz. Time aq nek pagi tadi memang ramai r orang, especially Chinese. Mende yg aq respect ngn diorang2 ni ialah diorang amat menjaga kesihatan iaitu dgn trekking. Yg hardcore sket  biasenye diorang p hike. So, oleh kerana aq pun nk jaga kesihatan, aq pun decide untuk cuba teruskan ngn aktiviti cmni.. InsyaAllah..

Starting trekking tu kira ok la, landai pastu ade tempat2 yg steep sket. Pastu, sampai r kat area tengah gunung. Tempat tu ade kolam ngn air pancut, memang port relax r. Kebanyakkan orang yg trekking kat situ x nek ke puncak, sampai tengah diorang terus turun blik, mungkin diorang nk relax2 n chills. Memang ni port yg best la, redup, ade air, pastu bunyi2 hutan sket.. Memang tenang..

Kat tengah2 gunung tu ade papan ni

Ok, lepas smpai tengah, route nak pi puncak tu steep r, mcm nek nuang gak, kalo Ledang tu mcm kt area KFC (Killing Fitness Centre) bukan (Kluang Fried Chicken), haha.. So, kalo nak amek nafas memang kene bajet sendiri. Biasenye kalo highground ade tempat landai leh lepak, tpi area ke atas tu x de. Da dekat puncak barulah landai.. Ade pakcik tu tiap2 hari nek, umur 56 tapi 6 pad bai. Kental gilo. Tp x aci la, dia selalu nek, leh la men laju2.. XD

Puncak, ade menara telekom

 

Time aq sampai puncak tu berkabus, x nampak area Kluang. Tiba2 ade plak umah kongsi kat situ, aq igtkan diorang wat ape, rupenye wat menara Telekom. Kentang gak r bawak nate bancuh simen tu sampai atas. Kalo mlm2 konfem sejuk, sumber air lgi, brg2 binaan lgi. Kalo kejap x pe, ni lama.
Papepun, trekking n hiking ni dianggap berjaya cz sampai puncak.. haha..

Aq usha diorang wat keje.. haha

-Trip transstitiwangsa V2 cancel.. sedih2.. =.= -

Friday, July 1, 2011

Dugaan Nuang

Da lame aq bercadang nak p Gunung Nuang, tpi x de org nk bwk, kali ni dpt gak aq p situ... Tapi, berlaku perkara yg x disangka-sangka, bak kata orang kita merancang, Allah yang menentukan.. Isy3..

Kitorang plan nk mendaki time waktu malam, sampai campsite, tdo pastu sambung puncak sok harinya. Then, shoot balik ke campsite, shoot balik umah. Aq dalam bab2 trekking n hiking siang2 leh blah, tpi waktu mlm ni adelah goyang sket. maklumlah, masuk hutan malam2, waktu malam kita = waktu siang bgi 'dia'. Nate2 plak aktif time waktu malam, so kene berhati-hati. Lgpun aq pun ade masalah jln gelap2 ni, banyak imaginasinya (pengaruh cter hantu la ni) haha.. 

MALAM
Malam tu, sebelum gerak ke kaki Gunung Nuang, aq pon packing la ngn Hakim Azman (ktorang 2 org je p kali ni). Leh plak time tu Palat (bukan nama sebenar) takut2 kan ktorang. Die cakap ade ular r, orang bunian la, serius psyko. Tp aq leh blah lgi, cita2 nak nek gunung nuang outweigh segalanya. Dalam ati, cilako Palat, takut2kan aq..

Sejam kemudian, pukul 12.30a.m. kitorang sampai kat kaki gunung. Sampai2 je adela 2-3 ekor anjing menyambut kedatangan ktorang. Memang gelap, time tu langit mendung. Menggunakan head lamp energizer (terang gilo), ktorang pon gerak melalui trek balak yg dijangka memakan masa 2 jam. Time jalan tu memang cuak, maklumlah, first time trekking 2 orang, tgah malam plak tu. Mental gak la, aq pun berusaha mengatasi perasaan takut tu, biasenye kepenatan>takut so aq pun jalan je wat x taw.. Checkpoint ktorang ialah pondok2 yg dibina kat tepi trek balak tu, first checkpoint aq rehat, 2nd checkpoint aq rehat, 3rd checkpoint aq rehat+melabur (tiba2 perut sakit plak, haha..)



Finally, ktorang smpai gak kat 4th checkpoint atau pondok no 4. Oleh kerana camp site tu 10min dri pondok tu, ktorang pun teruskan. Last2, ktorang smpai kat sungai, x de trek pon lepas sungai tu. Ktorang tgok jln depan x nmpak. Aq da rase len mcm da, so ktorang patah balik kt pondok tu, rest. Pastu, ktorang jalan blik dgn harapan jumpe camp site, Hakim tgok marking kt pokok2, aleh2 smpai sungai, next marking ktorang x nmpak. So ktorang decide utk shoot upriver cz campsite tu dekat tepi sungai gak. Jalan punye jalan x jumpe gak, x leh nk wat ape, ktorang patah blik kt pondok tu, camp kt situ.. Time ni aq memang rase down r, rase nak blik je mlm tu. Huhu..
Pondok tu jadi tempat ktorang tdo..


PAGI
Lepas sarapan megi, ktorang pon try usha2 jalan nk p campsite, rupe-rupenye trek tu turun sket, kene seberang sungai. Ktorang shoot smpai campsite, bawak dry pack je nek atas, beg tinggal bwh, kat kem Lolo. Hike punye hike aq semput. Badan memang rase x leh blah, penat gilo. Mungkin aq x ckup rest, tambah2 trek memang tegak ke atas. Mental... Tengok aq lepak, hakim ckp kite gerak sampai kem pacat, pastu turun. Ni memang first time aq try nek gunung, tpi x sampai atas, kecewa gak la. Tapi nak wat cane, x de rezeki.. Aq rase kalo aq shoot gak nek atas, nk turun x larat da, energy habis, huhu.. Tp x pe, next time leh lgi, InsyaAllah..




P/s: mental/pemikiran memang penting time hike, bile mental korang da down, trip da jadi x bes n most likely korang akan give up.. Tu la yg jadi kt aq.. Moral of the story, expect the difficulties, n try to hold your mental state


"an activist is not the person who say the river is dirty, an activist is the person who cleans up the river" -Kem Lolo-

Monday, June 20, 2011

Pine Tree Hill & Twin Peak, Bukit Fraser

Huarghh.. Cam biasela, penat blik hiking n trekking.. Kali ni aq p Pine Tree Hill & Twin Peak, terletak di Bukit Fraser. Tempat ni bukan bertaraf gunung, still penat gak la pi tempat ni.. haha..


Sebelum ni aq memang x pernah menyertai ekspedisi anjuran orang yg aq x kenal, maksud aq organiser yg aq x kenal r, tpi kali ni aq dapat stu pengalaman bru menyertai ekspedisi anjuran Outerrange Adventure yg diketuai Bro Amir. Rase memang best r dpt jumpe geng2 yg same2 minat mendaki n trekking, n dpt wat kawan bru.. :D


Selain belajar tentang bende baru dlm industi ni (diorang panggil mende outdoor ni satu industri, haha), aq pon blaja la asas2 pengurusan beg, equipment sume n aq rase noob giler. Walaupun ade beg hiking 60+10, still, beg yg besar bukan pengukur betapa efisyennye barang yg korang bawak. Diorang leh letak mcm2 dlm beg, aq letak nate ape je dlm tu, hehe..


So first impression aq, diorang sume tough2, stendert Hakim r. Nak taw org tu da biase hike, tengok kat otot betis dia, biasenye hiker akan ade satu bonjol, cam otot tu absorber yg mantap r menyerap hentakan time hike. Kaki aq penoh lemak jer.. haha.. Tpi aq memang respek diorang r, dri segi pengalaman sume, diorang da berada dlm keadan mental challenge yg mana aq belum lgi rase, cz diorang rase mende tu time hike berhari2 r, standart 3 hari hike. So dengan badan yg penat, n beban ration, kalo x kuat mental, senang2 je give up. Aq byk perhati r cara2 diorang sume, tu yg dok diam je tu, lgpun x brape kenal lgi, so aq pon x wat bising.. hehe


View dri Twin Peak





Trip ni memag best, degree kepayahan dia tu bgi aq bgus utk beginner, lgi2 aq ni yg da lame x p trekking n hike. Ade gak tangga batu kt certain part, yg mana memang mental time nk blik tdi. Kalo x kuat mental, memang senang2 jer give up. Tpi disebabkan ade awek2 yg turut serta, x leh r kalah, nanti kene ejek lembik plak.. haha.. Still, bahu n lutut aq msih belum bersedia utk streesfull n long journey cm ekspedisi p Gunung Tahan (yg lalu Kuala Tahan ek, bukan 4 hari Merapoh-puncak-Merapoh). Tp x pe, aq akan train badan yg lembik ni jadi kuat. InsyaAllah, hjung thun aq nek Tahan.. :D


Organiser pye trademark






-in training for transtitiwangsa V2, wish me luck!-

Wednesday, May 25, 2011

Jalan2 pi Sungai Gabai

Status: recovery dari sakit (muntah2, demam, sakit satu badan)
Punca: unknown
Suspek:
  1. Kedai Sup semenyih (sup kambing)
  2. Sungai Gabai
  3. Sugar Glider
  4. Nasi Tomato Ayam Percik pasar lambak
 X kesahla ape puncanye, yg penting aq da start recover, alhamdulillah.. Anyway, kali ni aq cter pengalaman pi Sungai Gabai, Air Terjun Sungai Gabai, niat asal nk pi mandi tapi disebabkan hujan lebat mencurah2, air sungai tu tersangatlah laju n merbahaya, so ktorang men air kt tepi2.. jer.. hehe

Lokasi: Air Terjun Sungai Gabai, 35+km dari Semenyih
Masa: pegi; 1 jam lebih, lintasan air di kebanyakan tempat + insiden2 yg x diduga, blik; dekat sejam gak
Kenderaan: 5 moto, 1 kete
Jumlah peserta: 11 org
Ketua (moto yg dok depan): Mohamad Siddiq Jalil @ msiddiq
Cuaca: hujan lebat time pegi (baju riders memang dibiarkan lencun cz niat nk mandi), time blik hujan sikit2

Babak 1 (PERGI)
Plannya nak gerak lepas Solat Jumaat, msiddiq la yg initiate utk gerak cpt, cz x nak kene ujan time pi, namun, hujan gak... Oleh kerana da kumpul rmi2, ktorang pon pi gak. Didahului dengan msiddiq di kebanyakan tempat cz ade satu lgi moto jadi scout, jln laju2.. Hujan memang lebat, terpaksa tunduk cm race moto cz x nak sakit kene leher, org yg nek Elegen best r, ade windshield.. haha..

Part 2 (POKOK)
..time ktorang meredah hujan tu, tiba2 ade kete men lampu (istilah ni aq panggil 'ching' tpi x taw org len; ..kete ching lampu..). Ktorang pon pelik gak, pastu ade kete dari arah lawan stop tengah jalan, kuar tgn sruh pth blik, aq lgila pelik, ade road block ke tengah hutan, tgah hujan ni.. Ktorang pon teruskan gak perjalanan.. Pastu jumpalah... pokok tumbang.. lawa je die block jalan, ngam2.. Ktorang pon turun, tolak pokok tu smpai tutup separuh jalan, ngam2 jentolak nk lalu situ, die abeskan keje ktorang.. haha.. Bak kata En Lat "orang kat situ sume lambai kt ktorang, ckp TY". Rase berbangga gak la dpt tlg org alihkan poko, so ktorang pon teruskan perjalanan..

Adegan 3 (MOTOR)
Da settle sume, tiba2 ade 1 moto x leh hidup, tu dia, msiddiq punye moto.. Sume da risau da nk kene patah blik. Berdasarkan pengalaman aq bwk moto Yamaha 110 sport, problemnye ade kat kepale plug, keringkan sket, pasg blik, tu die leh hidup.. haha.. mcm2.. teross..

Bahagian 4 (TERSELIT)
X lame pastu, tiba2 ade moto terselit kt penghadang tepi jalan. Rider moto tu tengah susah payah tarik moto tu. First impression aq "awat die p mancing bwk moto ke sebelah sane? nape x angkat moto tu gi sebelah sini, nk selit lalu bwh kan payah..". bengong gak aq, rupenye die eksiden.. =.=! isy3.. bahu die abes koyak, nmpak la inner side kulit die, daging, n mende putih2 (siyes tu pedih). Rider tu pon nmpak trauma cz die x leh nk jwb ngn betul soklan ktorang. Lpas tlg trik moto tu, tgok moto tu x rosak truk, die pon p jalan terus.. Abes koyak baju beliau, isy3.. Ok, Teross..!

Chapter 5 (SALAH JALAN)
Beberapa km kemudian, kitorang pon belok ke kiri kt simpang 3, nek bukit, pki gear 3 ngan 2 jer, trun bukit tu pki free gear (menunjukkan elevation bukit berkenaan yg curam). Tiba2 scout ktorang stop tye jalan, (dia x pasti kot tu jalannya, cz msuk area kampung), akak kedai mkn tu ckp lalu jln tu jauh, da kene patah blik ke arah simpang 3 berkenaan.. Ironinya, kalo kitorang teross jln tu, ktorang akan jumpa kwsan tanah runtuh rumah anak yatim yg 16 orang terkorban.. (Al-Fatihah)

Finale 6 (SAMPAI)
Lepas patah blik ke simpang 3 tu, ktorang pon teross.. Belok kiri sket, belok kanan, sampailah ke Air Terjun Sungai Gabai.. Tiba2 ade pakcik tahan kat pintu gerbang, tunggu sume sampai, pastu die mintak duit, entry fee rupenye.. isy3.. Walaubagaimanapun, ktorang pon smpai dgn basah lencun(riders), tangan kebas(riders), kesejukan(riders), bontot kebas(sume org XD). Selama aq jdi rider, x penah tgn kebas cmni, x rase pape, punyalah lame panaskan & keringkan tgn.. baru ok, huhu.. Anyway, inilah dia penangan Sungai Gabai.. X leh mandi cz arus kuat gilo, sah2 hanyut, sah2 terantuk kt batu yg x nmpak ktne dek air keruh yg amat. 'Air Terjun Sungai Gabai, I was here' :D

Tu dia, deras air terjun tu (pehal siddiq dok jauh2)





Sume basah

Epilog 7(BALIK)
Lepas settle amek gambar sume (msiddiq sorang yg excited main air, org len da kesejukan), ktorang pulang menuju destinasi: kedai makan Setesen 30 (lapo gilo). Tgok meter minyak, rupenye da kelip2, isi minyak sket, first time gak isi kt kedai runcit (selama ni dok isi kt kedai minyak). Pastu tgok empangan yg time pegi tdi x stop utk usha.. Teross...! THE END

Geng2 rempit ke Air Terjun Sungai Gabai (dari kiri; Modenas Kriss, Yamaha Nouvo LC, Modenas Elegen, Yamaha Lagenda, Modenas GT128)

Walao, isi minyak pon nk amek gambar ke? haha

Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Ibu

Kepada Semua Yang Bergelar Ibu, SELAMAT HARI IBU! Terima Kasih Kerana Membesarkan Kami Semua. Semoga ALLAH Membalas Jasamu Ibu..

Caving yg x caving

Huargh.. terasa kekecewaan sket cz aktiviti caving arini terpaksa dibatalkan cz guide x de. Leh plak guide tu lari pi tempat len.. huhu.. x pela, bende camni memang leh jdi time event, so organiser x leh dipersalahkan. Namun, organiser da try ganti ngn aktiviti abseiling dri entrance Gua Damai, Batu Cave. Oleh kerana aq rasa down, aq pon x pi abseiling lalu membalikkan diriku ini.. isy3...



So sebelum group yg nk blik ni blik, ktorang pon singgah kat Gua Batu = Batu Caves. First time masuk sini, kira caving la gak en? haha.. View okla, not bad, cz elevated view dri tempat tinggi, so nmpak lawa suasana nun jauh di sana.. Dalam tu memang byk kuil, bau kt area2 tertentu memang kuat cz tempat diorang sembahyang kan. X kisahla x dpt caving, sekurang-kurangnya dpt caving kat Gua Batu.. haha..