Monday, June 23, 2014

Chamah & Ulu Sepat (CUS)

Alhamdulillah.. Tamat sudah satu lagi ekspedisi bergred G7. Syukur kehadrat Illahi kerana limpah dan kurniaNya, berjaya gak aku habiskn G7..

Trip kali ini dianjurkan oleh TPK dengan kerjasama SOS, TPK ni satu group ex-schoolmate dari Kedah. So, depa ni memang geng lah. Oleh kerana depa tak cukup korum, maka trip ni dibuka kepada pendaki luar.. Maka aku yang lone ranger ni pun teross join bila Kay SOS umum open trip kat FB. Maka ber'hang' dan 'depa' lah aku 6 hari tu.. haha.. orang Johor jadi orang Kedah.

Trip ni dianggotai oleh 2 guide SOS (Azzam & Tawau) serta 13 orang tentera dan 1 awek TPK. Serta 2 lone ranger yg forever alone, aku dan Incik Am, ahaks. So, total 18 orang. Trip ini berjalan dari 24-29 Mei 2014.

Kami berlepas dari Seri Kembangan menaiki 2 van ke hentian Gua Musang. Kemudian, bergerak ke Kuala Betis yang mana kami sarapan dan bungkus makan tengah hari. Kemudian, bergerak ke starting point menaiki 4WD..




Monday, May 12, 2014

Gunung Kinabalu (Part 2)

4.40 petang, 2 Mac
Akhirnya, sampai juga di Laban Rata! Dinner kat cafe start pkul 4.30, so bila aku sampai je dah boleh start makan lah, perfect timing, haha.. So, macam biasalah, bila buffet ni perkara yang harus ialah makan banyak. Memang mentekedarahlah aku di petang yang rahmat tu. Carbo loading abes. Dan tak ketinggalan, EPAL! Rasanya pasni aku nk kene senaraikan epal sebagai barang wajib bawak. Kalo tak, ade kang aku hijack makanan orang, ahaks.



View dari Laban Rata ni memang masyuk, kalau cuaca baik. Memang rasa puaslah masa tu, view yang menarik ditambah dengan makanan yang banyak, memang heaven. Namun, satu perkara yang ketara ialah suhu yang sejuk. Pergh, ini time siang, kalau malam kang.. Pergh..

Wednesday, May 7, 2014

Gunung Kinabalu (Part 1)

Dah lama gila tak update, haha.. Kepada yang suka membaca blog ni, minta maaf banyak-banyak. Banyak faktor yang menjadi penyebab tak update blog ni, sebab utama ialah kerana tak pergi trip hiking.. hehe

Trip kali ni ialah Ekspedisi Gunung Kinabalu (Mesilau - Timpohon) pada 1-3 Mac 2014. Pelbagai suka-duka ditempuh sebelum ekspedisi iaitu dalam fasa persiapan lah, ni belum panjat lagi. Haha.. Alhamdulillah berjaya achieve target dan berjaya menjalankan ekspedisi ini dengan jayanya.. =)


Photo credit to Fikri


Monday, March 4, 2013

Trans Titiwangsa V2 (Part 3)

Sambungan dari part 2...

Day 7: Puncak Junction - Kem H2O - Puncak H2O - Kem Kuali


Puncak Junction [Foto-Apex]

Kitorang gerak dari Puncak Junction agak lambat, dekat pukul 11 pagi, pergerakan kemas kemsite memang lambat hari tu. Dari Puncak Junction ke Kem H2O banyak turun. Macam biasa la, aku terpaksa turun dgn slow dan berhati-hati disebabkan keadaan footwear aku ni. Lepas turun dan turun dan turun, sampai satu kawasan yg memang berbahaya. Kene merentas pokok yg condong, pastu pegang tali turun ke bawah dlm kawasan berbatu. Darjah kecondongan adela dlm 70-80. Kawasan ni memang curam, kene slow abes.. Lepas kawasan tu sampailah ke kem H2O. Kem ni agak luas, ade sungai kat tepi tu.