Thursday, May 31, 2012

Chiling Complete

Bermulanya minggu SWOT (Study Without Official Teaching) menandakan sudah sangat hampir hari peperiksaan. Tapi sebelum tu, aku release tension dulu di Air Terjun Sungai Chiling (ok, ni kali kedua pi sini).
View dari jambatan
Kali kedua berkunjung ke sini mengundang pelbagai jangkaan. Berpengalaman berkunjung ke sini menyebabkan aku mengharapkan sesuatu yang lebih dari trip yang lalu.. Nak tau? Baca sampai abes.. haha..

Trip kali ni kitorang (aku, Hakim dan Setel) bertiga sahaja. Disebabkan ramai tarik diri pada saat akhir, dan trip ni hampir dibatalkan. Namun, Allah itu maha kuasa, trip ni jadi juga walaupun dengan 3 orang peserta sahaja. Perjalanan dimulakan lewat disebabkan kitorang tidak berada di satu tempat yang sama, aku dan Hakim bergerak ke Gombak dulu baru disertai Setel ke air terjun berkenaan.

Sebelum tu, kitorang singgah dulu di pekan KKB untuk sarapan dan aku mengambil kesempatan membeli selipar yg kitorang namakan 'spicy' menurut jenama selipar berkenaan.. Banyak cerita menarik sepanjang perjalanan ni, tapi time balik lagi banyak cerita menarik sebab kitorang dah jumpa kimia (org putih ckp 'chemistry') antara satu sama lain.. =)


Kitorang pun mendaftar, dan start trekking ke air terjun berkenaan. Berbeza dengan trip yg lalu dimana kitorang pergi awal dan air terjun tu kitorang yg rasmikan, kali ni dah ramai orang yg mana terasa kemeriahannya di situ.. Sepanjang perjalanan kitorang berborak tak abis2 dgn main game. Agak payah nak berpikir bila mata ke trek, tangan pegang kayu dan otak berpikir ligat nak menjawab soalan. Memang jelas aku paling lemah dlm 'multi-tasking', haha..

Lintasan kedua

Sesampainya ke lintasan terakhir, kitorang membuat keputusan untuk naik ke air terjun paling atas sekali kerana orang ramai kat air terjun bawah time tu. Tak bestla mandi ramai2, takde ruang nak enjoy ye tak? So, kitorang amek trek ke kanan sebelum lintasan terakhir, pacak sket pastu sampai di air terjun atas.. Time tu ade 3 group termasuk kitorang kat atas tu. Tempat tiruk kat atas time ni agak cetek disebabkan pasir berkumpul di suatu tempat, dan ia akan berubah tatkala air berubah menurut kata Encik Hakim.

OTW ke air terjun atas
Air Terjun atas

Setelah puas mandi kat atas ni, kitorang pun turun plak ke air terjun bawah. Time ni dah tak ramai so memang best nak bermandi-manda dan membuat aksi akrobatik. Aku ni tak reti berenang, so aksi2 akrobatik tu tak beranilah nak buat. haha.. kang tak timbul aku jugak yg susah..



Kalo dilihat kat sepanjang sistem sungai (kecuali air terjun paling atas) memang banyak ikan berenang dalam kumpulan. Dikatakan ikan berkenaan ikan Kelah, yela sign board kat depan terang2 tulis "Sanctuari Ikan Kelah". Tapi dikatakan ikan ni sebenarnya pemalu dan payah nak dipancing, mungkin ikan2 kat sini dah tak takut dengan manusia kot. Anyway, setelah puas mandi2, kitorang pun balik yg mana selipar 'spicy' tu telah mebuat kaki aku melecet.. Setel dgn baiknya meminjamkan selipar beliau, terima kasih Setel.. haha..

Secara ringkasnya, trip kali ni memang terbaik dan aku berjaya memenuhi objektif untuk naik ke air terjun paling atas skali.. Bagi yang belum pergi sini, baik pergi sebelum pengunjung yang tak bertanggungjawab memenuhi tempat ni dengan sampah yang ditinggalkan merata-rata.. Isy3..

Sebenarnya trip Chiling ni hanya permulaan bagi kitorang bertiga yang mana berakhir dengan banyak aktiviti yang menarik terpahat dalam ingatan ini.. Tak dapat nak diceritakan di sini, mungkin lain kali kot. Bagi Hakim dan Nazrin, korang memang awe-wait for it-some.. Haha.. Looking forward to our next battle. Sekian, SimPanG.


2 comments:

siti said...

 "mata ke trek, tangan pegang kayu dan otak berpikir ligat nak menjawab soalan"
gila multitask lah!

SimPanG said...

haha.. memang multitask abes