Monday, September 26, 2011

Air Terjun Jerangkang, Maran, Pahang

Alhamdulillah, baru balik dari air terjun Jerangkang yang terletak di Maran, Pahang. Air Terjun ini merupakan salah satu kawasan rekreasi yg terletak di Maran yg mana MWAC pun pernah organise trip ke air terjun Berkelah di Maran juga. Trip kali ni aq expect memang santai disebabkan tiada trekking dan hiking kalau nk dibandingkan dgn Berkelah, cuma kena jln sket je nk pi air terjun tu dari campsite..


Starting point kitorang kat Maran sama je ngan Berkelah punye starting point, Masjid Kampung Gelugor. Perjalanan nek lori dan 4wd ke campsite adela dlm 20km (1 jam), pastu jalan dlm 5 minit sampaila kt air terjun tu. Bagi aq trip ni memang santai abes sebab dlm hutan tu, da ade pondok, tempat masak, tandas pun ade. So, x payah susah2 nk pasang sume khemah kecuali korang memang nak pasang khemah, haha.. Jalan pi situ standart jalan balak, n orang2 sekitar memang layan air terjun tu mcm orang area Selangor, KL layan Kem Lolo kt Gunung Nuang, untuk bersantai... Tepi2 jalan tu bykla kebun getah, kelapa sawit, hutan secondary dan beberape kebun yg dibuka oleh orang asli kt situ. 


Nek lori dan 4WD


Kawasan air terjun tu memang ok utk dibuat bersantai, ade part dlm, ade part berpasir, ade part boleh slide nek tiub, sape x slide nek tiub tayar tu bermaksud dia tak cukup syarat nk ckp "I was here".. haha..
View kat sini biase2 je, dan oleh kerana aq ade kamera baru, aq pun try r test kamera tu utk amek gambar2 kt sini. Hasilnya ok la, sebab aq x reti lgi nk exploit betul2 kamera tu. Walaupun Nikon Coolpix L120 tu sekadar compact kamera, tpi zoom power dia memang terbaik. Bgus gak la aq beli, leh train utk pki DSLR.. hehe..


View


Sebelum aq pi Jerangkang ni, aq watla sket research, bace ape yg org da ckp psl air terjun ni, area2 dia. Salah satu source utama aq adalah Gunung Online. Bgi aq forum ni memang bgusla kalo nk cri info2 berkaitan outdoor ni. So dlm bace2 satu thread berkaitan kesan tapak kaki haiwan, penulis tu ckp yg dia penah diekori oleh sang Maybank kat air terjun Jerangkang ni. So, aq pun cm takut gak r, haha.. Tpi, bila aq tgok org2 yg dah penah pi relax je, aq pun kira wat x kisah r, mungkin cter lama. Walaubagaimanapun, aq da standby pisau n mercun just in case.. kamera pun aq standby gak, haha.. Bila aq tgok area2 situ, ade kemungkinan 10-20 thun dulu area tu memang kawasan mainan Maybank. Sebab jalan skrg yg ade merupakan jalan balak yg mana aq pasti dulu merupakan satu trail kecik ke Air Terjun Jerangkang. Tpi skrg mungkin da x berapa nk ade sebab da byk da orang pi situ, men air sume. 


View 2


Kesimpulannya, trip kali ni memang best. Yela, pengalaman baru kan, haha.. Tpi nak banding dgn Berkelah, aq rase Berkelah lagi best. Sebab ape? Sebab Berkelah ade air terjun yg tinggi n kolam dia lgi dalam.. Lgpun kat berkelah x de lgi pondok so dekat sketla dgn nature. Tahniah kepada organiser kerana trip kali ni berjalan lancar dan semoga len kali kita pi air terjun len plak.. hehe..


Banner organiser


Kat sini diselitkan satu video yg dibuat oleh saudara shenol.. enjoy =)








* Maybank = Harimau
* Post Air Terjun Berkelah

5 comments:

Yusri said...

Dekat campsite mmg biasa2 je air terjunnya. Sebenarnya ada org tak tau bahawa jerangkang ada tempat air terjun yang best dan memerlukan 1 jam jungle trekking dari camp site.

Unknown said...

ohsemmm waterfall..

M.Silver said...

Sape ade kenalan yg boleh bawak masuk jerangkang? Bg no boleh?

Unknown said...

Transporter & foods service to waterfall Jerangkang Eco Forest : call 019-6593626

Unknown said...

Asalam
Saya dari JerangkangTruck(jepun) menyediakan perkhidmatan transport ke berkelah dan jerangkang waterfall,
sila layari facebook page kami melalui https://m.facebook.com/JERANGKANGTRUCKS/

atau whatapp melalui www.wasap.my/601116927131/JpeaceJerangkangTruck