Sunday, January 9, 2011

Ikan Di Laut~

Sebenarnye da lama aq gi memancing ni, tpi disebabkan kehangatan AFF n perkara lain, x dpt nk update psl pengalaman aq ni.. Yg aq nk share kali ni adalah pasal memancing, haa... Mungkin korang lagi berilmu dlm bab ni, so kalo ade mende nk share, bleh komen utk sama2 kite tmbah ilmu.. hehe...


So kali ni aq memancing kat tempat sama yg aq penah memancing time sek rendah dlu. Da byk perubahan kt pantai ni. Tebing da letak batu dan ditambak, siap ade kedai makan dgn karaoke tepi pantai ni. Kalo memancing mlm, memang frust r cz ikan lari disebabkan bunyi bising orang karok, haha...


Butir2 adalah seperti berikut;


Tempat: Kuala Senggarang, Senggarang, Batu Pahat
Umpan: Umpun-umpun
Target: Ikan Sembilang
Target: Sampingan: Ikan Belukang, Pari, Duri, Senangin dan ikan2 di sekitar pantai dan kuala
Keadaan air: Air pasang tengah hari
Teknik Memancing: Dasar (menggunakan batu ladung) tanpa menggunakan perambut (batang pancing/ kail lebih sesuai dipegang kerana tarikan ikan akan terus dirasa justeru disentap terus bagi mengelakkan ikan meluahkan balik mata kail dan terlepas)


Umpun2 yg da dikeluarkan dari sarangnye (Google image)




Oleh kerana ayah aq suke memancing, aq pun mewarisi hobi ni sejak kecil. Yela, kalo dari kecik ikut memancing, lama2 jadi minat. N ayah aq suke memancing laut, x suke kolam n tasik, tpi aq suke memancing kt sume tempat (yg ni x diwarisi sgt, hehe). Dipendekkan cerita, aritu die ajak aq adik-beradik memancing di Kuala Senggarang.. Oleh kerana aq penah memancing kt situ dulu, ade beberapa perkara yg aq dpt pengajaran sbgai panduan:

  • jangan pijak akar bakau yg melintang, cz die leh patah n wat korang luke kt kaki (dulu aq da kene)
  • bek2 bila melangkah cz akar bakau tajam2 ke atas, byk plak tu
  • pantang larang biasa, sama cm msuk htan
  • hati2 dgn binatang liar (esp kera n ular laut yg diketahui berbisa serta kemungkinan buaya)


Sebenarnye target memancing kali ni ialah Ikan Sembilang kerana diketahui ikan tu suke bermain di paya bakau, tapi disebabkan air pasang besar n naik memenuhi hutan bakau berkenaan, kitorang pun mencuba nasib di kawasan berpasir x jauh dari situ (time tu air da pasang). Barulah dpt beberapa ekor ikan lgi, (ikan gelama pertama da nek sblum tu) rancak sket r suasana. 


Ikan pertama dinaikkan


Naik gak anak ikan duri n buntal, tpi dilepaskan cz kecik lgi. Memang best la time dpt tu cz lama gak r menunggu, Alhamdulillah, ade rezeki, dpt gak ikan gelama 6 ekor walaupun x dpt target utama iaitu ikan sembilang..


Ade 5 ekor dlm jaring ni, lgi satu japgi dapat




Memancing memang perlukan kesabaran, terutama skali kalo memancing penat2 x dpt ikan, maknenye x de rezeki la tu. Sesetengah orang cpt kecewa lalu x nak memancing pastu mencarut2.. X elok kita menyumpah-nyumpah kerana semua tu rezeki dari Allah, sabo jela kalo x dpt.. Ade org pki petua bila nk memancing, cthnye jgn langkah kail n kena ludah kt umpan. Bagi aq, semua tu rezeki.. seperti yg member aq ckp (die ni kaki pancing); "bile nk gi memancing, niatkan kalo ade rezeki dapatlah ikan tu. kalo x dpt, x de rezekila tu". So, bykkan berdoa agar dimurahkan rezeki bukan digunakan hanya untuk memancing, tpi dlm hidup pun boleh. Kita berusaha, tapi Allah yg perkenankan..


Ikan Gelama
Team memancing (dari kiri: aq, angah, ayah dan uda(kamera))


So selamat mencuba, jgn putus asa kerana ade hikmahnya disebalik sesuatu kejadian itu...


*****************************************************************************


Bagi yg ingin mengetahui perkembangan ex-roomate saya itu, dia kini semakin sembuh dan mula ingat akan rakan-rakannya.. Dia juga dah boleh menulis dan mengira dan semakin pulih. Jutaan TERIMA KASIH kepada semua yg sama-sama mendoakan dia agar cepat sembuh. Marilah kita terus berdoa agar dia sembuh seperti sediakala seterusnya dapat menamatkan pengajiannya di KMB.. Amin..

2 comments:

siput malu said...

bace mula2 dah teringat lagu kat iklan tv tu..
'ikan di laut, asam didarat~~'
hahaha

SimPanG said...

haha.. mula2 nak letak tajuk cm2, tpi x de kaitan ngan asam plak, tu yg letak part depan je :D